Isnin, 4 April 2011

TUBUH SEGERA SURUHANJAYA

IGP dengan rasminya telah mengesahkan yang video yang dibongkar oleh Datuk T adalah TULEN. Dari segi nak charge Datuk T kerana menyimpan dan menyebarkan video tersebut, kita serah kepada Polis dan pihak berkaitan.

Tetapi jika tuduhan pelaku dalam video tersebut adalah seorang ahli Politik Berprofil, maka adalah sangat wajar jika siasatan terperinci dilakukan kerana ini melibatkan imej Parlimen, Negara dan Agama Islam sendiri. 
Imej Parlimen tercemar kerana dianggotai oleh seorang yang dituduh berzina dan dirakam aksinya.

Imej Negara ialah kerana beliau seorang yang dipilih oleh rakyat menjadi wakil mereka di peringkat tertinggi negara. Dan orang yang dituduh pelaku juga bekas seorang Timbalan Perdana Menteri dan dikenali seluruh dunia mahupun barat atau negara Islam.

Imej Islam tercemar kerana pelaku adalah seroang pemimpin Islam yang dituduh sebagai pelaku.

Maka untuk membersihkan semua ini, wujudkanlah SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA untuk menyiasat secara keseluruhan video ini. 

1 comments:

Oldtown Kilanglama berkata...

Memang wajar Suruhan Diaraja Ditubuhkan.Selama ini ini pembangkang kata ini semua konspirasi UMNO.Kita hendak tengok kepastian dan keadilan pada semua pihak.Suruh buat penafian dia tak mahu buat.Suruh bersumpah pun dia tak mahu juga.Bermacam helah dibuat.Kerajaan perlu segerakan.Kita pun tak mahu lihat pemimpin Melayu yg mengaku pejuang tetapi diselubungi angkara sekandel yang amat kotor.Inilah jalan terbaik.Cerita Liwat,di Liwar.vidoe sex pemimpin mencerminkan rendah moral bangsa Melayu.Segerakan jangan tunggu lama-lama.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates