Jumaat, 15 April 2011

Kerja cara Islam ...

Pada 19 Jun 2008, Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah) membuat kenyataan akan menebang balak di kawasan tadahan air untuk menambah pendapatan negeri Kedah. (baca sini). "Kita telah buat kajian kalau kita tebang balak setelah ditolak kos-kos, kita akan dapat RM100 juta setahun." kata Azizan. Namun siapa yang dapat tender untuk tebang balak ini? Gambar disebelah menunjukkan peta kawasan yang dikatakan mempunyai nilai balak RM100 juta setahun.

Ini adalah surat permohonan untuk menebang balak daripada syarikat AY Trading kepada Pengarah Jabatan Hutan Negeri Kedah pada 15 September 2008. Kawasan balak yang terbabit adalah di Lot 1771 dan Lot 1805, Bukit Kaci Pelanduk, Kubang Pasu. Kawasan ini dekat dengan Universiti Utara Malaysia. Ada sesiapa perasan ada lori-lori balak yang melalui Lebuhraya Changlun-Jitra pada waktu malam hari? Kerajaan Negeri Kedah amal tender terbuka atau beri projek ini kepada orang-orang terpilih sahaja?


Cek bernilai RM10,000 ditulis atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Kedah. Tulis surat mohon tebang balak, kemudian bagi pelan lokasi balak dan beri cek RM10,000. Apa maksudnya? Suap? Orang-orang PAS Sungai Limau yang menyokong penuh Menteri Besar Kedah tidak mendapat peluang pun untuk merasai duit kayu balak ini. Melepaslah mereka. Duit ceramah dikutip dari orang kampung, tetapi duit balak orang kampung dapat semua kah? Siapa Aziz Ahmad, Pengurus AY Trading ini? (baca sini). Balak habis ditebang. Di Lojing, Kelantan, kawasan seluas 40km persegi telah habis ditebang dengan alasan Ladang Rakyat. Di Bukit Kachi, Kedah, cek RM10,000 dihulur untuk menebang balak. Mudah benar PAS memerintah sesebuah negeri. Tak cukup duit, tebanglah balak. Inilah mungkin yang dinamakan sebagai membangun bersama Islam?

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Dulu masa YB Amiruddin ni jadi pembangkang, dia siap buat kecoh mengapa Kerajaan Negeri tak boleh tebang di kawasan tadahan hujan, walau pun ada kajian alam sekitar telah dibuat. La ni bila dah jadi Kerajaan, tebang balak sesuka hati dan berbangga yang sekarang masa depa tebang hasil balak meningkat dari masa BN. Apa yang nak dibanggakan jika ianya merosakkan alam sekitar terutamanya kawasan tadahan hujan. Sanusi Supol MB suka menghebohkan dalam blognya mengenai perkara ini. Membalak di kawasan tadahan hujan tidak patut dilakukan, tak percaya selak balik rekod apa yg YB Amiruddin ni cakap dulu. Janganlah bangga sangat, dan amat betul seperti artikel ini, bila balak ada, ada la orang yg dapat duit kopi (rasuah) yg ahli PAS.

hangkedee berkata...

Hah,ambik kau!Semasa BN memerintah terpekik terlolong atas pentas ceramah Kerajaan Bn bodoh bangang dan pelbagai kutukan.Sekarang gilaran tok tok lebai lalat hijau buat kerja pula.2x5=5x5 saja nampak.Malu dengan lebai di atas kepala pembohong NO 1.Meyusahkan ada lah demi sekupang dua rakyat disusahkan.Kan senang buat bil setempat di pejabat pos tak payah kerja 2 kali.Malah lebih perit buka kauter pada hari berkerja saja tiada pilihan nak bayar bil .Haramjadah betul Puak lalat hijau.Buat kerja cara Islam pelak betul

Tanpa Nama berkata...

balik kampung baru ni kebetulan jumpa sorang kawan baik sejak kecik. dia ni pas hangit sejak dulu walaupun dulu sembahyang jumaat pun tunggang langgang. aku suka sembang dengan dia. aku tanya. macammana la ni. pas dah perintah kedah 3 tahun tapi macam tak dak apa pun. saja jolok dia. tak sangka. dia garu kepala. dia pi mengaku. betui kata dia. dia pun dah tawaq hati dah. macam kena mohong dengan puak-puak atasan saja katanya. banyak jugak luahan dia tentang kerajaan pas yang dia sokong tu. rupanya dia pun marah bila bil ayaq tak boleh bayaq kat pejabat pos. menyusahkan orang kata dia. termasuk dia katanya. nak jimat 2 kupang (kononya) dari bagi kat pos (orang melayu jugak) butare saja habis lagi banyak duit sebab kena pi pekan nak bayaq bil ayaq. binawe betui katanya. aku tenganga dengaq apa dia kata. saja nak kongsi dengan kawan-kawan saja. pasai lama tak jumpa dia.

Tanpa Nama berkata...

Pusat tadahan air (ampangan-ampangan)adalah di bawah tanggunjawab MADA, iaitu sebuah agensi persekutuan yg membantu pesawah di Kedah. Kawasan tadahan air (hutan) adalah di bawah kerajaan negeri. Kalau ditebang semua balak di kawasan tadahan air, apa-apa masalah yg akan berlaku selepas itu (kurang air, tanah runtuh cetakkan ampangan, dll)kerajaan negeri sudah tentu akan menyalahkan pusat. Ingat, Allah menyeru kita utk menjaga alam sekitar, tetapi manusia yang memusnahkannya untuk keuntungan jangka singkat.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates