Ahad, 24 April 2011

PAS Kata..Jaga Adab, Jangan Burukkan Orang Lain... Ironik Tahap Gaban Nii..

PAS memang terkenal dengan aktiviti ceramah dan kempen memburuk-burukkan musuh-musuhnya sepanjang parti itu wujud. Malah dikatakan, jika tiada kejian, tiada PAS, begitulah sinonimnya PAS dan kejian kepada musuhnya. Namun, kelmarin, ironik sungguh bila Datuk Tuan Ibrahim telah menasihatkan ahli-ahli PAS agar menjaga adab jemaah dan tidak memperlekah dan memperburukkan pihak-pihak lain.

Selama ini PAS mengamalkan adab jemaah rupanya, tak boleh burukkan ahli PAS sahaja, dan bukan adab ajaran Islam yang tidak boleh memperlekehkan dan memburukkan sesama Islam.

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 22 April: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) mengingatkan seluruh ahli PAS menjaga adab-adab jemaah sepanjang kempen pemilihan parti itu.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS itu berkata, biarpun kempen adalah dibenarkan, namun ianya sesekali tidak boleh memperlekeh dan memperburuk pihak-pihak lain.


"Kita menghormati hak ahli mencadang dan mencalonkan sesiapa untuk mana-mana jawatan dalam parti.

"Cuma kena jaga adab, jangan perlekeh atau burukkan pihak lain," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut mengingatkan bahawa jawatan kepimpinan dalam parti adalah amanah dan bukan perkara yang boleh dibuat main-main.

2 comments:

pakteh adam berkata...

Rupanye ini lah Islam Hadhari ciptaan si lahanat Dolah Badawi.

Islam yang ada masa masa tertentu dan golongan tertentu untuk di aplikasi kan.

Kalau kita cakap mereka ni munafiq/hipokrit depa marah... tapi itu lah realiti nya. Memburuk dan memfitnah pemimpin UMNO boleh... tak payah beradab.... tapi bila kene tang hidung sendiri siap mintak ahli PAS supaya beradab. Ape punye sial punyer manusia. Kalau tak mengenangkan akan kebesaran Allah... dah lama mereka ni kita halalkan... (sebab memecah belah dan memalukan Islam)


Semoga kita terus mendapat perlindungan Allah agar terus berada didlam golongan orang yang mendapat petunjuk dan berakal.

anti bohmau berkata...

tang depa, puak2 pas nak jaga sangat adab & tatasusilawati!

tapi bila tengok pencacai2 depa dok maki hamun, fitnah orang2 umno, orang2 yg tidak sehaluan seolah2 tidak berdosa langsung perbuatan mrk tu!

apapun ramai blogger depa jadi mcm blogger upahan dah...ada yg punya tala taji ka hj. hadi la, hj nasha la, yg tala ka nik aziz, geng husam, geng mat sabu macam nak mampuskan cereer politik sesama depa tu saja...dey1 aparra!?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates