Sabtu, 30 April 2011

Melayu perlu mengingati Sejarah

Tun Dr Mahathir dalam ucapan perhimpunan perkasa di Stadium Suka Menanti Alor Setar petang tadi mengingatkan semua orang Melayu supaya tidak melupai sejarah. Ingatan itu ditambah lagi dengan kata-kata yang bangsa yang paling bodoh ialah bangsa yang dijajah beberapa kali kerana tidak mengingat Sejarah sendiri.

Disamping itu beliau menyeru umat Melayu yang mencakupi 60% penduduk Malaysia yang telah menjadi minoriti kerana berpecah tiga supaya kembali bersatu. Bersatu seperti di zaman cadangan penubuhan Malayan Union oleh British dahulu.

Beliau juga mengingatkan bukan Melayu supaya memberi sedikit ucapan terimakasi atas apa yang telah dikorbankan oleh bangsa Melayu. Berilah peluang kepada BN pada PRU akan datang.

Tun Dr Mahathir mengakhiri ucapan dengan satu pantun:

Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang dilupa juga.

Ianya ditujukan kepada bukan Melayu ...

8 comments:

Mustaqim berkata...

Bukan Melayu dari dahulu kala lagi penting diri sendiri sahaja. Kenapa kita nak jaga dia lebih dari umat melayu sendiri. UMNO mesti menjaga umat Melayu. Tak payah susah-susah menjaga hati org yg tak kenang budi. Cuma yg dayusnya si Najib shj. Org Melayu di bawah tetap pendiriannya. Syg Tun Mahathir sudah berumur kalau tidak dah lama kita tendang org UMNO macam Najib si dayus ini. Kalau Pak Lah & KJ kita sumbat ke Pulau Bidan saja biak TUDM boleh latih tembak atau bom.

Mahawangsa berkata...

Melayu tak lupa sejarah>Cuma dia jadi terlupa bila dihambat sifat tamak kepentingan diri dan haloba kuasa.Melayu telah pecah tiga.Tepat apa yang Tun M kata kerana kuasa juga.Tiga kelompok itu ialah Melayu UMNO,Melayu PAS dan Melayu PKR.Apa yang lebih malang sudah Melayu ada tiga kelompok acuan berpecah.Malah satu satu kelompok UMNO sendiri pun pecah ada dua.ada tiga ada yang lebih dari itu.Perpecahan ini juga berpunca gila jawatan .Gial kuasa.Gila harta.Gila nafsu syaitan.UMNO sudah jadi kotor kerana di pimpin oleh pemimpin yang kotor.Maka UMNO pun jadi kotor .Disinilah punca keruntuhan kuasa UMNO dan Melayu.Maka Melayu yang lain pun mula lari mencari parti pilihan lain seperti PAS atau PKR.haata DAP pun mereka rela.UMNO perlu dibersih daripada pemimpin rasuah.gelumang maksiat kalau nak naik semula.dalam kontek UMNO Kedah rata-rata pemimpin bahagian adalah perasuah politik wang.Dan ada yang kaki maksiat songsang dan sebagainya.Kita sudah dengar ada yang terlibat dalam isu liwat atau diliwat.Siapa yang tak mahu penyatuan untuk masa depan Melayu.Parti UMNO perlu bersih dan suci.Parti politik ibarat satu barangan produk untuk pelanggannya.Mana-mana produk yang baik maka disitulah produk ini menjadi laris.Servis UMNO sudah menjunam sejak akhhir ini pada rakyat.UMNO tempat mencari kuasa dan harta.berlumba untuk dapat jawatan dan kuasa.Nasihat TUN M itu hendaklah dilihat dalam sekop yang luas dalam sistem demokrasi di Malaysia.PAS pun bukan nak bela Islam sangat.Dia lebih pada gila kuasa juga macam UMNO.Apa yang DAP boleh bantu PAS untuk menjadi Islam sebagai wadah perjuangan dia.Ibarat langit dengan bumi antara PAS dan DAP.PAS tipu orang Melayu dengan slogan Islamnya.DAP dengan perkauman nya akan men jadikan PAS sebagai alat sahaja.PAS sekadar penumpang sahaja dalam pesawat kuasa.PKR adalah parti Melayu yang telah menjadi rojak buah dan rojak mee bercampur kuah pasembur.Tak guna cakap.Parti harapan Melayu hanyalah UMNO.Oleh itu Dato najib dan TS Mahyudin kena seriuos betul untuk bersih segala gejala buruk dan kotor dalam UMNO.Kasnya di Kedah.Pemimpin kayu reput.Pemimpin skendel songsang atau luar biasa tak perlu ada lagi dalam semua peringkat.Semoga Perkasa akan membuat satu penilaian akan ucapan Tun M itu sebagai panduan masa depan Melayu nanti.Selamat berjuang.

Sarjan Hassan berkata...

http://papytor.blogspot.com/2011/05/marahkan-nyamuk-dibakarnya-kelambu.html?spref=fb

Tanpa Nama berkata...

BUDI YANG BAIK DI LUPA JUGA ; pembetulan kot?

Tanpa Nama berkata...

mana p org kuat umno kedah? x nampak batang hidung pun..........

Tanpa Nama berkata...

Nak mampoih! hampa suruh bashah pi...dia pun takut MCA, Gerakan dan MIC marah juga...hampa tak pa tak dak jawatan..dia???woooiii sayang woi, bukan senang nak jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah!

Tanpa Nama berkata...

Sayang seribu kali sayang. Undi Melayu kini sudah tiada erti dan nilai di kaca mata pemimpin UMNO. Yang perlu dijaga hanya undi cina, undi Melayu biaq pi. Hina dina sungguh Melayu la ni. Dipelekeh bukan saja oleh bangsa asing tapi oleh orang Melayu sendiri yang kununnya pejuang Melayu dari parti Melayu (apa makna UMNO tu?)yg jadi penentu menang atau kalah, kekal jawatan atau tidak HANYA undi cina. Awat hampa ingat hati kami ni kecik sangat ka? Hampa ingat hampa teraa boleh menang tanpa undi Melayu macam kami ni. Sedaqlah majoriti ahli Perkasa juga ahli UMNO. Bezanya ahli UMNO hanya ada jasad Melayu tapi ahli Perkasa ada jasad, jiwa dan roh Melayu. Jadi ke manakah Melayu nak meletakkan undi mereka dalam PRU13 nanti??? AWASSSSS!!!!!

Burung Merbok berkata...

1. Perhati punya perhati, tak seorang pun pemimpin atasan UMNO negeri yang berani hadir pada Perhimpunan tu. Kecut ! Takut ! Takut tak dapat undi drpd kaum lain.

2. Undi Melayu tak nak ke ? Atau 'take for granted' orang Melayu tak akan lari ? Jangan buat silap, depa kalih kali ni, baru tau langit tinggi rendah. Awat depa ingat jadi Ketua Perhubungan Negeri, Ketua Bahagian atau Setiausaha Eksekutif, besar sangat ke ? Ni yang orang dok sebut sebagai 'merak buih' !

3. Tapi, dalam Perhimpunan PERKASA sebenarnya, kehadiran tak perlu dibilang dari segi orang politik. Orang UMNO ke, orang PAS ke, orang PKR ke....; semuanya perlu hadir bagi menyokong perhimpunan orang Melayu. Saya nampak PERKASA cuba menghimpun seramai mungkin orang Melayu dalam satu gagasan yang mantap dan kuat supaya segala tekanan dan cabaran boleh ditangani dengan lebih mudah. Sekarang ini, kaum lain lebih kuat kerana mereka bersatu dalam isu-isu bangsa mereka, walaupun mereka berlainan parti politik. Tidak dengan orang Melayu. Biar orang Melayu ditekan, dicabar, dihina ; agama Islam dicaci ; masjid dinodai kesuciannya dan banyak alagi penghinaan ( rujuk kpd gambar-gambar penghinaan terkutuk pd Kaabah) ... tapi orang Melayu boleh buat bodoh sombong, seronok berkelahi daripada membela ! Apa punya baghal orang politik PAS, UMNO ???

4. Kalau orang Melayu 'lingkup' masa depannya, saya salahkan orang PAS dan orang UMNO ( Melayu dlm parti satu lagi tak penting kpd saya ). Ni orang UMNO dan PAS, 2 parti Melayu yang terbesar di malaysia ; kalau mereka gagal bersatu, kita kutuk mereka habis-habisan. BIAR ANAK-CUCU KITA HUKUM MEREKA SEKERAS-KERASNYA , SEHINA-HINANYA ! BIAR SEJARAH MENGHITAMKAN NAMA MEREKA, PEMIMPIN MEREKA !!!

5. Sepatutnya mereka ini hadir menyokong PERKASA hari itu. Peluang untuk bersatu telah dimula dan dicorakkan oleh NGO ini. TAPI apa jadi ? Masing-masing sombong dengan ego yang tak bertepi. PERKASA membina jambatan ; TAPI sebaliknya mereka robohkan laluan mulia ke arah perpaduan. Macam-macam cerita kita dengar yang mengiya 'kesombongan' ini. Ada yang arah supaya pemimpin-pemimpin parti jauhkan diri dari Perhimpunan tersebut ; walaupun sesetengahnya adalah juga ahli dan pemimpin Perkasa. Seolah-olah, kena buat pilihan antara parti dan NGO. Takkah busuk hati sebegini ? Usaha untuk menggagalkan pasangan bendera, banner dan streamer Perhimpunan, juga menjadi buah mulut di sekitar Alor Setar. Inilah yang dikatakan 'perut busuk' di kalangan orang Melayu.

6. Sepatutnya usaha mulia dan murni oleh PERKASA disambut baik oleh politikus melayu. jangan kata nak derma atau menghulur sedikit 'sponsorship' dan bantuan, hadir pun mereka tak mahu. Apakah istilah lagi yang boleh kita labelkan MELAYU sebegini rupa ? Bangsat ? Lupa daratan ? Tak kenang budi ? Tak berjiwa melayu ? Langsung tidak ada ROH dan SEMANGAT Melayu ?
Tepat sekali bila disarankan bahawa calon yang TAK BERJIWA Melayu, diboikot terus dlm PRU ke 13 ini ; tak kira dari UMNO maupun PAS atau PKR. Kaum lain dah tunjuk trend pemikiran dan pengundian mereka ; keputusan Pilihanraya Sarawak adalah testimoni kpd apa yang diperkatakan ! Jadi, mahu jadi 'baghal' lagikah ? kalau pemimpin2 politik masih degil, mari kita pengundi ajarkan mereka . Biar mereka sedar antara tingginya langit dan rendahnya bumi ! Pengundi tak boleh diperbodohkan lagi ! kami mahu Melayu bersatu dalam ikatan yang kukuh. Kamu tolak ini, kami tolak kamu. Noktah !!!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates