Isnin, 25 April 2011

SHEIKH DR ABDULRAHMA​N AL-SUDAIS:​ADAKAH BELIAU JUGA TALIBARUT UMNO????? JAWAB SAT PAS HARAMJADAH​!!!!


SOBRI SUDIN

1. Sheikh Dr Abdul Rahman al-Sudais adalah seorang doktor perubatan, juga merupakan seorang HAFIZ. Kini adalah KETUA IMAM MASJIDILHARAM tempat terletaknya BAITULLAH, dan masjid yang paling utama bagi umat Islam, disebut didalam Al-Quran.

2. Kelunakan suara Abdulrahman mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran tidak boleh disangkal lagi. Beliau sebaris dengan qari lain seperti Sheikh MASARI Rashid Al-Asari. Sheikh Said Al-Ghamidi, Sheih Dr Mohd Ayub. Kaset dan cd bacaan al-Quran mereka menjadi rebutan.

3. Di bulan Ramadhan, pada malam kemuncak yakni malam ke-27, malam khatam al-Quran, lazimnya Sheikh Abdul Rahman akan menjadi imam terawih di Masjidil Haram dan dialah yang kemudiannya akan membaca doa penutup yang boleh berlarutan sehingga satu jam pada malam tersebut, diiringi dengan tangisan dan keinsafan yang penuh makna.

4. Sebagai insan marhein, aku agak bertuah kerana pada tahun 2004 ditakdirkan menjadi tetamu Allah, dapat berziarah ke tanah haram, dalam bulan Ramadhan yang mulia dan kebetulan tahun itu Aidilfitri jatuh betul-betul pada harijadi aku, 3 November. Dan pengalaman yang sayu menginsafkan berdiri sebagai makmum di belakang SHEIKH DR ABDULRAHMAN AL-SUDAIS pada malam puasa ke-27 AMAT BERMAKNA, dan sehingga kini masih aku ingati.. saat itu, Insya-Allah tahun ini di bulan Ramadahan yang mulia, jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, mudah-mudahan dapat menjadi tetamu Allah SWT sekali lagi..

5. Dan alhamdulilah, sehari dua ini SHEIKH DR ABDUL RAHMAN AL-SUDAIS menjadi tetamu negara. Memuji pendekatan Islam di Malaysia, menasihati agar Islam itu dilaksana dengan penuh kesederhanaan kerana Islam itu cantik dan indah.. Beliau menegur kalangan yang merosakkan Islam dengan imej tempelan yang menjijikkan (HANGPA FAHAM-FAHAM LA PUAK MANA).

6. Beliau mahu wujudkan kerjasama erat antara MALAYSIA DAN SAUDI ARABIA bagi kegiatan dakwah untuk mendekatkan masyarakat antarabangsa dengan ajaran Islam. Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais juga memuji syiar dan syariat Islam yang dimertabatkan di Malaysia. Beliau turut kagum dengan kaedah pengurusan haji yang dilakukan oleh Malaysia.

7. Puji-pujian ini kita sambut dengan perasaan alhamdulillah, dan SHEIKH ABDUL RAHMAN, tidak perlu dibayar oleh UMNO untuk berkata yang jujur.. Gaji beliau sebagai ketua Imam Masjidil Haram kalau mahu diikutkan terlalu lumayan, sesuailah dengan tarafnya sebagai KETUA IMAM dimasjid Allah s.w.t yang paling suci dan mulia dimukabumi..

8.Yang penting pengiktirafan, dan orang luar lebih arif dan nampak kehebatan negara kita, cuma puak POKKA HIJAU sahaja masih lagi berotak jahiliyah.. Puak POKKA HIJAU sahaja yang masih agungkan TOK GURU DAN USTAZ WALI SELIPAR MEREKA.. Apa kelas Nik aziz, Hadi Awang, Azizan Razak(naik menyampah u..) kalau nak dibandingkan dengan SHEIKH ABDULRAHMAN AL-SUDAIS?


MAT SABU, MAHFUZ, din PUDURAYA.. lagi la kondem, golongan yang memalukan GERAKAN ISLAM SAHAJA. Puak ular dalam semak ini hanya tiga ekor komunis sahaja boleh kontrol parti AUTA SEMALAYSIA.. yakni USTAZ LIM GUAN ENG, SHEIKH KARPAL SINGH DAN TOK GURU LIM KIT SIANG.. Puak ni dah kata pada POKKA HIJAU.. 'OVER MY DEATH BODY', terus tersipu, cekup teluq, lalu tidur berdengkur..

Tak berani dah kata nak tegak NEGARA ISLAM.. WOI BAHALOL, TOLOL, WAILOL. LIKUL, TOYOL, DUNIA ISLAM DAN IKTIRAF LAMA DAH MALAYSIA SEBAGAI NEGARA ISLAM.. MANGKUK HAYUN BETOI POKKA HIJAU HARAMJADAH NI..!!!!

Betoi ka di KEDAH DEPA (PAS) KATA NEGERI KEBAJIKAN??? NEGERI KEBAJIKAN, ATAU KEBAS-KEBAS, BAHAGI-BAHAGIKAN SAMPAI RAKYAT DAN ISU RAKYAT JADI TAK KETAHUAN...

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates