Isnin, 11 April 2011

HIKAYAT DEWA BERUK 'CHENG-GE'.. Bahagian 1


SOBRI SUDIN

Arakian, tersebutlah kisah segerombolan beruk berdarah hijau, spesis saintifiknya yang hanya terdapat di hutan banat ‘Kenya’ di kenali dengan nama ‘haramjadah saikotik’.

Beruk-beruk ini telah berpindah menghuni sebuah hutan indah yang permai dihujung SEGENTING KERA, diberi nama HUTAN AL-KALAHAH.. Gerombolan beruk-beruk ini diketuai ‘dewa beruk’ yang mempunyai tanda putih di atas kepalanya, kesan tinggalan ‘taik burung helang’ yang berak dan melekat sehingga kiamat di atas rambutnya.

Dek kerana berbeza kepala dengan beruk-beruk lain, maka ‘si dewa beruk’ yang bernama ‘ASTAT CHENG-GE’ diangkat menjadi ketua.. Mereka sudah lama mengidamkan untuk mengambil dan memetik sejenis bunga bernama ‘GOMEN DE KEDAHE’, spesis bunga cantik didunia yang mula tumbuh sekitar 700 tahun dahulu.

Dipendekkan cerita, akhirnya setelah berhempas pulas, menggunakan pelbagai tipu helah, maka gerombolan beruk berdarah hijau dapat memiliki sepsis bunga berkenaan. Setelah beroleh bunga tersebut, mereka takjub, hairan dengan kelopak bunganya.

Si Dewa beruk setiap hari mencium, mengerunas, dan mengkelebet bunga tadi dan disimpan di dalam underwearnya sehinggalah beliau terleka lalu lena mengalirkan air liur yang melalui gigi palsunya..

DEWA BERUK ‘ASTAT CHENG-GE’ memang dikenali sebagai ketua yang kuat mengawan, kuat makan dan kuat nafsu tidurnya.. Di suatu hari salah satu kelopak bunga ‘GOMEN DE KEDAHE’ telah hilang.. Lalu penghuni rimba yang lain bertanya pada si DEWA BERUK yang baru bangun tidur, ‘kemana hilangnya kelopak bunga itu wahai DEWA? Lalu dijawab, ‘SAYA TAK TAU, nanti SAYA SIASAT DULU’.

Maka beredarlah penghuni rimba yang lain dengan rasa kecewa kerana bunga tersebut dikatakan boleh menjadi penawar bagi banyak jenis penyakit.

Suatu ketika, hujan lebat telah turun di HUTAN AL-KALAHAH setelah kemarau lebih 5 purnama. Maka dengan takdir Allah s.w.t berlaku banjir besar ibarat banjir yang melanda kaum Nabi Nuh a.s.

Maka si DEWA BERUK ini pun sebagai ketua rimba menjadi cemas, tidak tahu apa yang mahu dilakukan.. Setelah gagal mengatasi isu banjir, maka DEWA BERUK yang tidak mahu memikirkan perkara yang rumit terus menjadikan sekumpulan ahli al-KALAM sebagai sasaran terus dimarahi mereka dengan kata-kata, ‘LAIN KALI KALAU NAK BUAT KERJA, BUAT KERJA SEPERTI KAMI YANG AMALKAN AJARAN BERUK-BERUK MAT YE’, Jangan buat kerja seperti beruk sepsis lain..

Akan bersambung di Bahagian ke-2

5 comments:

Dr Beruk berkata...

Kah kah kah;kira-kira kerajaan beruk lebih baik dari manusia yg sedang menjadi pembangkang dan pemburu dalam hutan yg banyak rumput dipadang pasir kedah ni.Beruk-beruk ini sedang melihat manusia bernama UMNO sedang bergaduh sesama sendiri.Berebut jawatan.Rasuah politik.Akhlak buruk.Moral rendah.Bukan liwat sahaja.Di liwat pun ada.Rupanya beruk dan manusia main politik rebut kuasa nak jadi ketua untuk perut dan uncang sendiri.Kah kah kah kah kah.

pakngah santan berkata...

satu cerita yang sinis. melentinglah beruk-beruk tu nanti.

sebab tu ketua beruk senang menipu pengikutnya kerana ada yang tak faham seperti dr beruk di atas. kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

hahah.. lawaknya. yang tulis ni mesti pelawak terkenal ni..hahahaha.heheheheh..hohohoh.hihihihih.

AnaQarbana berkata...

spisis Dewa Beruk ni ada di Padang Serai...perangai dan tingkah laku dia sebiji tak ubah macam Dewa Beruk ni....panas baran, kaki kelentong...meliwat dan diliwat....

Tanpa Nama berkata...

Hanya beruk saja yang pandai tulis pasal berukkkkk.... 2x5 5x2

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates