Rabu, 20 April 2011

Hukum Bersumpah Antara PAS dan Islam

Antara Hukum PAS dan Hadis Nabi Rasulullah SAW,AL-Quran, mana mahu diikut?
Kata PAS
TEMERLOH, 20 April: Setahu para ulama, tiada sumpah dalam urusan yang melibatkan zina, rogol liwat (melainkan isteri yang mengadu kepada hakim bahawa dia diliwat oleh suami dibenarkan bersumpah), tuduhan seseorang itu melakukan zina tanpa mengemukakan saksi (qazaf) berpandukan tindakan yang tidak memanggil Safwan atau Aisyah bersumpah dalam peristiwa fitnah ke atasnya.


Demikian penerangan yang diberikan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai cabaran bersumpah dari bekas bendahari agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim kepada dua pemimpin kanan PAS, Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bagi membuktikan kebenaran dakwaan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar.
“Sumpah hanya ada dalam urusan yang bukan jenayah di atas, yang pembuktian hanya dilakukan melalui penyaksian atau pengakuan.

Itu Hukum PAS, walhal pengkisahan Safwan dan A'aisyah juga disalah simpulkan, dimana mereka bukan difitnah meliwat, sebaliknya...

Hadis Rasulullah SAW:

رَأَى عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَجُلاً يَسْرِقُ فَقَالَ لَهُ: أَسَرَقْتَ! قَالَ: كَلاَّ! وَاللَّهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ! فَقَالَ عِيسَى: آمَنْتُ بِاللَّهِ وَكَذَّبْتُ عَيْنِي.

(Nabi) ‘Isa ibni Maryam (‘alaihi al-salam) melihat seorang lelaki mencuri, lalu dia berkata kepadanya: “Apakah kamu mencuri?” Lelaki itu menjawab: “Tidak! Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia!” Maka ‘Isa berkata: “Aku beriman kepada Allah dan aku mendustakan mataku.” (1)

Demikianlah besarnya kedudukan sumpah di dalam Islam sehingga ia diunggulkan atas mata yang melihat. Berdasarkan hadis ini juga, jika bertembung antara sumpah dengan sesuatu yang lain, maka yang diunggulkan ialah sumpah.

[1] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 3444 (Kitab Ahadits al-Anbiya’, Bab firman Allah berkenaan Maryam…).

Dan dalam Al-Quran....
Sumpah mubahalah merujuk kepada ayat berikut:
فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنْ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ.
Kemudian sesiapa yang membantahmu mengenainya sesudah kamu beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.” [‘Ali Imran 3:61]
Perkataan Mubahalah (مباهلة) berasal daripada kata bahlah atau buhlah (بهلة) yang bererti doa yang bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kutukan kepada lawan yang membangkang. Imbuhan Mubahalah menunjukkan wujudnya dua pihak yang saling melakukan perkara yang sama, dalam kes ini saling berdoa kepada Tuhan untuk menjatuhkan laknat kepada pihak yang mengingkari kebenaran.

Jika inilah hukum yang PAS terbitkan apabila melibatkan kepentingan kelompoknya, apa akan jadi pada kes-kes tangkapan khalwat yang mana tidak pernah satu kes  pun dibawakan 4 saksi yang nampak kemasukan.
Adakah kita akan membiarkan remaja rosak apabila mereka boleh bergaul bebas, berzina tanpa dihukum, malah pegawai-pegawai pencegah maksiat pula yang akan di qazafkan kerana tidak mampu membawa 4 saksi?

Dunia boleh hancur apabila penipu-penipu diangkat sebagai ulama' dan membuat fatwa hanya berasaskan pendapat-pendapat yang dipetik diluar konteks.




1 comments:

Nayan berkata...

Kedah Times ada menukilkan isu ini di sini
http://syburi-times.blogspot.com/2010/10/sumpah-laknat-vs-akuan-bersumpah-sd.html

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates