Sabtu, 30 April 2011

Setiausaha Agung atau Presiden KFA ?

Bolasepak Kedah agak berceramuk sejak kebelakangan ini. Selepas pemberhentian jurulatih Ahmad Yusof secara senyap-senyap (pada mulanya beliau diberi tugas lain tetapi diam-diam kontrak beliau ditamatkan), jurulatih baru dilantik dan prestasi agak naik sedikit.

Mungkin disebabkan keadaan KFA atau pasukan bolasepak Kedah yang agak yo-yo ini, YB Datuk Mahfus dikatakan berminat untuk melibatkan diri dalam KFA. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Apakah jawatan yang YB Mahfus berminat? PResiden atau Setiausaha Agung?

Kalau Presiden, bermakna YB kena jatuhkan MB Kedah dan kalau SU Agung maka Dr Hamdan kenalah berundur atau diganti. Untuk Presiden, selalunya jawatan itu otomatik diberi kepada MB dan jika MB tidak berminat, maka orang lain bolehlah dicalonkan. Tapi nampaknya MB Panas Baran kita tidak akan sewenang-wenangnya melepaskan jawatan itu.
Apakah Mahfus sedang merancang untuk dirinya menjadi MB? Seterusnya Presiden KFA? Itu Kedaha Times tak berani nak jawab!

Atau beliau hanya ingin jawatan SU agung KFA sahaja? Tetapi nampaknya agak susah kerana SU Agung ini selalunya orang kuat MB samada Exco atau individu penyokong kuat MB. Kalau dilihat dari segi politik PAS, MB dan Mahfus ibarat anjing dan kucing. Satu suka tidur tetapi apabila dikejutkan berkaitan sesuatu isu, maka dengan pantas dia bangun dan menyerang. Satu lagi meronda kesana-sini berlagak pandai walhal habukpun tiada. 

Lagi satu, jika MB dan Mahfus tiada masalah, kenapa mensyuarat PAS kawasan Pokok Sena, Husam pula yang dipanggil untuk perasmian? Heheh masing-masing kem la katakan. Hebat PAS sekarang ni!

Kembali kepada KFA, pada 26 April 2011 malam di restoren MAMA dekat Tol Alor Setar Utara tu, Mahfus buat mesyuarat apa? Yang datang mensyuarat bersama beliau tu kebanyakan berbaju hijau KFA atau sekurang-kurangnya berbaju yang ada tulisan berkaitan bolasepak Kedah. Ada perancangan hebat ka?

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates