Rabu, 20 April 2011

Sikap Biadap sesetengah Manusia

Kedah Times tertarik membaca tulisan PelantaqHujah tentang pengalamannya menunggu di Kedah TM Sg Petani. Bukannya kerana terganggu akibat menunggu untuk dilayan tetapi terpaksa menunggu dan melihat gelagat pasangan 'kurang Ajar' yang berlagak yang mereka boleh membeli apa saja dengan duit.

Tapi maruah atau rasa hormat orang lain kepada kita tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Mungkin hanya segelintir orang Cina sahaja yang berperangai begitu, tetapi Kedah Times pasti ramai lagi yang sentiasa mempunyai sifat hormat menghormati antara satu sama lain.

Mungkin juga sikap sebegini timbul kerana sedikit kuasa telah diperolehi dan merasakan diri mereka seperti bangsa Yahudi di Israel yang menganggap mereka orang serba boleh dan bertaraf tinggi. Pribumi hanyalah orang suruhan dan sebagainya.

Sikap begini memang sudah mula wujud dikalangan pembangkang. Menjerit-jerit apabila mereka tidak didengari atau apabila berkehendakkan sesuatu.

Kedah Times mendapat maklumat dari sumber dalaman TM Kedah sendiri yang dikalangan pengurusan kanan TM Kedah pun terdapat mereka yang berperangai seperti pasangan yang diceritakan oleh Pelantaqhujah. Perangai pembawaan Pembangkang!

Setiap hari dimulut tidak putus perkataan mengutuk, menghina dan mengeji Kerajaan Persekutuan dan UMNO. UMNO dan kerajaan persekutuan ibarat perasuah dan pesalah. Apa saja tindakan yang dibuat Kerajaan Persekutuan semuanya tidak betul. Mereka merasakan seolah-olah TM Kedah adalah milik kerajaan Kedah dan tidak segan-segan mengenepikan pembesar-pembesar Kerajaan Persekutuan dalam apa saja majlis mereka.

Segelintir pengurusan kanan ini yang sentiasa merasakan apa saja tindakan TM pusat ada berkaitan dengan UMNO dan korup. 

Mungkin tingkahlaku pasangan Cina ini memberi petunjuk juga apa yang ada di TM Kedah. Setiap hari asyik memperlekeh, mempersenda, menghina, mengeji dan mengutuk UMNO dan kerajaan persekutuan, dan inilah petunjuk Allah SWT kembali kepada mereka. Sebutan supaya kerajaan dan UMNO dihancurkan yang diucapkan setiap kali dalam mesyuarat pengurusan mereka telah ditunjukkan oleh Allah SWT dengan menghantar pasangan berperangai seperti mereka datang meninggikan suara di TM Kedah.

Ini cerita dari pihak dalaman kepada Kedah Times. Jika benar, pihak atasan TM atau Kerajaan persekutuan patut sekurang-kurangnya ambil sedikit perhatian kepada dalang-dalang pensabotaj polisi Kerajaan di GLC seperti ini.

Kedah Times hanya blogger cap ayam atau blogger perasan saja .... tukang sampaikan saja... sapa nak dengar ... tapi kalau inilah keluhan orang dalaman ... nampaknya polisi kerajaan mungkin sampai bila tidak akan berjaya... dan Kerajaan negeri pun nak takut apa? Sebab mereka ada support dari GLC Persekutuan sendiri!

Kedah Times : Dengar cerita di TM Kedah ada staf dah jadi BOD dan ada staf bukan eksekutif asyik main poltik jerr...  dibayar gaji tapi kerja hakiki tak dibuat. Betul ka?

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates