Selasa, 5 April 2011

PAS Menghalalkan Pembunuhan Sesama Islam

Gila atau kurang siuman.. atau kurang ajaq? Mungkin frasa yang dinyatakan tidak sesuai bagi menggambarkan ajaran PAS yang dibawa oleh seorang guru agama di Perlis sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar disebuah sekolah persendirian. Dalam kejadian tersebut seorang pelajar telah dipukul dengan sebegitu teruk hingga menyebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala.

Mungkin penerapan nilai-nilai keganasan oleh PAS telah mendorong ustaz binatang tersebut melakukan perkara sedemikian. Apakah yang bermain difikiran ustaz binatang tersebut ? Adakah kerana PAS boleh 'disucikan' dosa lepas melakukan kesalahan? Atau PAS sememangnya satu Parti Ajaran Sesat yang menghalalkan darah sesiapa sahaja? Atau mungkin ustaz binatang hasil tarbiyah PAS itu menganggap perkara-perkara sebegini kecil sahaja. Kami di Kedah Times mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Saiful Syazani. Kami juga difahamkan arwah merupakan anak yatim. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH.

Al Fatihah
                                                                     

KANGAR 5 April - Pas Perlis memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran kematian seorang pelajar tujuh tahun dua hari lepas yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti itu di Jejawi dekat sini. 

Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya juga memohon maaf kepada kaum guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.
"Kejadian ini sesuatu yang amat memeranjatkan setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti,” katanya selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini.

Hashim, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sanglang berkata, Pas Perlis berharap proses siasatan dan perbicaraan dilaksana secara rapi dan mendalam bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak terbabit.
Pengerusi Lembaga Tadbir sekolah itu, Rus”sele Eizan berkata, pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti itu beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.


Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berharap sekolah agama rakyat seperti itu melantik hanya guru-guru bertauliah bagi mengelak kejadian seumpama itu daripada berulang.
"Setiap guru yang dilantik perlu melalui proses latihan perguruan meskipun mereka memiliki kelayakan akademik yang tinggi,” katanya.

Bernama



5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Aku menangis baca cite ni, kalu dengan darah daging sendiri pun tak sanggup buat, mcam mana plak dengan anak orang. Aku anggap cikgu tu nak tunjuk kuasa dan sebagai lelaki puak2 bacul hanya mampu tunjuk kuasa pada budak tujuh tahun yang lemah. Aku sanggup bayar RM7 yang arwah ambil kalu dia minta, tak payah kutip derma kat surau. Berilah hukuman setimpal dan carilah punca kenapa arwah bertindak demikian. Inilah bukti serban besar bantal bukan gambaran sebenar otak si pemakainya mungkin ia sebesar otak udang. Aku buat solat hajat cikgu tu ke tali gantung kerana kes disiasat ikut Seksyen 302. Bapa arwah patut saman dahlah sekolah persendirian sure kena bayar, kenakan hukuman sampai bawa maut. Mana lawyer PKR tak nak ambik kes ke.

Tanpa Nama berkata...

pas bangsat.pas celaka.pas haramjadah.pas pelaq.kenapa lah orang2 melayu maseh percaya pada puak2 pas durjana ini.lihat dengan mata kepala sendiri bertapa kejamnya USTAZ USTAZ mereka ini.anak yatim pun mereka sangup bunuh.kalau kena ANAK AKU .Aku akan kerat kedua dua tangan nya supaya menjadi pengajaran pada mereka yang hidup.AKU BENCI PAS SEHINGGA AHIR HAYAT KU....

belalang berkata...

bahasa ringkas dan tepat utk mengambarkan ustaz puaka ialah "SIBANGSAT YG KEJAM" yg sepatutnya lahir bersama2 dgn Dajjal dan bukan waktu ini.

semoga kecelakaan yg ada dimuka bumi ini menimpa keatasnya.

sukar utk membayangkan anak yatim sekecil 7 tahun yg masih dikuasi akal budak , kehausan kasih sayang, menumpang kasih, serba
kekurangan, rendah diri yg complex dll.. dihukum sebegitu oleh amarah ustaz yg konon lidahnya kaya zikir.. KEJAM!!

Mohd berkata...

Eloklah sekiranya, ibubapa kanak2 yg sedang belajar di sekolah2 agama PAS mengeluarkan anak2 mereka sebelum anak2 itu ditimpa malang spt ini.
Menyesal dahulu kedapatan, menyesal kemudian tak berguna ..........
Melayu mudah lupa ...........

Melayu Lunas berkata...

Itu baru PAS perintah sekolah belum lagi perintah satu nagara.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates