Jumaat, 8 April 2011

Suruhan Jaya Porno pulak ...

Kematian Teoh Beng Hock menyaksikan bagaimana pembangkang mendesak kerajaan untuk membentutk Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan mereka berjaya. Sehingga kini suruhanjaya tersebut masih lagi menyiasat tetapi pihak pembangkang terutama DAP mula bermain tarik tali samada ingin terlibat atau tidak. Ini kerana mereka sudah nampak yang keputusan mungkin bakal tidak memihak kepada mereka.

Terbaru desakan pelbagai pihak supaya diwujudkan Suruhanjaya Bebas Diraja bagi menyiasat siapa yang dilihat berada didalam video seks yang heboh diperkatakan. Ada pihak sudah menafi yang objek lelaki itu bukannya dia. Di adakan PC sekali lagi oleh keluarga beliau yang mengatakan manusia dalam viseo tersebut bukan suami atau abah mereka.

TETAPI objek lelaki kedua yang berpakaian lengkap mengatakan dia bersama dengan mereka dalam bilik tersebut dan mengatakan yang objek lelaki yang tidak berpakaian lengkap adalah LELAKI yang cuba menafikan bukan dia.

Penafian pertama dibuat belumpun video seks tersebut tersebar di internet. Ini yang membingungkan seluruh rakyat. Kenapa nafi walhal video pun belum dilihat? Adakah beliau sudah terasa pedasnya bila hanya angin yang tersebar mengatakan ada video seks orang politik bakal didedah?

Tidak menjadi masalah kepada kita jika pihak berkuasa bertindak untuk menangkap pemilik dan penyebar video tersebut. Ini kerana ada akta yang boleh bagi mereka melakukan tangkapan tersebut. Laporan polis telah dibuat. Yang peliknya laporan juga dibuat di pejabat agama atas dasar qazaf. Eloklah pihak agama menyiasat juga. Manalah tahu jika berlaku sumbang mahram atau zina atau khalwat! Jika perlu 4 saksi yang bertaqwa, boleh cari DNA kedua-dua pelaku kerana DNA bakal memberikan maklumat yang dijadikan Allah SWT sebagai bukti seseorang berada disitu dan meninggalkan bekas.
TETAPI apakah rakyat Malaysia tidak peduli siapa pelaku seks tersebut? Jika Rahim Tamby Chik pernah dituduh walaupun Mahkamah telah membebaskannya dari tuduhan tersebut, tapi sehingga kini pihak pembangkang masig mengecap RTC sebagai penjenayah? Fair kah itu? Jadi perlukah kita tahu siapa lelaki tersebut? Video telah disahkan tulen, sekarang kita perlu tahu siapakah sebenar lelaki dalam video tersebut.

Untuk mengelak dari terlalu bias samada dengan musuh beliau atau kerajaan, maka eloklah Suruhanjaya Bebas Diraja ditubuhkan. Panggillah mereka-mereka yang berkecuali untuk menyertai suruhanjaya tersebut. Hatta ulama, loyar hebat, ahli politik pembangkang dan sesiapa saja yang dianggap layak. Kita mohon untuk mendapat kebenaran.

Jika ini masih terus dibiarkan begitu, bayangkan jika pelaku lelaki tersebut menjadi orang besar negara, beliau bakal menjadi seperti LEMBU DICUCUK HIDUNGnya oleh musuh-musuh negara. Ini tidak berkecuali musuh dalam seperti DAP dan musuh luaran seperti Zionist.

TETAPI Kenapa pihak pembangkang yang satu masa dulu memang CHAMPION dalam meminta diwujudkan Suruhanjaya Diraja dalam satu-satu kes yang mereka anggap POLIS atau pihak berkuasa bakal tidak melakukan kerja dengan baik, MENOLAK suruhanjaya tersebut?

Pelik hah! Apa pulak yang mereka mahukan sekarang? Apakah mereka mahu dibiarkan saja video tersebut tanpa penyelesaiannya? Atau biarkan terus kelakuan tuduh menuduh berlaku antara sesama orang Melayu supaya mereka dapat merampas negara ini dengan berlakunya perpecahan Melayu?

Atau memang benar seperti kata penuduh yang beraksi dalam video tersebut adalah seperti yang diperkatakan!

Atau pihak pembangkang mahu satu Suruhanjaya Porno ditubuhkan. Bolehlah lantik pengamal-pengamal seks seluruh dunia berkumpul untuk menyiasat siapa yang beraksi dalam video tersebut. Ini kerana mereka ini sudah mangli dengan aksi-aksi lucah. Mungkin juga boleh panggil partner perempuan kembali untuk testify dan berlakon semula.

Ayuh .... kita teruskan desak supaya kes ini diselesaikan dan sahkan benarkah lelaki tersebut adalah orang yang menafikan atau sebaliknya.... Dia bercita-cita nak menjadi pemimpin besar, maka dia harus bersih dari segi moral, kontroversi dan sebagainya...

2 comments:

Mr Paya Besar berkata...

Ok la tu.Semua skandel sex.liwat atau diliwat patut diadakan Suruhanjaya Bebas atau Diraja.

Tanpa Nama berkata...

wan azizah kata itu bukan anwar ibrahim. jadi apa masalahnya untuk ditubuhkan suruhanjaya diraja. ini kata yakin itu bukan anwar tapi tak mau pulak suruhanjaya. kena atas orang lain riuh rendah nak suruhanjaya. apa cerita ni. sepatutnya dia sokong suruhanraya jika benar itu bukan anwar. sekarang orang ramai yang tak pernah tengok klip tu pun dah fikir. kenapa takut kalau yakin suaminya bukan orang dalam klip tu. itu saja pandangan saya yang dok tengah-tengah ni.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates