Rabu, 20 April 2011

Tanah Tidak Bergeran Dijual Secara Berleluasa

Nampaknya semakin hari semakin ramai rakyat Kedah yang berbangga dapat beli bukit serta berlot-lot tanah di Kedah. Apabila ditanya kata mereka Pejabat Tanah luluskan dan yang paling menimbulkan tanda tanya, tanah yang dijual adalah tidak bergeran. Di Sik setakat ini sudah ada dua bukit telah dijual manakala di Sungai Petani didapati beberapa bidang tanah berhampiran Semeling telah bertukar hak milik walaupun tanpa geran.

Mengapa perkara ini terjadi? Saya ada mengingatkan mereka bahawa jangan terlampau seronok kerana bimbang sekiranya berlakunya pertukaran kepimpinan di Kedah, tanah-tanah tersebut diambil balik oleh Kerajaan negeri kerana tiada geran.

Kata mereka, jika kerajaan negeri berbuat demikian, maka teruklah kerajaan di negeri akan dibangkang. Masalahnya kerajaan negeri bilakah yang bersalah dalam membenarkan urusniaga yang tidak bergeran ini yang semata-mata dilihat sebagai satu usaha singkat mendapatkan hasil dengan senang dan mudah.

Minta Kedah times dan pembaca siasat. Sekian..

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates