Jumaat, 15 April 2011

Enggang vs Pipit!

Menarik apabila membaca penulisan Setpol MB Negeri Kedah. 

Beginilah hebatnya Seorang setpol. Beliau tidak menulis tentang perancangan kerajaan negeri untuk memajukan Negeri Kedah samada dari segi ekonomi, agama dan sebaganya. Sebaliknya penulisannya lebih tertumpu dalam menyerang peribadi seseorang yang tidak berjawatan dalam politik pun, hatta berminat untuk menjadi orang besar UMNO.

Serangan ke atas individu tersebut nampaknya melebihi segala-galanya. Sehingga sanggup mengorek apa saja yang berkaitan dengan individu tersebut untuk didedahkan.

Kedah Times hairan kenapa seorang yang bergelar Setpol sanggup memghabiskan masa untuk menyerang individu tersebut.

Apakah individu tersebut mempunyai banyak maklumat Setpol?

Apakah individu tersebut memang 'rival' setpol dari dulu lagi?

Apakah individu tersebut bakal meruntuhkan kerajaan PAS Kedah?

Hanya mereka berdua saja yang tahu. 

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ni lah contoh SetPOL yang tak tau nak buat kerja. Yang tau dok cari salah orang, parti sendiri tunggang terbalik. Tu pun ada hati kata depa cemerlang. Kata UMNO guna duit STDC, yang depa guna duit Kerajaan untuk buat sambutan tiga tahun perintah tu apa dia? Tengok kat KHTP pulak, guna duit Kerajaan pi oversea, kunun nak cari pelaburan, tapi balik bawak key chain saja sebagai souvenir kat staff. Apa pelaburan berapa juta pun tak bawak balik satu pun. Tapi tiap2 bulan pi lawatan promosi pelaburan ke luar negara. Lagi banyak perabih duit. State kena betulkan dulu mana yg tak betul dalam pemerintahan depa la ni, bukannya nak serang individu. Hampa kalau nak perintah negeri, kena la tahan sikit telinga dan mata dengan kritikan orang. Biasa la tu. Kalau tak tahan boleh letak jawatan, jangan nak asyik korek yg lama saja, takkan ada bagi 1k pun nak heboh dalam blog kot, memang sah tak dak modai hangpa puak pokke hijau pekat ni

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates