Khamis, 28 April 2011

Solat Hajat PAS.

Kedah Times merasakan yang ramai rakyat diseluruh negara berterimakasih kepada PAS kerana mengadakan beberapa siri solat hajat untuk memohon Allah memusnahkan musuh-musuh Anwar Ibrahim. 

Solat hajat sepatutnya dijadikan langkah untuk memohon kebaikan daripada Allah kepada hamba-hambanya.

Berduyun-duyun penyokong-penyokong PAS dan PKR menuju ke stadium untuk bersembahyang hajat memohon kepada Allah untuk kemusnahan orang lain, walhal Allah menyuruh sembahyang hajat itu kepada kebaikan akan agamanya dan dunianya kepada perkara sesuatu yang susah atasnya. Ini disebut dalam kitab Hidayatussaalikin.

Solat Hajat dikerjakan ketika menyatakan keinginan, kehendak atau keperluan kepada Allah. Sesiapa yang merasa terdesak dalam suatu urusan mahupun merasa perlu dalam kemaslahatan dunia atau agamanya, maka hanya dengan menyerahkan segalanya kepada Ilahi akan membuahkan nikmat terhadap segala yang dihajati.

Maka hari ini Allah telah mengkabulkan apa yang dihajati mereka. Tetapi bukan atas kemusnahan kumpulan atau  jemaah lain, tetapi menonjolkan apa yang sebenarnya dilakukan oleh orang-orang dikalangan mereka. Secara terus boleh kita katakan yang Allah menunjukkan siapa sebenar Anwar Ibrahim kepada semua yang menghadiri sembahyang hajat tersebut.

Selepas solat hajat, dijamu kata nista
dan caci mencaci.
Persoalannya adakah mereka (yang bersolat hajat) boleh menerima petunjuk Allah SWT ini? Jika niat atau nawaitu sembahyang sudah tidak betul, maka amat susah untuk mereka terima petunjuk Allah, sebaliknya pelbagai alasan diberikan.

Apakah mereka menunggu sehingga ada bala atau kemusnahan dari Allah SWT, baru mereka mahu menerima kebenaran?

Jangan kita dimasukkan dalam golongan yang dimurkai dan orang-orang yang sesat!

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam 

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)

Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan

Tunjukkilah kami jalan yang lurus

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat  


“Orang-orang yang dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka” ialah Nabi-nabi, Rasul-rasul dan orang-orang yang beriman serta beramal salih. Dan jalan mereka, selain daripada beriman serta beramal salih ialah membimbing manusia ke jalan kebaikan dengan perbuatan-perbuatan yang baik dan perkataan yang murni serta sanggup menanggung beban dan tanggungjawab dengan penuh ikhlas, sabar dan bertakwa. Itulah dia 

As-Siraatu’I Mustaqiim” (jalan yang lurus).

Menurut Hadith Nabi Muhammad s.a.w.: "Orang-orang yang dimurkai" itu ialah kaum Yahudi, dan “Orang-orang yang sesat” ialah kaum Nasrani.” (Tafsir Al-Alusi, 1:90).Ada juga Ahli Tafsir yang memberikan huraian lanjut mengenainya. Menurut Sahibul-Fadhilah Datuk Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim - Penyemak 
Kitab Tafsir ini - bahawa kesimpulannya seperti berikut:

“Orang-orang yang dimurkai Allah” ialah orang-orang yang mengingkari atau menyembunyikan sesuatu perkara agama yang telah diketahuinya betul dan benar, atau orang yang tidak mahu menerima sesuatu hukum agama yang sampai kepadanya dengan keterangan-keterangan yang sah kerana beberapa sebab yang mempengaruhi jiwanya seperti: perasaan takassub atau fanatik kepada sesuatu pendapat, keinginan hendak menjaga nama dan taraf, ingatan hendak memelihara keadaan dan kedudukannya yang turun temurun, atau fikiran hendak menghormati sesuatu keadaan masyarakat.

"Orang-orang yang sesat” pula ialah orang-orang yang tidak berpengetahuan agama kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang pengetahuan agamanya tidak betul, kerana dipelajarinya dengan tidak menurut peraturan dan jalan yang sebenarnya. Orang-orang yang tersebut kalau mereka tidak sesat dalam urusan kebahagiaan hidup dunia kerana sihat pancaindera dan tepat pendapat akal mereka pada zahirnya, maka tak dapat tidak mereka sesat dalam urusan kebahagiaan hidup di akhirat. kerana pengetahuan agama Allah sahaja yang sanggup menunjuk dan membimbing pengikutnya kepada kebahagiaan akhirat. 

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kepada sahabat-sahabat dalam pas yang telah solat hajat untuk ditunjukkan kebenaran oleh Allah kerana kami orang awam ni tak mampu nak kumpul manusia sebegitu ramai untuk solat hajat. Terima kasih banyak-banyak. Kebenaran sudah datang dan kenalah kita menerimanya. Kan.

Tanpa Nama berkata...

Bila Allah tunjukkan bukti 99.9% adalah Anwar, PAS ALLAH menipu pula

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates