Jumaat, 29 April 2011

Hebat! Kedah Bakal Membangun Seperti Putrajaya Di Bawah Pentadbiran PAS.

Pritttt! Isu video seks Raja Rimba telah selesai dengan sebahagian besar dari rakyat negara ini sudah menontonnya. CheNed yakin, bukan aksi lucah yang ditonton kita tetapi satu fakta yang kita kena tengok secara rasional untuk menilai sejauh mana kebenaran, kesamaan dan siapa pelakonnya.

Berbaliklah kita pada isu politik Kedah. CheNed nak ajaklah kita semua pakat-pakat himpun 'success story' atau kejayaan kepimpinan PAS selama 3 tahun ini. Pada CheNed ada puluhan gambar-gambar perbezaan di masa pemerintahan BN dan juga pemerintahan PAS.

Antaranya sudut menarik bangunan-bangunan perniagaan yang dulunya menjadi kilang-kilang percetakan kecil di Kuala Muda tetapi selepas PAS perintah sudah jadi tempat biak tikus, lipas dan dikunjungi cicak. Ada lagi! Bar-bar dan juga restoren-restoren yang berkonsepkan pub-pub yang bercambah yang boleh didapati di merata ceruk negeri Kedah ini. Sejahteranya Kedah. Tahniah Ustaz!!!

CehNed nak tunjuk tetapi CheNed nak tunjuk sekali dengan pelan dan lokasi baru tapak pembinaan Kerajaan Negeri Kedah yang akan dijadikan seperti Putrajaya.

Duit? Siapa kata Kerajaan Negeri tak ada duit? Balak dah ditebang secara berleluasa tu takkan tak jana pendapatan hasil negeri? 

CheNed juga nak ajak kita semua pakat tengok di tempat dan bandar kita. Kalau boleh mailah kita bincangkan dan nyatakan apakah kesan kejayaan PAS perintah Kedah dari kita dengar dan baca saja. Atau kalau rasa nak bagitahu kejayaan pemerintahan PAS secara segera, bolehlah letakkan nama samaran, gambar kalau ada dan juga nama tempat yang adanya perubahan tersebut dalam blog ni. Amacam? Berminat tak? Jom sertai CheNed.

3 comments:

AnQarbana berkata...

Banyak perubahan yang dibuat/dilakukan oleh Kerajaan Islam PAS Kedah...Hudud..Qazah dan Undang Syariah Islam telah pun dilaksanakan sepenuhnya....amin...alhamdulillah..contohnya..
kambing...lembu...kerbau dan ayam kampung antara makhluk yang telah menjalani hukuman hudud, kerana mereka ni antara makhluk yang sentiasa melakukan kesalahan jenayah di bawah undang-undang syariah seperti mencuri makanan sepanjang hari di atas tanah milik persendirian...akibatnya hampir setiap hari leher mereka di potong dan mereka di gantung. Babi masih tidak terlibat dengan hudud kerana babi di peiliahara dalam kandang hanya diberikan makan mengikut masa-masa tertentu...Inilah antara perubahan ketara...
Perubahan ke-2....di zaman BN perintah...rumput-rumput di kawasan perbandaran tidak sempat panjang...kerana kerajaan BN gila....tapi di zaman pemerintahan kerajaan Islam PAS...rumput tumbuh dengan segar dan berjaya mengekalkan suhu di kedah...
Contoj ke-3...longkang dan parit semasa BN jadi kerajaan amat menakutkan...dengan dalamnya...dengan bersihnya..hinggakan air tidak sempat bertakung...banjir hanya sekali-sekali....tapi bila PAS perintah semuan berubah...PAS berjaya menghijaukan parot dan longkang serta berjaya mengalirkan air ke kampung-kampung..ke kawasan penempatan manusia...ke taman-taman perumahan...itulah nimat perubahan yang di lakukan oleh kerajaan Islam PAS...banyak lagi...mungkin kawan-kawan boleh tambah dan sambung...

Nana Hani berkata...

Sana sini puak PAS dok sembang tentang Kolej Insaniah yg di sedang dibangunkan di bandaraya Kuala ketil.Mereka nak jadikan Daerah Baling sebagai kubu PAS agaknya.Opp cukup yg ni dulu.

Roti Canai berkata...

Hari ini perhimpunan Perkasa di AS dalam kerajaan PAS di Kedah.Khabarnya ramai tokoh UMNO yg tergila-gila nak jadi calon akan mengelakkan diri dari bersama Perkasa kerana takut tak dapat undi bukan Melayu.Terutamanya Ketua bahagian/Ketua Pemuda.Tak percaya sama-samalah kita pergi dan tengok dengan mata kepala sendiri.demekianlah pemimpin Melayu UMNO yang takut pada pertubuhan perjuanagn Melayu.Layakkah mereka jadi pemimpin.Mereka hanyalah pemimpin isi perut uncang sendiri sahaja.Itulah perubahan minda UMNO/Melayu sejak PAS jadi kerajaan di Kedah.Pemimpin UMNO mula takut bayang-bayang sendiri dan orang lain.Tranfomasai kebelakang UMNO ini akan terus berjalan hinggalah PRU 13 nanti.Hidup Perkasa.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates