Ahad, 3 April 2011

Semua orang dah berdemo di Kedah...

Nampaknya di Kedah semua orang dah mula berdemo terhadap kerajaan negeri ... orang PAS sg Limau, NGO, UMNO, Penuntut KUIN, rakyat kampung, dan pelbagai golongan lagi.

Apa nak kata ...


......Petikan Utusan...



ALOR SETAR 1 April – Kira-kira 200 tenaga pengajar dan pelajar tahfiz Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mengadakan demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan Kuin, termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini hari ini.

Timbalan Dekan Kuliyyah Al-Quran Kuin, Mohammad Idrus Ismail berkata, demonstrasi selepas solat Jumaat di pekarangan Kolej Kediaman Ar-Raziy itu bertujuan membantah tindakan pengurusan kolej mengambil alih sebahagian besar bangunan Maahad Tahfiz di sini untuk dijadikan Sekolah Insan Bestari (SIB).



Katanya, bangunan Maahad Tahfiz itu mengandungi kelas pengajian dan asrama pelajar tahfiz sejak 2001, namun bangunan itu yang menjadi pusat pengajian dan asrama telah diambil alih oleh SIB bermula Januari lalu.



“Suara ini ditujukan khas buat Menteri Besar sebagai Pengerusi Kuin kerana kami di pihak pentadbiran Kuliyyah tiada kepercayaan lagi kepada pengurusan Kuin,” katanya ketika ditemui oleh pemberita di sini hari ini.



Dalam demonstrasi secara aman itu, pelajar-pelajar melaungkan kata-kata semangat sambil membawa kain rentang dan sepanduk yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan Kuin menempatkan SIB di bangunan mereka.



Mohammad Idrus meminta Menteri Besar meneliti perkara itu kerana bangunan Maahad Tahfiz sebenarnya telah digazetkan untuk kegunaan pelajar tahfiz, bukannya dikongsi dengan SIB.



“Saya terkilan kerana dengan kewujudan Sekolah Insan Bestari ini, pelajar tahfiz terpaksa keluar mencari rumah sewa kerana bilik asrama tidak cukup,” jelasnya.



Sementara itu, wakil pelajar, Ahmad Remy Md. Raof, 25, memberitahu, ada khabar angin mengatakan pelajar tahfiz akan dipindahkan ke tempat lain bagi memberi laluan kepada SIB.



“Sebagai pelajar, kami tidak puas hati kerana kita seperti dipinggirkan dan di sini kami tinggal di asrama di tingkat atas manakala bahagian bawah dan kelas pengajian diambil alih Sekolah Insan Bestari.



“Dulu tidak ada masalah, sekarang timbul pula isu nak rampas bangunan ini dan ada ura-ura kata semester depan tidak boleh masuk dah bangunan ini,” katanya sambil memberitahu kelas pengajian pelajar tahfiz kini adalah di Mergong.

Justeru, Ahmad Remy berharap, memorandum bantahan yang akan diserahkan kepada Menteri Besar dalam minggu ini juga akan memberi sinar baru kepada pelajar tahfiz untuk belajar dalam suasana lebih selesa.

“Kami mahukan kemudahan dan ruang belajar yang selesa di mana bangunan Maahad Tahfiz ini sesuai di sini kerana terletak bersebelahan masjid kerana banyak aktiviti boleh dilakukan di sana,” tambahnya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates