Sabtu, 16 April 2011

Islam dan Politik

1. Islam tidak boleh dipisahkan dari politik, itulah ajaran Islam. Dengan prinsip inilah, maka amanat Haji Hadi dikeluarkan bagi mengkafirkan Umno yang dituduh kafir kerana memisahkan Agama dari politik.

2. Maka berduyun-duyunlah puak-puak lebai hijau putih memulaukan ahli Umno yang kononnya menolak Islam atas dasar memisahkan agama dari politik.

3. Namun, mereka tidak pernah sekalipun sedar bahawa Politik hanya sebahagian sahaja dari agama Islam itu sendiri, dan agama itu bukan politik semata-mata. Ini adalah kerana mereka belajar agama dari ahli politik sepenuh masa seperti haji Hadi dan Nik Aziz.

4. Itulah sebabnya, orang yang ditangkap berkhalwat pun diletakkan sebagai pemimpin, kerana dalam politik, khalwat itu adalah konspirasi, dan bukannya dosa seperti ajaran Islam. Sebab itulah juga, sedang mereka meneropong nilai moral pemimpin Umno, mereka mengangkat bekas pemimpin Umno yang dipecat kerana masalah moral menjadi pemimpin. Kerana bagi mereka agama itu politik semata-mata.

5. Pemahaman inilah yang menjadikan mereka terus tikam ekor, sabung ayam, pukul budak sehingga maut, atas alasan mengembangkan Agama.

6. Sirah Rasululllah SAW jelas menggambarkan bahawa Islam itu kedamaian, Islam itu penyelesai masalah, itu itu kebijaksanaan, Islam itu menyampaikan kebenaran. Tetapi Islam-Hanya-Politik yang dibawa PAS adalah  permusuhan, penuh kebodohan dan ketaksuban dan penuh pembohongan. Islam-Hanya-Politik yang dibawa PAS penuh dengan kebencian, cacian dan menghukum semata-mata.

7. Sebab itulah pengikut PAS akan suka menghukum jika terdapat terdapat perbezaan hala politik antara umat yang tidak selari dengan halatuju PAS mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tetapi amat jarang PAS sekali menegur pengikutnya yang kuat tikam ekor, mencaci dan membenci, dan meringan-ringankan rukun Islam seperti Puasa, Zakat dan Haji, malah PAS sendiri menganjurkan perpecahan antara umat Islam yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

8. Itulah Islam pada pandangan PAS, Politik mengejar kuasa semata-mata. Umat Islam perlu kembali kepada Islam sebagai Ad-deen, bukan Islam As-siyasah samata-mata. Tiada gunanya pelekat cermin kereta Islam sebagai Ad-deen, sedangkan jelas kita tidak tahupun apa maksudnya jika kita menyepitkannya kepada politik semata-mata.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates