Ahad, 3 April 2011

Pendikan vs Pertandingan Bolasepak Antarabangsa

Sedang pihak Parlimen Jerlun berusaha untuk membangunkan kualiti infrastruktur pendidikan dan juga kualiti pelajar-pelajar, pihak Kerajaan negeri sibuk dengan liga bolasepak nya.

Jika tahun lepas mereka menganjurkan Liga Bolasepak Piala MB, tahun 2011 kain rentang Liga bola sepak Antarabangsa sedang dalam promosi dengan Gambar MB terpampang besar di kain rentangnya.

Demo di KUIN diadakan kerana membantah tindakan pihak atasan yang dikatakan tidak prihatin dengan pelajar-pelajar KUIN; sebaliknya pihak kerajaan negeri mengatakan yang demo tersebut adalah berasaskan kepada maklumat palsu sahaja yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu.

Beginilah suasana pemerintahan Kedah sejahtera, apa saja yang bertentangan dengan kemahuan mereka, ianya palsu dan ada dalang yang melakukannya.


Di Kg Melele, Jitra Datuk Mukhriz telah mengumumkan kelulusan RM1.5 juta bantuan untuk membaik pulih Sekolah Menengah Agama Nahdatul Hasanah di majlis Anugerah Cemerlang pelajar-pelajar sekolah tersebut. Majlis yang rata-rata dihadiri pelajar dan waris memenuhi dalam dan luar dewan.

Inilah perbezaan ketara pemerintahan Kedah Sejahtera jika dibandingkan dengan Kerajaan Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Pendidikan anak bangsa didahulukan demi untuk membawa bangsa Melayu Islam ke mercu kejayaan. Tidak kira apa jua aliran politik.

Sebaliknya kerajaan sejahtera lebih memfokus kepada perkara-perkara keseronokan semata-mata sehingga mengabaikan pendidikan anak-anak bangsa yang benar-benar memerlukannya.

Sejahteralah Kedah

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates