Ahad, 17 April 2011

Tiada Sebab Untuk Mengundi BN

1. Keputusan beberapa PRK dan Pilihanraya Negeri Sarawak semalam menjadi jelas bahawa kaum Cina tidak mahu memberi sokongan kepada kerajaan. Atas alasan apa sekalipun, keputusan pengundi Cina adalah sekata, senada dan satu suara iaitu tidak memberi undi kepada kerajaan BN.

2. Oleh kerana kecenderungan menolak BN ini adalah konsisten, dan tidak pernah mungkir dari ramalan, maka adalah lebih baik sebarang harapan untuk mendapat undi kaum China dipadamkan oleh BN. Akuilah, setelah hampir semua kehendak mereka termasuk bantuan berlebihan kepada SJKC, BN tidak dipandang pun oleh kaum pengundi kaum Cina

3. BN perlu mengubah formula apabila berhadapan dengan pengundi kaum Cina. Kaum Cina memahami bahawa jika mereka tidak beri undi, maka kerajaan akan beri segalanya kepada mereka. Oleh itu, kenapa mahu beri undi? Sebaliknya, kaum Melayu dan bumiputra yang memberi Undi terpaksa pula bertolak ansur dan kesetiaan mereka di uji pula oleh kerajaan, jadi sekali lagi, kenapa mahu beri undi kepada BN?

4. Tidak mengundi kerajaan BN adalah sesuatu yang istimewa, bukan setakat mendapat kedudukan yang lebih dari segi kuasa meminta, malah terdapat ramai peneraju GLC adalah pro-pembangkang, dan kerajaan tidak berbuat apa-apa malah kontrak mereka disambung dari tahum ke tahun.

5. Ini memberi gambaran bahawa kerajaan memandang rendah pengundinya, dan memandang tinggi pengundi pembangkang. Jadi sekali lagi mengapa perlu undi kerajaan BN?

6. Kerajaan BN menyediakan cukup alasan untuk tidak mengundi parti itu, dan apabila tidak mendapat undi kaum Cina mereka tertanya-tanya mengapa?


1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Dengar khabar peringkat atasan Kabinet lebih mengutamakan orang professional dari ahli politik. Pada saya ini adalah pandangan yang salah. Lagi satu hendaknya janganlah cakap orang rumah saja kita kena pakai selalu. Ahli UMNO ramai yang profesional dan mereka ini amat komited pada parti dan rata-rata telah manjadi ahli setia UMNO lebih dari 20 tahun. Kepada penasihat pak menteri jangan ingat ahli peringkat akar umbi akan hanya mengikut polisi anda. Kami akan bangkit sebelum PRU13 untuk mengingatkan 'rakyat didahulukan; pencapaian diutamakan'. Ada juga menteri yang patut bersara sekarang patut berbuat demikian secepat mungkin atau PM boleh bersarakan mereka ini. Kaum Cina pula memang betul, BN kena discount lebih awal lagi sebelum PRU, ignore saja depa ni, depa memang dah pakat dah awai-awai lagi, MCA, Gerakan dan DAP depa sama mimpi, no doubt about it

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates