Selasa, 19 April 2011

PAS Sudah Gelabah

Di permukaan, PAS cuba menggambarkan bahawa mereka masih mendapat sokongan dan cuba meyakinkan rakyat bahawa kerajaan PAS Kedah masih tidak tergugat, dan akan terus menerajui Kedah selepas PRU-13 nanti.

Namun, dalam diam-diam, pemimpin-pemimpin PAS sudah gelabah dan mula memikirkan apa yang akan mereka buat dan macam mana hendak cari makan apabila tewas pada PRU-13 nanti.

Dari bisik-bisik yang didengar, kebanyakan mereka sudah mula memikirkan apa punca pencarian selepas PRU-13 nanti setelah hilang jawatan-jawatan lantikan politik yang memang lumayan. Manakan tidak, setelah mendapat pendapatan lumayan hasil jualan pembohongan dan makan gaji buta, tahap kehidupan mereka telah diupgradekan melebihi pendapatan dan kemampuan mereka dan setara dengan taraf hidup yang baru sebagai perompak selepas PRU-12 yang lalu.

Kalau mereka tidak malu, mungkin mereka boleh bertanya kepada pegawai-pegawai yang mereka pecat dan singkirkan ala-ala rejim Israel pada 2008 yang lalu. Bagaimana hendak meniti kehidupan selepas disingkir. Apatah lagi, mereka memang layak disingkir kerana semuanya hasil rompakan melalui politik.

Kepada rakyat Kedah, terutamanya penyokong PAS, cukuplah sekali ditemberangkan oleh pemimpin anda kerana sepanjang memerintah, mereka hanya bergelut memperkayakan anak beranak mereka sahaja. Sedangkan hak-hak rakyat tiada satupun yang ditunaikan.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Memang benar PAS Kedah kepanasan dan kehausan seperti cacing kepanasan. Mengapa tidak kerana duit yang dikumpul untuk masuk kantong masih jauh untuk penuh. Justeru itulah mereka tidak pilihan lain kecuali menekam UUM akan memasuk wang dalam kantong mereka. Itulah kebajikan selama ini. Mereka lupa bahawa anak PAS juga menumpang ehsan menimba ilmu di UUM. Mereka ini bukanlah manusia tetapi berhati syaitan dan busuk hati.

Dimanakan ehsan serta kebajikan untuk rakyat menuntut ilmu dan penyuluh rezeki hingga anak cucu. Kalau dasar penipu, pembohong tetap jua pembohong. Selama ini MB tak tau tidur awal memikir bagaimana untuk jerat UUM nampaknya. Beliau lupa bahawa Pusat Pengajian juga tergolong dalam menuntut perjuangan Fisabillah dan sepatutnya Kerajaan PAS Kedah wajib membantu dan bukan mencekik darah serta penghisap darah.

Sudah mereka mendera UUM dengan keadaan air yang disalurkan tidak mencukupi dan terpaksa pihak Pengurusan UUM mengeluarkan wang ratusan ringgit untuk mendapat bekalan air bersih. Mereka ini seumpama hantu Jerakong yang penghisap darah dan berlakon baik dan alim rupanya syaikh syaitan yang terhebat. Sepatutnya mereka tahu bahawa membuat kebaikan itu adalah fardhu kifayah, tambahan lagi ianya pusat segala ilmu dan Pusat Fisabillah.

Tenunglah apakah PAS pejuang kearah memertabatkan perjuangan islam ataupun kearah musuh islam sejati.

Tanpa Nama berkata...

PAS bukan mcm umPORno, kebuloq duit rakyat utk kepentingan perut sendiri. dah 50 tahun dah pas kalah, idup jugak. sebenaqnya umPORno tu yg gelabah pasai duit xdak, dah xleh nak curi duit rakyat. awat otak hg mcm beruk?

Tanpa Nama berkata...

PAS boleh idup pasai UMNO dan Kerajaan Negeri beri peluang kat hampa bagi business. Contoh Che Had dan Jurunilai Bersekutu diberi kontrak dengan kerajaan negeri. Hj Sobri KHTP pun dulu jadi konsultan PKNK, memang tiada pebezaan politik, tapi untuk Melayu. Tapi la ni PAS yg kebuloq duit. 50 tahun UMNO dan BN dah buat macam-macam, Bank Islam, puluhan atau ratusan masjid untuk org PAS solat, UIA, universiti, perkhidmatan pelajaran yang baik. Memang segelintir UMNO yang tidak jujur, tapi akar umbi UMNO adalah orang yang bekerja kuat untuk negara. Org yg mengata otak orang lain macam beruk adalah sebenarnya beruk. Dulu Yusrin ada kata beruk pun boleh jual tanah KHTP. Nah sekarang beruk itu ada title Hj dah kat depan tuuuu. Amacam bro PAS, jgn la kata org beruk. Org kuat agama tak boleh tunjuk contoh yg tidak baik. Dulu kat UMNO kapiaq, la ni PAS pun kapiaq jugak kerna kerjasama dengan DAP. Kata kat UMNO rasyuah pi cuti oversea org sponsor, bila kena kat Nik Aziz org sponsor pi haji, hampa kat tak pa, mana aci bro PAS, tang hampa buleh, tang UMNO semua tak boleh. Memang dasar tak mengenang budi. Kalau UMNO pegang balik Kedah, semua yg menerajui GLC Kedah kena la cari makan sendiri, contoh boleh jadi penceramah bebas atau penceramah motivasi atau pi cari kerja di KL kot?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates