Ahad, 24 April 2011

PAS tak layak urus sekolah Pondok pun!

Ini Kedah Times petik dari Sinar harian. Jawapan kepada statement pihak Kerajaan negeri Panas Baran yang mengatakan bahawa mereka sudi untuk mengambilalih pengurusan UUM.


Untuk pengetahuan Datuk VC UUM, PAS tidak layak pun mengurus sekolah pondok kerana selama ini sekolah Pondok atau SAR banyak mendapat bantuan dari kerajaan persekutuan berdasarkan kepada jumlah pelajar atau kepala yang ada di sekolah tersebut tidak pernah mereka ambil peduli tentang pengurusannya. Dhooif ka sekolah, bocorka atap sekolah, air tiada ka, mereka tidak pernah ambil peduli. Apa yang mereka pandai ialah masuk ke sekolah dan menghasut budak-budak supaya membenci kerajaan yang membantu mereka.

Sebab itu SAR diberhentikan dari mendapat bantuan kerajaan pusat. Dan sekarang apabila kerajaan Kedah diperintah oleh PR, SAR masih macam dulu juga tetapi bertambah teruk kerana tiada bantuan kerajaan negeri berikan. Malahan 'treatment' untuk SAR tiada atau bertambah teruk. Kalau tidak masakan sekolah agama di DUN MB sendiri mengadakan tunjuk perasaan tempohari di depan Wisma!

Jika UUM nak diambilalih oleh kerajaan negeri ada beberapa pertanyaan nak diajukan:
1. Sumber kewangan nak ambil dari mana untuk operasi harian UUM?
2. Bangunan-bangunan, peralatan dan sebagainya yang dilabur oleh persekutuan tu mampu ka kerajaan negeri bayar balik?
dan banyak lagi soalan yang boleh ditanya.

KUIN yang dulunya aman dihuni oleh pelajar-pelajar waima dari totok PAS pun sudah bergolak beberapa kali. Dari masalah kampus baru sehinggalah ke perebutan jawatan dalaman sendiri. Inikan nak jaga UUM yang berpuluh ribu pelajarnya!

Konklusinya PAS tidak layak pun mengurus apa-apa kolej hatta sekolah pondok pun kerana PAS hanya arif dan mahir dalam bidang membangkang dan menghasut!

'Hanya layak urus sekolah pondok'

ALOR SETAR - Pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) membidas cabaran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk mengambil alihnya daripada Kerajaan Pusat dan menyifatkan Kerajaan Negeri hanya layak mengurus sekolah pondok.

Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan Kerajaan Negeri bercakap di luar konteks dan mempertikaikan kredibiliti pengurusan universiti, sedangkan UUM hanya meminta masalah bekalan air dan kenaikan cukai tanah diselesaikan.

Menurutnya, UUM adalah di bawah kelolaan Kerajaan Pusat sebagaimana diperuntukkan perlembagaan dan Kerajaan Negeri tidak berhak mengambil alih pengurusan universiti sekiranya tidak mendapat keizinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sekalipun Perdana Menteri merestui hasrat Kerajaan Negeri, adakah mereka mampu menampung peruntukan perbelanjaan tahunan UUM yang menelan kos hampir RM300 juta, hampir sama dengan bajet tahunan Kerajaan Negeri?

“Selain itu, rakyat Kedah sedia maklum kegagalan Kerajaan Negeri menjaga sekolah pondoknya dan kebajikan rakyat dengan baik sehingga tercetus pelbagai masalah dalaman yang gagal diselesaikan.

“Justeru, Kerajaan Negeri tidak perlu tambah beban, sebaliknya bantu UUM selesaikan masalah berbangkit kerana kami memang tiada masalah pengurusan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Mengenai soal pembayaran cukai tanah yang menjadi pertikaian UUM dan Kerajaan Negeri, Mohamed Mustafa menegaskan perjanjian rebat air dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000 selama dua tahun yang diuar-uarkan Kerajaan Negeri sebenarnya tidak pernah wujud.

Menurutnya, sewaktu pemerintahan Kerajaan Negeri terdahulu, bayaran cukai tanah paling tinggi dikenakan UUM hanya RM300,000 dan dikurangkan kepada RM100,000 setelah dibuat rayuan.

“Pengurangan cukai selama dua tahun itu diberikan Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) kepada UUM atas dasar tanggungjawab sosial, lebih-lebih lagi UUM bukan merupakan satu organisasi berasaskan keuntungan.

“Perkara sama berlaku pada universiti awam di Lembah Klang yang hanya dikenakan cukai tanah rendah walaupun nilai harga tanah di sana lebih mahal berbanding Kedah.

“Saya tidak nafikan peruntukan memang ada namun tidak bermakna Kerajaan Negeri tidak boleh bertimbang rasa kerana wang lebihan boleh digunakan untuk membiayai kebajikan pelajar,” katanya.

Mohamed Mustafa turut menjelaskan UUM tidak mempunyai motif politik terhadap tindakannya mendedahkan isu cukai tanah dan bekalan air melalui media.

“Sebelum ini, kita menyerahkan enam surat rayuan kepada Kerajaan Negeri berhubung isu tanah tetapi dipandang sepi, malah tiada seorang pegawai Kerajaan Negeri dan Syarikat Air Darul Aman (Sada) hadir meninjau masalah kami.

“Saya sedia berjumpa dengan Menteri Besar (Azizan) pada bila-bila masa sekiranya diberikan peluang memandangkan tujuan kami hanya mencari penyelesaian,” katanya.- SINAR HARIAN : 23 April 2011 : MS U2


























1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Memang betul la tu,aku sokong kenyataan tersebut. sekolah pondok pon tak terurus dok asyik mintak derma sana derma sini.bila mai pak lebai dok mintak derma tu, tanya dulu pati PAS yang anjur kutib derma ni, bagi saya kalau dia kata ya, Terima kasih sajalah tuan saya tak berhajat nak derma.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates