Isnin, 18 April 2011

Demo KUIN

Benarkah demo tersebut kerana ketidakpuasan hati pelajar kerana terpaksa berpindah? Atau kerana ada pihak tertentu ingin menggunakan bangunan tersebut untuk projek lain?

Atau ada mesej lain yang cuba disampaikan oleh pemerintah kepada Rektor KUIN? Adakah ini membawa maksud berambus ko, kami ada orang lain menanti!

Atau ada orang-orang tertentu dalam kerajaan yang cuba memperalatkan pelajar-pelajar untuk memburukkan MB? MB sudah tidak layak berada di kerusi tersebut, kami ada orang lain!

Kedah Times tertanya-tanya?  Tapi jangan menuduh UMNO pula kerana UMNO tidak tahu menahupun isu dalaman KUIN dan kerajaan negeri.



Dalam sinar hairan muka U8, MB Kedah melatah dengan memberi sokongan kepade pihak Insan Bestary (IB) dan mengatekan ade dalang dan Kerajaan tak pernah keluarkan sebarang pekeliling untuk usirkan pelajar tahfiz. Yeee ... memang pihak KUIN tak pernah usir pelajr tahfiz, tidak ade pekeliling, tidak ade arahan tetapi mari kita lihat ape yang sebenarnya berlaku:

1. Warga tahfiz bukan kate KUIN usir tahfiz tetapi cube lihat ape yang ditulis di sepanduk mereka “KAMI WARGA KULLIYYAH ALQURAN MEMBANTAH SEKERAS KERASNYA PENEMPATAN SEKOLAH BESTARI DI BANGUNAN MAAHAD TAHFIZ NEGERI KEDAH”. Mereke membantah kewujudan Sekolah Bestary menggunekan bangunan tahfiz. Nak buat sekolah apa pun tidak mengape tetapi jangan buat di bangunan tahfiz.

2. Dalam keadaan KUIN yang tak cukup bangunan ini sepatutnye IB dibuat diluar daripade KUIN, cari tempat lain. Kalau Kuliah Muamat dan Hotel pun di beritekan akan keluar dari kampus Mergong kenape Sekolah yang tiade kaitan dengan Universiti berparasit di dalam KUIN.

3. Pengubahsuaian yang disebut di dalam akhbar hari ini oleh MB bukan untuk keselesean pelajar tahfiz tetapi untuk pelajar Insan Bestary, buktinya :

a. Sebelum kewujudan Insan Bestary, banyak masalah telah diadukan oleh pelajar tahfiz seperti kerosakan bilik air, pintu, tahi burung, water cooler dll tetapi terlaluuuuuuuu lambat nak baiki bahkan ade yang langsung tiade tindakan namun bile ade je insane bestiary semuenye dipercepatkan, sehingga pelajar diblok A dan B kene kosongkan asrama untuk kegunaan sekolah IB.

b. Kalau betullah pembaik pulihan itu untuk keselesaan pelajar , kenape keselesaan pelajar asrama Faraby di nafikan, masalah air, elektrik, pembaikan kerosakan yang lambat dan dan ade yg tak diperbaiki walaupun telah dibuat report. So pembaikpulihan hanyelah ade agenda atau dalang disebalik pembaik pulihan itu.

4. Satu perkare lagi , MB suruh ambil tindakan dan siasatan kepade pensyarah yang terlibat,.... Ape dah jadi ni,,, mase PAS jadi pembangkang dulu bile Kerajaan tangkap ahli2 yang pergi demonstrasi masuk lokap , tahan akta, kate Kerajaan zalim, tidak terbuke, takut dikritik, tapi bile PAS jadi kerajaan kenape susah sgt nak terime teguran. Saye masih ingat MB kate Kedah akan tiru gaye kepimpinan Omar al Khatab. Omar al Khatab pernah ditegur tapi tak pernah ambil tindakan pun sebab die org yang berani , bukan pengecut.

5. Selain itu MB jgn canang nak salahkan org masjid kerane campur tangan. Itulah name kebebasan bersuare. Kalau nak sekat supaye org luar jgn masuk campur, maksudnye MB jgn tegur kerajaan pusat kalau Kerajaan puat buat salah. Tapi kite dlm kehidupan kalau MB atau KUIN buat silap tapi tak sedar make org luar tolong tegur untuk kebaikan. Janganlahh cepat sgt melengting, mungkin pedih bagi kite tapi baik untuk semue. Kite memerintah jangan nak suruh org puji shaje tapi kene byk muhasabah baru ade berkat. Pemimpin yg baik ialah pemimpin yg boleh ditegur.

Wahai rakanku di Faraby kite nak tengok berape peratus KUIN baikpulih untuk keselesaan penghuni mcm di IB atau baik pullih di Razy hanya kerane IB shje. sian Faraby, nanti kite buat permohonan IB masuk buke sekolah di faraby baru bangunan akan cantik dan kemudahan akan dipelihare.

Sekadar itu shje jawapan saye bile sy bace paper pg ni, saye penyokong Kerajaan kedah, so teguran ini just nak make sure PRU ke 13 kerajaan ni boleh bertahan, kalau rase tak nak bertahan jangan dengar cakap rakyat , jangan muhasabah.

Thankz 4 all,
Sekian ,


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates