Sabtu, 30 April 2011

Sumpah dan Sesumpah


Budak-budak kecil masa dulu jika ditekan supaya mengaku yang dia melakukan kesalahan atau terlibat dengan sesuatu, maka dengan secara otomatik bersumpah yang dia tidak melakukan atau terlibat akan sesuatu pertuduhan itu. "Chek sumpaah tak buat", "aku sumpah depan hang ni yang aku tak dak disanapun masa tu", "tobat aku sumpah yang aku tak curi duit hang", "demi Allah, aku tak pernah pi sana pun", dan bermacam-macam jenis sumpah yang dibuat untuk menyakinkan yang kejadian atau mereka tidak terlibat atau melakukannya.
Yang anehnya, pendengar atau mereka yang berada bersama dengan yang bersumpah seolah-olah otomatik menerima sumpah tersebut. Mungkin akibat dari keinsafan atau keikhlasan yang bersumpah.

Kini Datuk Eskay bersumpah yang beliau berada dalam video seks dan Anwar Ibrahim adalah orang kedua yang menjadi pelaku. 

Video tersebut sudah dilihat oleh ramai orang. Tingkah laku kegelabahan Anwar menjawab soalan pemberita sudah kita nampak.

Kelaku hodoh perangai penyokong tegar PKR sudah boleh kita lihat hatta dalam masjid pun mereka beraksi macam di kaki lima.

Pelbagai jawapan tak logik menuding jari kepada UMNO sudah kita dengar. Dan tidak tahulah apa lagi selepas ini.

Tetapi yang menjadi persoalannya kenapa Anwar tidak kata " Demi Allah saya bukan dalam video tu" atau " Saya sumpah saya bukan pelaku dalam video tu" atau " Saya sumpah dengan nama Allah yang bukan saya dalam video tuu" atau "Toooobat itu bukan aku".

Sebaliknya jika ditanya, beliau naik angin ..... kenapa?

1 comments:

man berkata...

Betoi aku sokong 200 %.Sama dengan mamat kat Taman Sena baru ini buat sumpah macam tu.Tapi mamat yg sorang lagi tu macam pak sheh juga dok elak diri tak mau sumpah.Di Padang Serai sebut cerita Pak Sheh teringat cerita yg sama juga.Sudah akhir zaman agaknya.Pemimpin hipokret.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates