Ahad, 3 April 2011

Sekolah Menengah Nahdatul Hasanah ..

Apa signifikannya sekolah ini? Sekolah Nahdatul Hasanah Kg Melele, Jitra Kedah adalah sekolah agama yang ditubuhkan untuk mengembangkan Islam kepada seluruh penduduk Islam di Kedah khasnya dan nusantara amnya.

Sekolah Agama persendirian yang telah melahirkan tokoh-tokoh hebat dipelbagai bidang seperti politik, korporat, pentadbiran dan keagamaan masih berdiri teguh dengan hanya bantuan dari pihak yang prihatin.

Hari ini 3April 2011, Dato' Mukhriz Mahathir telah mengumumkan yang kelulusan YAB Perdana Menteri bantuan sebanyak RM1.5 juta bagi membaikpulih bangunan Sekolah Menengah Agama tersebut. Sekolah yang banyak melahirkan ulama, pentadbir, ahli politik ini patut dibantu. Dan kerajaan BN yang ahli Parlimennya Dato' Mukhriz telah melakukannya.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan Barisan Nasional yang telah meluluskan peruntukan ini. Rakyat di  Jerlun amat terharu dengan keperihatinan beliau dan inilah bukti bahawa kerajaan BN sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan mengotakan janjinya", kata Dato Mukhriz.

Sekolah tersebut juga telah juga menerima sumbangan 10 biji komputer dari syarikat korporat Mutiara Smart Computing Sdn Bhd. Sumbangan ini bakal melengkapkan makmal komputer yang sedia ada di sekolah tersebut.

Disamping itu seorang bekas pelajar sekolah tersebut telah memberi kebenaran untuk sekolah menerimapakai secara percuma perisian e-ilmu kepada sekolah Agama ini.
Menurut Dato' Mukhriz lagi, terdapat beberapa lagi projek pembangunan yang akan dilaksanakan di Jerlun dan ianya akan diumumkan dalam masa terdekat. Biarpun Kedah diperintah oleh PAS tetapi kerajaan pusat tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk meningkatkan taraf kemudahan serta prasarana terutama dikawasan luar bandar.


Harapan kita ialah agar rakyat Kedah memahami inspirasi Kerajaan BN yang inginkan rakyat menikmati kemudahan Kelas dunia dan berada setaraf rakyat negara maju. Ini bukan saja melibatkan sekolah aliran kerajaan tetapi mencangkupi sekolah agama bantuan & sekolah agama rakyat yang diabaikan oleh pemerintah Kedah semasa.
Jadi tidak hairanlah jika kita lihat SAR yang rata-rata dikonkongi penyokong PAS, masih berada dalam keadaan dhaif walaupun negeri diperintah oleh puak-puak mereka. Sepatutnya SAR yang selama ini melahirkan ramai juga ahli politik PAS sudah menjadi sudah setaraf sekolah Agama bantuan kerajaan Pusat. Dan InsyaAllah Nahdatul Hasanah bakal menjadi salah satu sekolah agama terbaik di Kedah hasil usaha ahli Parlimen Jerlun ini.

Dato' Mukhriz juga berjanji dan berazam untuk terus berusaha dan bekerja dengan lebih kuat didalam meningkatkan lagi taraf hidup, ekonomi, sosial dan pendidikan di kawasan beliau. Beliau berharap rakyat Jerlun akan terus memberi sokongan yang padu kepada beliau dan BN demi kepentingan masa hadapan yang lebih gemilang. Hanya BN yang boleh menguruskan negara dan negeri ini dengan baik.

Ayuh kita kembalikan Kedah kepada pihak yang lebih baik dan mampu merealisasikan apa yang diperjuangkan. 

Ayuh Kedahan ... bangun bersama Gelombang Merah rakyat Kedah ..  

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam dato' salam kedah times...la awat dato baru nak bagi ni...kan sekolah tu ada kat situ berpuluh tahun dah!Masa Tun jadi Pm dulu pun sekolah tu dah wujud. Masa ditubuhkan dulupun, Bn yang perintah kedah. Awat yang baru sedaq sekolah tu daif dan perlu dibantu?

bagus benar apa yang dato' nak buat ni, saya sokong, tapi awat buat la ni...nanti orang bersangka, dato' bagi untuk pancing undi, bukan ikhlas nak bantu sekolah kembang agama islam.

bila kalah, baru rasa nak bantu...kalau macam tu la stail kita menguasai kerajaan pusat, nanti orang kata baguih laa BN jadi pembangkang, baru buka mata tengok sekolahagama..kalau gitu, tak payahlah bagi depa jadi kerajaan, nanti depa lupa dan tak nampak sekolah agama lagi.

rajabersiung berkata...

Kepada pemberi komen. Jgn sempitkan pemikiran kita. Sek. Ini enggan mendaftar dibawah Kem Pendidikan untuk diletakkan dlm senarai sumbangan kerajaan pusat. Sumbangan lain sentiasa diberikan oleh secara diam2 dan kecil-kecilan melalui pej parlimen yang kita tidak ketahui pun pemberiannya. Disebabkan keperluan mendadak utuk memperbaiki bangunan, dato' atas kapasiti dia membantu dgn bertemu PM utk kelulusan segera. Sekolah ini dari dulu sentiasa dibantu kerajaan walaupun tak daftar dgn kementerian. So ahli parlimen sebagai caretaker kawan jerlun ambil dayausaha utk bantu.

Oo ya, kalau tuan nak derma sekolah sedia membantu. Sekolah sedang wakaf tanah sebanyak 5 ekar, boleh beli utk wakaf kpd sekolah.

Dan yg peliknya kenapa kerajaan negeri tak bantu? Dulu kata kerajaan BN zalim kpd SAR, tapi sebaliknya berlaku. Kerajaan kedah tak buat apa utk bantu w/pun jadi pemerintah. Yg bantu kerajaan pusat plak. Sapa yg zalim ?

Setakat nak cakap saja budak darjah satupun boleh kata org lain zalim. Bila kena buat sendiri, habok pun tarak

Syburi Times berkata...

Saya berada disana dan Dato' menawarkan diri untuk menjadi org tengah utk sekolah mendaftar dibawah kem pendidikan dan dia sanggup menjadi caretaker jika sekolah tidak mahu dikawal oleh kem pendidikan tetapi masih memerlukan bantuan kerajaan.

Solan kenapa lembaga mudir sekolah tak p cari kerajaan negeri?

Apek berkata...

Sebenarnya itulah nikmat bila Kedah jatuh pada PAS.Masa dalam BN dulu mereka pandang ringan kalau ada sikit masaalah.Rasa besar kepala dan hebat.Memang betul rakyat cakap BN kena diajar supaya bagi kalah sekali sekala.Jika tidak pemimpin nya dari bawah sampai atas buat sinis sahaja.BN kalah pun ada nikmat juga bukan tak ada nikmat.Kadang-kadang nikmat lebih baik semasa BN jadi kerajaan Kedah.Memang PAS Kedah tak buat benda besar seperti yang dijanji masa pilihanraya dulu.Kerajaan PAS Kedah sengkek dan tak cukup duit rakyat tahu tak payah dicerita lagi.Barangkali rakyat naj bagi sedikit jentikkan pada telinag pemimpin UMNO supaya jangan terlalu angkuh dengan kuasa.Akhlak rendah lupa diri.Tak ikhlas tak telus.Jangan anggap rakyat macam semut mudah diumpan dengan gula.Ini lah contoh nikmat bila PAS jadi Kerajaan di Kedah.Rakyat yg pernah miskin susah tak rasa susah.Yang rasa susah ialah manusia yang tak pernah rasa nikmat susah.Eloklah Dato Najib nak pilih calon kali ini calon yang terbaik dari segi akhlak,budi pekerti,kelulusan yang tinggi,tidak sombong dan mesra rakyat yang sejati bukan berpura-pura.Semoga BN Kedah segera sembuh dari segala kanser dan penyakit kronik.Sekalung tahniah pada YB MP Jerlu Dato Mukhriz.Pesanan satu jangan jadi seperti hangat -hangat tahi ayam pula.Hebat pada mula sahaja.Kemudian sejuk jadinya.Ramai pemimpin jadi macam tuuuuuuuuuuuuuu.

Tanpa Nama berkata...

Kami rakyat perlimen Jerlun menyokong kepimpinan YB

Tanpa Nama berkata...

Itupun nak menyebok, kalau Malaysia ni takdak sistem,hbes melingkup la kerajaan, tu kira alhamdlahla dapat perhatian kerajaan. Nak tera mana lagi? Yang tau,dok cri salah, salah depa ttup dengan nama islam,baguih sangat la tu..ish3

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates