Ahad, 17 April 2011

Jangan Jadi Gila Talak

1. Semakin dipujuk, semakin menjauh pula pengundi Cina dari BN. Semakin dirai, semakin bermuka-muka mereka kepada Perdana Menteri dan kepimpinan kerajaan. Inilah sikap kaum Cina secara umumnya, pedulikanlah seorang dua yang diberi jawatan politik atas subsidi kaum.

2. BN terutamanya Umno harus kembali kepada asas sokongan parti itu sejak merdeka iaitu Melayu dan Bumiputra. Malah kaum India yang nampak lebih menghargai perlu diberi lebih perhatian. Meritokrasi dalam politik, iaitu banyak undi, banyak jawatan tertinggi diberi kepada sesuatu kelompok perlu dilaksanakan dengan segera, dan sikap apologitik perlu dibuang terus kerana tidak sesuai diamalkan kepada golongan opportunis.

3.Banyak lagi agenda kepada Melayu, Bumitputra dan kaum-kaum lain yang perlu dilaksanakan, malah memerlukan begitu banyak usaha dan peruntukan serta fokus dari kerajaan.

4. Umno perlu membuang sikap dan kepercayaan bahawa memberi itu  merupakan satu kebaikan dan  Umno perlu sedar bahawa itu hanyalah persepsi Umno semata-mata. Bagi kaum Melayu dan Bumiputra, ia, benar, memberi dan mengalah itu satu kebaikan dan akan dihargai sepanjang hayat. Tetapi persepsi kaum Cina adalah berlainan. Mengalah, memberi, bertolak ansur itu pada pandangan mereka adalah unsur -unsur kebodohan, dan kebodohan itu haruslah diambil kesempatan sebaik mungkin.

5. Kesimpulannya, usah menganggap persepsi kita terpakai kepada semua orang, dan disebabkan itu kita masih menggila talak menghulur semahunya. Cukuplah..cukup..sebelum terlambat.

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

bukan rasis bila bcakap tentang isu nie,aku melihat pola pengundi cina lebih memihak kepada DAP,mereka hanya didepan kerajaan aje menyatakan sokongan terhadap kerajaan bila undi mereka akan pangkah pembangkang a.k.a DAP la. Mungkin kerana mereka berfikir kerajaan akan bantu serta akan mengikut kehendak mereka bila diperlukan yang penting mereka tahu kerajaan tak akan abaikan mereka walau apapun keadaan.Lihat la PRN Sarawak sudah cukup membuktikan.APa yang rasanya perlu kerajaan tidak terlalu memanjakan sangat mereka nie,kita tidak nampak pemimpin parti berasaskan kaum cina membantu BN sangat,sekiranya mereka betul2 berusaha menyakinkan kaum cina aku pasti pola pengundi cina di kawasan bandar boleh berubah tetapi biarlah di pimpin oleh pemimpin mereka sendiri dalam kerajaan.

ANAK BUKIT HIJAU berkata...

Orang tua-tua selalu mengingatkan kita: "Berbuat baik perpada-pada, berbuat jahat jangan sekali"

Menyusukan kera dihutan belum tentu berbalas.
Lebih baik menjaga anak sendiri, seratus tahun menghilang tidak mati,pasti akan kembali berbakti.

Salam.

Melayu Lunas berkata...

Padan pucuk pimpinan akau rasa tak nampak lagi dan masih tak faham lagi dengan sokongan dan undi mereka terhadap BN.Sekarang DAP adalah payung tempat mereka berteduh.DAP adalah suara mereka.Modal dan kewangan ditangan mereka.Kuasa sahaja yg sedang dicari mereka.Itu saja pesan ku.Nak pakai pun tak pa.tak mau pakai pun tak pa.

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Apabila melihat senariokini memang diakui segelitir kaum cina banyak sendiwara, apatah lagi apabila mereka berjaya memperdayakan kaum melayu berfahaman PKR dan PAS. Justeru itulah bagi mereka selagi kaum melayu masih dan lena dan masih diperbodohkan dan tamak serta gila kuasa dan duniawi selagi itulah mereka ini akan terus bersendiwara.

Ini terbukti permainan mereka ini terutamanya di Penang. Apabila mereka tergadah mereka pun berpura-pura serta berbaik dengan UMNO. Maaf cakap hakikatnya walaupun mereka ini berperang mulut tetapi dari zahir mereka bermesra dalam lakonan. Ini tidak seperti kaum melayu yang menzahir luaran sama seperti dalaman. Hakikatnya melayu tidak suka kalau melayu berjaya dan mereka lebih suka dan percaya teguh pada kaum cina walaupun adakalanya memakan diri.

Melayu yang racis dan prejudis tidak sanggup mengaku saudara kerana tidak sehaluan politik walaupun hakikatnya mereka mendapat limpah ruah hasil perjuangan daripada UMNO. Mereka menerima tangan kiri dan memaling muka kearah lain walaupun kawan mereka memberi cuka dan racun mereka anggap itulah madu lebah terbaik walaupun pahit menelannya tetapi kepuasan hati dan nafsu mereka perolehi.

Hakikatnya ini terjadi dikampung2, asalkan atas parti PAS mereka sanggup iakat perut dan membiarkan anak mereka tidak mendapat pendidikan asalkan bagi mereka untuk PAS. Tetapi itulah realiti dan hakikat sedangkan pemimpin PAS atasan hanyalah membawa modal air liur sedangkan anak bini dijaga baik dan diberikan didikan tinggi bahkan dapat menguasai bahasa Inggeris yang dianggapkan bahasa memesongkan akidah. Itulah bodohnya melayu bernama PAS dan cerdiknya pemimpin PAS.

Mereka ini lupa tangan yang memberi nafas dan keselesaan kepada mereka dicincang sedangkan tangan yang memeras dan cuba mematahkan leher dan menghancur badan mereka dipuja dan disangjung tinggi serta diumpamakan seperti Khalifah Islam tersohor. Bagi mereka tak ubah seperti Pak Kaduk, menang bertarung kampung halaman tergadai. Walaupun harga maruah diri tergadai dan kampung halaman tergadai asalkan mendapat kepuasan dan memuaskan nafsu sarakah mereka mereka sanggup lakukannya.

AnaQarbana berkata...

Bukan segelintar pengundi Cina ataupun pun masyarakat Cina sokong DAP...hampir 100% mereka sokong DAP....
la ni UMNO kena sedaq sungguh-sungguh....betapa pengundi Cina sama ada dari MCA ataupun PGRM, SUPP yang berada dalam komponen BN, merka tidak lagi menyokong BN...UMNO kena fikir semula...perlukah MCA, PGRM dan SUPP dalam BN...apakah mereka ini memberi manfaat kepada UMNO, kepada BN..
Ada macam tak dak...
Tak dak macam tak pa..
Ada membebankan..
Lebih tak ada....
Ini menunjukan masyarakat Cina taidak memerlukan wakil mereka dalam kabinet...mereka selesa dengan wakil rakyat biadap ayng hobinya mencari kelemahan dan kesalahan kerajaan....
UMNO janganlah pula dok terhege-hege nak pujuk bangsa racis ni [Cina/India] dengan menyediakan umpan yang bukan-bukan sehingga pengundi yang menyokong UMNO merempat di bumi sendiri..
tengoklah dalam setiap PRK ataupun PRU...apa yang UMNO tak bagi ataupun janjikan kepada bangsa racis ni....
Melayu masih boleh menguasa kerajaan 2/3 sekiranya melayu bersatu tanpa undi dari kedua-dua bangsa racis ni....
Cuba kita tengok...mana ada bangsa racis ni mempertikaikan kekayaan bangsa depa...
bagaiman dengan kaita Melayu...apa kita tak cakap dengan kekayan bangsa kita...Melayu lebih seronok kalau bangsa sendiri miskin papa kedana..
yang dok caci hina Melayu kaya raya ialah Melayu macam kita, ustaz yang berjanggoat yang mengaitkan dengan cintakan dunia....

Tanpa Nama berkata...

Peratusan pengundi Cina menyokong DAP semakin meningkat walaupun BN telah cuba sedaya upaya menyakinkan mereka bahawa BN mampu memenuhi permintaan mereka. Bermula sekarang BN mesti menumpukan pengaruh dikawasan pengundi selain dari Cina...Hak kawasan Cina tinggalkan tak berfaedah kalau bantu pun...buat habis beras aja. Ini kerana parti MCA dan Gerakan sebenarnya telah hampir mati walaupun mereka adalah komponen utama BN. Depa sesama Cina pun tak dapat nak yakinkan bangsa depa untuk undi BN, buat apa UMNO dok susah payah bantu depa...cari alternatif lain untuk menang PRU akan datang. Jangan dok harap kat Cina sangat. Maaf cakap...inilah bangsa yang tak mengenang budi...kekayaan negara depa kaut...kesetian mereka masih berkiblatkan negara asal...kalau bab warganegara kalau mengaku depa warganegera Malaysia.

La ni depa bercita2 nak jadi Penang ni, Singapore no. 2. Kalau bangsa lain yang ada di Penang tak sedaq lagi tunggulah PRU akan datang...semuanya akan jadi kenyataan!!!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates