Jumaat, 1 April 2011

DUA KALI LIMA... SIAPA PALING KUAT LENA?????


SOBRI SUDIN

1. Output politik dilihat pada gerakerja. Jika masih bersandarkan pada perancangan atas kertas maka, hasilnya tidak akan kemana. Amat menarik apabila diteliti perjalanan Pakatan Rakyat dan BN di Kedah setelah 3 tahun berlalu selepas PRU 2008.

2. Kedua belah pihak seakan menjalankan fungsi yang berlawanan. Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS dan diberi mandat oleh pengundi di Kedah secara aksi dan tindakan mereka masih dilihat berwajah seperti pembangkang.

3. Dalam masa yang sama BN yang sudahpun terlantar menjadi pembangkang berlakon seolah-olah merekalah kerajaan. Justeru sikap selesa, budaya complacent dan tidak apa menguasai pergerakan mereka.

4. Dilema untuk gagal memahamkan tugas dan peranan asasi sebagai pembangkang dan kerajaan secara impak besarnya merugikan rakyat. Hak sivil, tuntutan rakyat dan isu-isu dasar yang sepatutnya menjadi beres dibawah naungan Pakatan Rakyat melalui janji seribu janji mereka ketika berkempen dahulu gagal diangkat dengan baik oleh BN.

5. Dalam pada itu, PAS dan rakan Pakatan terus sunyi dan sepi. Hanya kecoh dan bising bila memberi alasan, tetapi lembap dalam kerja dan tindakan. Corak aktiviti mereka tidaklah menampakkan suatu usaha menyeluruh dalam menyediakan rangka plan dan tindakan pembangunan yang kondusif misalnya untuk setiap daerah.

6. Banyak usaha pembangunan hanyalah diisi dan ditambah kosmetik kesan peninggalan legasi BN terdahulu. Sekadar yang dicanangkan hanyalah projek pembinaan kampus tetap KUIN di Kuala Ketil, itupun merupakan projek yang sudah dirancang, dibincang dan dilulus di zaman BN dahulu.

7. Namun projek itu secara ‘per se’ diJAJA serata kampong kononya itulah kejayaan PAS dalam mengadakan projek pembangunan. Meskipun tanggungan hutang kepada pinjaman bersindiket dari bank tempatan bakal mencecah bayaran balik sejumlah RM45 juta bagi tempoh belasan tahun.

8. Selebihnya pendekatan Pakatan khususnya PAS lebih terarah kepada aktiviti ekonomi ala ‘funfair dan setara pasar malam’. Mengadakan ekspo, karnival bertemakan Kedah sejahtera disana-sini, dengan pengisian terasnya tentulah lebih kepada jualan ala pekan nat, ceramah-ceramah maki hamun sambil uncang guni mengiringi buat mengisi tabung jihad mereka, meskipun ramai yang sedar infak kepada tabung itulah digunakan buat biaya pilihanraya.

9. Jauh dari itu, penceramah yang kini bergelar EXCO, YB atau senator dari Pas  kini mula menjengah ke negeri jiran seperti Perlis. Lalu mereka terus berlakon atas pentas untuk mengkhabarkan kepada rakyat Perlis kononya mereka berjaya mentadbir Kedah dengan baik. Walhal jarak Perlis dan Kedah jika diasaskan kepada pekan Sanglang yang bersempadanan hanyalah 15 minit berjalan kaki.

10. Namun siri kegagalan, kepincangan daya urus SLC, isu penyelewengan tabung anak yatim Memali, hutan balak yang kian rakus ditebang demi menampung pendapatan negeri terus menghantui rakyat. Demikian juga BALA BENCANA ALAM yang menimpa-nimpa tapi gagal diurus dengan baik. Prestasi ekonomi pula kian lemah, menyusutnya prestasi Kulim High Tech, kadar migrasi dan kemiskinan yang kian melonjak. Daya untung SLC yang kian menipis, pemberian jawatan sekadar beroleh elaun sebagai ahli lembaga Pengarah dalam SLC kepada kawan rakan tanpa mengikut merit.  Isu kenaikan tariff air, penamatan POS sebagai ejen kutipan bil air SADA yang kian meresahkan rakyat di kampung juga terus jadi igauan.

11. Isu kemiskinan, gejala sosial, pertambahan pusat hiburan yang menjengkelkan di bandar besar seperti Sungai Petani dan Alor Setar, kemerosotan prestasi pasukan bola Hijau Kuning, terhadnya peluang projek pembangunan untuk kontraktor kelas F tempatan turut berlaku, namun peliknya semua isu-isu dominan atau melibatkan kepentingan umum dilihat gagal dipersembahkan dengan berkesan oleh BN sebagai pembangkang di Kedah. Tampak yang lebih jelas berperanan hanyalah bloggers tanpa tuan.. namun berapa ramai rakyat Kedah yang mengakses blog, facebook, twitter, bagi saluran dan wahana maklumat.. satu persoalan yang perlu dikaji?

12. Dua persoalan timbul, apakah rakyat Kedah tidak minat jika sekalipun isu-isu sebegini ditimbulkan? Ataupun BN sendiri kurang upaya dan kreatif atau tidak berani untuk mengenengahkannya? ..Ataupun menunggu kempen PRU untuk baru mahu bongkarkan semua isu ini???

13. Berbanding rakan mereka di Selangor, pendekatan BN nampaknya lebih rencam, garang, ada substance, tersusun, dengan pelbagai kegiatan khususnya program SSDE(Selamatkan Selangor Darul Ehsan).

14. Jika ditinjau aspek cywar, peranan media baru dan jentera penerangan UMNO/BN Kedah juga didapati tindakan dan strategi cukup hambar serta masih banyak yang boleh dibaiki. Sehingga kini selepas 3 tahun belum ada misalnya kedapatan walau selembar kertas terbitan Biro Penerangan UMNO Kedah sebagai wahana bacaan bagi pengundi di Kedah untuk meneliti kegagalan kerajaan PAS. Takut menyerangkah UMNO atau BN Kedah? Ataupun serangan mereka itu terlalu tumpul sehingga berjaya dipatahkan oleh Azizan sebagai MB yang dikenali antara tokoh politik berpengalaman di Kedah. Pengalaman dalam memberi alasan bukan dalam menggerakkan tindakan..!!!!!

Ops Gelombang Merah yang dilancarkan sebaik sahaja kepimpinan baru UMNO KEDAH dilantik juga momentumnya seolah-olah bersifat sekejap ada sekejap tiada. Itupun bukanlah datangnya dari ‘grand idea’ perhubungan UMNO Negeri, tetapi diuar-uarkan oleh pemimpin tertentu, dilaksanakan dan dioperasikan oleh blogger setempat dan kalangan yang sedar pentingnya suatu momentum besar yang digerakkan di setiap pelusuk Kedah.

Lantaran itu bukanlah suatu yang menghairankan jika sudah wujud lelucon dan consensus yang membentuk satu tanggapan umum bahawa UMNO dan PAS di Kedah sama sahaja, dua kali lima. Malah lebih mengaibkan bila pandangan umum sebegini turut dikongsi oleh kalangan Pegawai Tadbir Negeri (Kedah Civil Service), usahawan, bankers, profsional dan menjalar sehingga ke penjaja bahawa, UMNO dan PAS di Kedah, ‘dua-duanya terus tidur lena’. Persoalan induknya.. apa pula nasib rakyat?????

8 comments:

Tanpa Nama berkata...

punca UMNO/BN dan Pakatan di Kedah pakat lena sebab terkena penyakit tak sangka.
Pakatan rakyat tak sangka nak jadi kerajaan, UMNO/BN Kedah pula tak sangka nak jadi pembangkang..terima kasih rakyat Kedah sebab menjadikan UMNO/BN dan Pakatan terus tidur lena..

Tanpa Nama berkata...

Mesti Baca! Kenapa Kami tinggalkan PAS - Terbaru Luahan Sebenar Dari Bekas Seorang Ekstrimis PAS


http://azmykelanajaya.blogspot.com/2011/04/keluar-pas-tidak-murtadsiri-1.html

HARAP PARA PEMBACA DAPAT BACA SAMPAI HABIS UNTUK KITA RENUNGI DAN KAJI MENGAPA KITA HARUS MENOLAK PERJUANGAN SEMPIT PAS!
KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS !!

Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.

http://azmykelanajaya.blogspot.com/2011/04/keluar-pas-tidak-murtadsiri-1.html

Kami berjuang kini utk meyedarkan semula sahabat2 kami yg telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus. Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama2 dengan kami mendokong ajaran Rasulullah,

-Rahman Kadir-

BILA SAUH DILABUH berkata...

Sdr Sobri, kalau artikel anda tidak memaki hamun seperti ini, saya pasti anda tak akan dimaki hamun balik. Dan tentu pihak PR dapat mengambil ikhtibar dan BN pun dapat membuat muhasabah. Ini nampak sikit kecerdikan dan akhlak sebagai seorang ahli akademik. Ini bukti sdr tidak mabuk sepanjang masa.

Anak cucu tok mat berkata...

Kalau PAS nak lena biarlah dia terus lena.Yang aku heran UMNO Negeri,UMNO Bahagian,UMNO cawanagan pun turut lena.Manakala Wanita pula sama ada negeri Bahagaian atau cawanagn pun lena macam sedang menyusu anak kecil.Pemuda pula lagi memalukan sama ada negeri bahagian atau cawangan.Lebih banyak bergaya drp bekerja.Bergaya sahaja lebih.Khabarnya banyak cawangan pemuda mesyuarat pun tipu dari segi kurom dan kahadziran.Puteri pun lagi teruk sama ada negeri bahagian atau cawangan.Yang mereka tahu bergaya sahaja.Syok sendiri dikalanggan pimpinan UMNO termasuk ketua bahagian belum habis.Cerita pasai ketua bahagian dikedah cukop memalukan bermula dari Langkawai sampai Selatan.Macam-macm cerita kisah mual ketua bahagian.Sampai soal alkhlak dan lIwat terliwat pun terdapat sama.Habis macamana UMNO nak ambil balik Kedah dari PAS.Tak payah cakap banyak lah UMNO kedah sedekah sahgajalah pada PAS.Tapi yg aku pelik semua ketua bahagian asyik gila dan geli nak jadi calon.Aku tahu lah semua askar upahan ketua bahagian talah buat kerja.Lena lah wahai pemimpin umno diseluruh kedah sepuasnya.Lagi pun depa naik jadi ketua bahagian pun politik wang banyak sangat.Sekarang cari duit untuk pemiloihan akan datang pula.Lingkop lah UMNO agaknya.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Terlebih dahulu maaf dipohon kiranya coretan ini menikam kalbu dan tidak sepatutnya membuka pekung tetapi itulah hakikatnya bagi pemuda UMNO Kedah dan lebih tepat Pemuda UMNO Padang Terap.

Almaklum Ketua Pemuda Padang terap merangkap Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah terlalu lemah dan pentingkan kepentingan diri. Beliau tidak mempunyai kebiwaan untuk memancu pemuda UMNO Kedah kepersada yang lebih jauh.

Beliau terlalu lembap dan tiada keperihatinan terhadap nasib pemuda. Beliau seperti Pak Turut pada seseorang pemimin iaitu ADUN dan tidak mempunyai wawasan dan halatuju tersendiri. Hakikatnya beliau terlalu dikongkong dan malah setiap kali tindakan yang dilakukan tiada bermatlamat.

Contohnya nyata apabila beliau tida peka keadaan dan membiarkan ianya berleluasa dan tanpa tindakan dan dikongkong oleh Cikgu Abdullah Pengerusi ABIM Padang Terap yang mengajar di Sek. Men. Keb. Dato Syed Ahmad Kuala Nerang yang banyak merosakkan pelajar-pelajar dengan meracuni pemikiran menentang kerajaan bahkan menjadi kurang ajar terhadap ibupbapa bahkan sanggup membohong.

Kedua, beliau tiada mempunyai persepsi dan tiada peka hingga AJK Pemuda yang bernama Mohd Jefri bin Mustaffa di Pedu sebenarnya seorang PAS yang banyak meracuni penduduk supaya menentang UMNO semasa pilihanraya PRU12 diambil sebagai AJK Pemuda UMNO. Amat malang beliau menjaja diperseluruh kalangan PAS bahawa beliau memberi peijaman wang kepada ADUN Pedu. Hinggakan ianya menjadi satu lawak jenaka dikalangan Ahli PAS. Inilah satu lakonan sendiwara Pemuda PAS hinggakan berjaya menjadi Pemuda UMNO Padang Terap dan menjadi orang kepercayaan UMNO terutama Ketua Pemuda UMNO Padang Terap.

Hal ini telah dijadikan senjata oleh kedua orang tuanya untuk memukul UMNO kerana semua keluarganya berfahaman PAS termasuk beliau. Malah keluarganya banyak melakukan provokasi dan perkauman terhadap ahli UMNO.

Badrulhisam tiada wawasan dan beliau terlalu mengharapkan dan bergantung kepada AJK Pemuda UMNO Padang Terap yang berkelibar dan berwibawa serta mempunyai tahap pendidikan yang tinggi iaitu Saudara Kamarul Azman. Kemasukan Saudara Kamarul Azman memang menguatkan kekuatan beliau dan banyak membantu beliau menangkis tohmahan dan ikon yang berjaya menarik ramai Pemuda Padang Terap menyebelahi UMNO.

Badrulhisam seorang yang terlalu kedekut dan mementingkan diri serta tiada banyak program yang beliau mainkan dan hanya mengharap Saudara Kamarul untuk gilapkan semuanya.

Tiada peruntukkan dari Pemuda UMNO yang dihulurkan untuk program-program dan ianya hanyalah inisiatif AJK tertentu untuk memacukan perjalanan UMNO bahkan tiada suntikan kewangan daripadanya.

Hakikat beliau terlalu lemah jika tiada sokongan moral, inisiatif, pemikiran dan tenaga kiranya tiada AJK tertentu yang memainkan peranan untuknya.

Hasan Man Pnt merdeka berkata...

Sobri sudin;yang dok kalut ni hangpa je.Puak-puak umno lena dan relax je.Ketua bahagian ada elaun .Ketua cawangan pun ada elaun.Apa susah......

Tanpa Nama berkata...

Tuan. apa yang tuan rasa sebenarnya dirasakan oleh banyak pihak. di taman saya ni dulu kalau ada jalan berlubang sikit maka puak-puak hijau ni bukan mainlah mengutuk macam-macam seolah-olah kalau depa jadi kerajaan, hari ni berlubang esok terus tampal. gambaran dari cakap depa macam tulah. kita nak jawab pun tak berani sebab kita tak tau apa nak jadi. la ni takdir Allah bagi depa memerintah. tapi apa yang terjadi? jalan yang dok berlubang tu dah tiga tahun dok berlubang macam tu jugak. baru mereka tau nak buat tak semudah cakap. sekarang depa nampak kita pun nak mengelak. surau taman pun dah tak semakmur zaman bn dulu. agaknya ramai sangat jemaah yang dah meluat nak pi. dulu cara depa cakap seolah-olah kalau depa memerintah maka surau tu akan makmurlah dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan sebagainya. tapi yang jadi sebaliknya. entahlah. saya tak tau nak cakap apa lagi. mungkin Allah takdirkan segalanya untuk mengajar sesuatu kepada mereka yang dulunya bercakap dengan bongkak sekali kononnya merekalah hebat dan mampu mengubah segalanya. sekian.

Teropong bt chong berkata...

Sebut pasai pemuda ditempat aku di Merbau Pulas iaitu ada satu cawangan mesyuarat haram pemuda tak ada pun.Mana pergi pemuda.Pemuda cuma semangat masa pemilihan sahaja.Dengar cerita pula ketua cawangan buat mesyuarat notis pun tak ada atau edar tak habis pada semua ahli.Ini lah cara nak ambil alih kerajaan PAS untuk UMNo.Ketua Bahgaian Padang Serai pula ada cerita dia sendiri pula.Malu nak sebut.Pemuda Padang Serai katanya dah berselerak macam tahi kambing.Lingkup lagi umno padang serai.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates