Ahad, 24 April 2011

MCA menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia

Betullah lah kata Loh, kita tidak boleh menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka untuk membuat pilihan semasa pilihanraya. Suara mereka perlu dihormati dan didengar.

Cuma, kita minta MCA menghormati suara masyarakat Cina bahawa MCA sudah patut dikuburkan. Sebelum Utusan dikuburkan, MCA yang sudah reput kenapa belum mahu masuk kubur? Eloklah MCA menyerahkan jawatan-jawatan kabinet kerana suara rakyat telah menyatakan bahawa MCA tidak layak dan tidak dipilih mewakili mereka lagi.

MCA Desak Rakyat Pulaukan Utusan
MCA menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.


malaysiakini interview loh seng kok 061108 05Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin, lewat petang semalam, Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan alhbar berkenaan dan mempercepatkan lagi edaran Utusan Malaysia yang terus menjunam.

3 comments:

AbangMalaya berkata...

1 Melayu 1 Bumi untuk jaga kuasa orang Melayu....tak menyusahkan bangsa lain pun...orang Cina pun dah melaksanakan 1 Cina...orang Melayu cuma nak bersatu padu...dah teruk berpecah...ini lah masanya PAS bersatu dengan UMNO..tendang MCA..biar UMNO dan PAS buat keputusan macam mana hendak memerintah negara...habis cerita..Cina dan india jangan takut....ti paling adil punya dalam sejarah Tanah Melayu dan Malaysia...

Tok We berkata...

Salam,
Ambo setuju MCA dan Gerakan dipulau dan dikuburkan segera. Sebagai ahli dan penyokong UMNO, ambo tidak gembira dengan sikap dan prestasi kedua-dua parti Cina ini.

Ambo sokong 1Melayu, 1Bumi..

Tok Nek Miah berkata...

Aku pun sokong juga Parlimen Padang Serai biar calon drp Melayu yg bertanding jangan kira drp parti mana pun.Sebab majaoriti pengundi Melayu yang ramai.Tentu ada yg tak setuju ni.Aku tau punya......

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates