Jumaat, 8 April 2011

Siapa Dalang Demo di KUIN?


Cuba teka siapa dalang sebenarnya?

Kumpulan Amirudin? Atau kumpulan Mahfuz? Atau kumpulan dari Sg Limau? Atau kumpulan Erdogan yang tidak bersetuju dengan Azizan?

Tidak mungkin UMNO kerana PAS telah sahkan yang KUIN adalah kubu kuat mereka? Hampir semua pelajar dan staf KUIN adalah penyokong PAS!

Atau penyokong-penyokong PAS ini sudah nampak tembelang sebenar kerajaan negeri bawah PAS!

Atau musuh-musuh Azizan sendiri yang berada dibelakang semua ini? Tanya Setpol Sanusi. Tapi biarlah dia ikhlas menjawabnya. Kalau tak ikhlas, boleh kita dedah apa yang sudah terjadi kepada projek Keli-K di Sg Pau atau pemugaran tanpa had bukit disekitar Bendang Man untuk projek Ladang Rakyat!

Dulu semasa BN perintah KUIN tenang ......

Sunday, April 3, 2011

Isu Demo Pelajar Maahad Tahfiz - Ini Jawabnya.

Isu Demo Pelajar Maahad Tahfiz - Ini Jawabnya.

Menteri Besar Arah Siasat
Yakin Demonstrasi Didalangi Pihak Tertentu

ROSLINDA HASHIM- Sinar Harian

ALOR SETAR - Tiada surat pekeliling dikeluarkan mengenai pemindahan pelajar tahfiz Kuliyyah Al-Quran, Kolej Universiti Insaniah (Kuin) bagi menempatkan Sekolah Bestari di bangunan Maahad Tahfiz Negeri Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak merangkap Pengerusi Kuin, berkata, kemungkinan penyebaran maklumat palsu itu didalangi pihak tertentu yang berkepentingan kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan Kuin.

"Tidak ada dalam mana-mana mesyuarat peringkat fakulti atau universiti, kita memutuskan untuk pindahkan pelajar itu ke tempat lain. Saya pelik daripada mana mereka dapat maklumat itu, mungkin ada pihak sengaja mahu buat kacau," katanya, ketika diminta mengulas tindakan lebih 100 pelajar tahfiz mengadakan demonstrasi membantah penempatan Sekolah Bestari di bangunan Maahad Tahfiz, kelmarin.

Menurutnya, tindakan itu seolah dirancang bagi mencetuskan suasana tegang antara Kerajaan Negeri dan rakyat Kedah termasuk pelajar terbabit.

"Kita sedang mencari siapa dalang di sebalik kekalutan ini. Saya akan arahkan pengurusan Kuin untuk menyiasat perkara ini dan jika ada pihak yang terbukti bersalah, mereka akan dikenakan tindakan," katanya.

Azizan bagaimanapun menyerahkan pada pengurusan Kuin untuk menjalankan siasatan termasuk ke atas pegawai dan tenaga pengajar Kuin yang turut serta dalam demonstrasi terbabit.

"Setiap universiti ada peraturannya, mana boleh pegawai sertai demonstrasi. Kakitangan tertakluk pada undang-undang, berbeza dengan pelajar," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Timbalan Dekan Kuliyyah Al-Quran Kuin, Mohd Idrus Ismail kononnya pandangannya sebelum ini tidak diendahkan, Azizan berkata, pihaknya tidak pernah dihubungi untuk membincangkan isu berkenaan.

"Saya kesal apabila saya dan rektor Kuin, Profesor Datuk Dr Jamil Osman dituduh tidak ambil berat masalah pelajar itu, sedangkan mereka tidak pernah suarakan masalah itu," katanya.  

Mengenai hasrat pelajar menyerahkan memorandum lapan perkara itu kepadanya dalam masa terdekat, Azizan berkata, sepatutnya mereka datang bersemuka dan berbincang terlebih dahulu, bukannya mengadakan demonstrasi tanpa mengetahui kedudukan sebenar.

"Patut hantar memorandum dahulu dan bincang. Jika dakwa Kuin tidak betul dalam hal ini, rundingan adalah jalan terbaik, bukan tunjuk perasaan. Saya kesal kerana ada pihak sebar cerita tidak benar mengenai Kuin," katanya.

Azizan turut kecewa apabila pentadbiran Masjid Sultanah Bahiyah turut masuk campur isu berkenaan dan cuba mengeruhkan lagi keadaan.

"Jika mereka mahu ambil alih pengurusan pelajar tahfiz itu, silakan. Tetapi jangan keruhkan keadaan. Perkara ini hanyalah salah faham yang digembar-gemburkan untuk memburuk-burukkan Kuin," katanya.

Menurutnya, pada era pemerintahan Tan Sri Sanusi Junid, Kerajaan Negeri mewujudkan dua buah institusi pendidikan berdekatan masjid berkenaan bagi tujuan mengimarahkan masjid, iaitu Tahfiz Al-Quran dan pengajian jarak jauh Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Bangunan sebelah yang kosong sejak UiTM pindah, kita berikan pada Sekolah Bestari manakala sebahagiannya dalam proses baik pulih dengan peruntukkan RM250,000. Kita buat pun untuk keselesaan pelajar," katanya.

Menurutnya, pelajar diminta bersabar kerana mereka akan dipindahkan ke kampus induk di Kuala Ketil yang lebih selesa dan lengkap infrastrukturnya yang kini sudah siap 20 peratus.


2 comments:

Putera Gunung Jerai berkata...

PAS dan Ostat Azizan kenalah eslesai sendiri dengan nasihat pakar Mat Sabu,Mat Mahfuz,Mereka pakar nasihat.UMNO cuma tepuk tangan sahajalah melihat kepincangan KUIN ini.

AnaQarbana berkata...

"Setiap universiti ada peraturannya, mana boleh pegawai sertai demonstrasi. Kakitangan tertakluk pada undang-undang, berbeza dengan pelajar," katan Azizan.....
Pelik bunyi statement azizan ni.....bila peraturan ni di buat...atau adakah dia baru sedar setelah dia tersepak batu di dalam rumah dia...ataupun dai baru tahu ada peraturan seperti itu.....
Bila demo di buat oleh puak pecacai anjuran PAS terhadap Kerajaan BN/UMNO tak pula timbul peraturan seperti tang didakwa oleh azizan.....ramai kakitangan kerajaan yang terikat dengan perturan sebagai contoh perintah am bab "D"...melarang kakiatangan kerajaan terlibat dengan dome...tapi yang ramai hadir dalam demo-demo seperti itu adalah kakitangan kerajaan yang menyokong PAS yang di halalkan oleh PAS sebagai hak asasi kononnya..tapi bila pas tersepak batu tang pas letakan...pas mula marah...siapa yang letak batu kat situ...ni dah tak betul...ni salah dengan peraturan...apalah punya MB gelong ni....kalau hak dia mesti kena ikut peraturan...tapi pasai bab orang lain...mampuihlah.....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates