Khamis, 21 April 2011

Kedah Menjadi Semakin Islam dibawah PAS, Meniaga Lampu Picit

Setelah sekian lama menunggu apa yang dikatakan Islam yang nak dibawa oleh kerajaan PAS, dan setelah lebih tiga tahun memerintah, dapat la rakyat Kedah melihat satu langkah  hebat PAS memertabatkan Islam di Kedah.

Apa PAS buat? Depa dah suruh peniaga pasar Malam padam lampu antara azan maghrib sehingga jam 7.45 malam.

Ingat ka nak pinda enakmen hudud ka, nak tambahbaik ekonomi Islam ka, rupanya suruh padam lampu pasar malam. Yang tak tahan nak gelaknya ialah bila depa tetap dok meniaga  juga, cuma depa bawa lampu picit sebab payah nak kira duit dalam gelap.

Jadi, sapa-sapa yang nak mulakan perniagaan di Kedah, eloklah meniaga lampu picit untuk dijual kepada peniaga pasar malan, dijamin laku.

Cerdiknya kerajaan baru pimpinan PAS ni......

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

baikla tutup gerai sementara waktu maghrib daripada nak tutup lampu atau sekadar nak pakai lampu picit. alang2 pakai lampu picit, bukak jelah lampu tu terus. takat nak tutup 15minit buat apa? apa maknanya? menghormati waktu maghrib? lebih baik la pi solat dulu, lagi bagus berjemaah ramai2 sesama peniaga pasar malam serta pengunjung.

Islam itu mudah. janganlah dok tambah perkara2 yang tak perlu serta menyusahkan. macam mana la puak PAS ni nak sebarkan Islam?

joe

matpanah berkata...

Salam tuan,

Saya baru dengaq pasai ni jadi nak tumpang gelak.
Bercelaru sungguh depa ni. Kosmetiknya makin berlebih-lebih.
Susah-susah sangat tutup terus saja la lampu-lampu tu. Kita ganti pelita picit kesemuanya. Biaq jadi 'pasar malam pelita picit'.
Payah berkira dengan puak cerdik tak boleh diikut ni..

AloQStaQ berkata...

Ha Ha Ha ! Awat la begitu lawak sungguh idea "bernaih" gila ni ....

Aku sungguh tak tahan nak gelak deraih!

Memang benar2 Iselam betoi la pentadbiran Haji Azizan anaknya Razak ni ...

mengikut cerita kawan2 yang pernah pi Mekkah, depa kata di Tanah Suci tu Islam dia lagu lain sikit, depa sana kalau bunyi Azan, peniaga tutup kedai sat dan pi mesjid bersolat. Sama la jugak dengan pelanggan. Lepas sembahyang, baharulah depa mai meniaga balik!

Tapi kat kedah ni tak sangka pulak Iselam dia lagu lain, depa sini pakai katup lampu saja ka? ... Wahhh ! hebatttt ! ... Jimat la sikit letrik untuk masa depan negara, yer tak!? Sapa kata idea tu tak hebat ! HEBAT GILA WOOOOO !!! HAHAHA ! KATUP LAMPU 15 MINIT ! SAT NAK GELAK LAGI ! HAHAHAHAHAHAHAHA .....

Murai berkata...

Tutup semua jalan...lorong...denai..dan juga apa juga punca yang boleh sampai ke pasar malam...supaya tidak seorang pun pelanggan ke pasat malam.....pada waktu tersebut ataupun lebih sikit..
jangan benarkan pasatr mula memulakan perniagaan mereka sebelum solat maghrib...
pastikan semua pasar malam...pasar petang memulakan perniaga mereka di luar waktu solat...
hanya boleh berniaga antara zohor dengan asar sahaja..
antara asar dengan maghrib sahaja....ataupun
selepas solat isya hingga pukul 12 malam....
sebenarnya...hampir 99% peniaga pasar malam...pasar petang...pasar pagi adalah ahli/pebyokong PAS.....puak-puak ni adalah golongan yang menentang peraturan kerajaan.....

CCZ berkata...

Hahahahahahahaha...Idea sapa tu hah!!!!!

matpanah berkata...

Nak tambah sikit lagi...

Harap-harap depa tak keluar arahan suruh tutup lampu kereta motor kat jalan pulak time tu no. Kena hari biasa, cerah ang ang ok la. Buatnya time hujan ribut...masalah jugak tu.

Nak gelak sekali lagi...hahaha

Tanpa Nama berkata...

Murai memang benar...ramai dikalangan peniaga pasar malam puak-puak kepiah hijau...pasai depa tak pi sembahyang waktu maghrib kot, sampai kena ada peraturan macam ni. Kalau nak jaga jemaah pun orang tak buat macam tu aihhh...tak berapa cerdik nampaknya idea depa ni, habis macam mana nak majukan ekonomi orang Melayu. Ada banyak kaedah lagi untuk menggalak peniaga pasar malam pi sembahyang, kalau hat tu pun tak reti cam mana nak perintah negeri bagi maju...makin mundurlah nampaknya!!!!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates