Selasa, 12 April 2011

UMNO akan kembali Gah ....

Ketika Tun Dr Mahathir berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, kerajaan dan UMNO berada dalam keadaan kuat dan teguh. Ekonomi kembali stabil dan UMNO dalam keadaan yang amat disukai ramai. Bukan Melayu melihat UMNO sebagai pelindung dan ketua mereka.

Ketika Paklah berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, kerajaan dan UMNO berada dalam keadaan amat lemah. Kerajaan pimpinan UMNO tidak mempunyai 2/3 majoriti di Parlimen. UMNO dalam keadaan yang amat tenat, dihina pelbagai pihak dan disamakan dengan rasuah dan sebagainya.

Begitu juga Kedah yang ditinggalkan oleh Syed Razak berada dalam keadaan yang baik dan politik UMNO berada dalam keadaan yang kuat dan dihormati rakyat.

Tetapi Mahathir Khalid berundur sebagai Menteri Besar dalam keadaan amat buruk dimana beliau dibuang oleh rakyat. UMNO kalah teruk dalam PRU12 dan gagal membentuk kerajaan Kedah. UMNO berada dalam keadaan tenat, tidak dihormati rakyat, ahli UMNO berpaling tadah serta sabotaj dan pelbagai lagi perkara yang tidak memihak kepada UMNO berlaku.
Kini, UMNO sudah menjadi pembangkang di Kedah, tetapi mereka yang dulunya memimpin UMNO dan Kerajaan Kedah masih galak untuk menjadi calon atau pemimpin Kedah. Mereka masih merasakan yang mereka masih disayangi rakyat walhal sudah ditendang keluar pada PRU12 yang lalu.

Penulis merayu kepada YAB PM supaya menapis sebaik-baiknya calon yang bakal diberi peluang untuk bertanding dalam PRU13 nanti.

Penulis juga merayu kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang pernah berjawatan besar dulu dan gagal mempertahankan UMNO pada PRU12 lalu supaya membuat deklarasi yang' MEREKA SECARA SUKARELA TIDAK MAHU DICALONKAN ' pada PRU13 nanti.

Mereka-mereka tersebut kena faham situasi UMNO kini. Rakyat tidak mahu kepada UMNO kerana mereka masih memimpin UMNO di bahagian-bahagian masing-masing.

Jika mereka mampu melakukan deklarasi tersebut, UMNO Kedah InsyaAllah akan dapat menyelesaikan satu kemelut yang amat besar. Yang bakal mengurangkan beban Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO Negeri.

Kita cabar . . . . kita tunggu.... dan kita lihat .... adakah mereka berani dan sanggup berkorban?

12 comments:

APEK berkata...

UMNO Kedah ini kebanyakannya dibarisi Ketua bahagian yang berlungguk dengan problem termasuk problem peribadi seperti akhlak yg memalukan,ego,sombong,besar kepala dan bermacam lagi.Mereka juga akan menjadi sumber dan penyumbang serta faktor calon BN akan kalah.Anatarnya ialah:
.1.Kuala Kedah.
2.Padang Serai
3.Sungai Petani
4.Merbok
5.Jelun
7.Pokok Sena
8.Pendang
9.Baling
10.Kulim/Bandar Baru

UMNO ada harapan yg baik juga walaupun tak secerah kalau calon yg di ketengah itu bersih dan diterima pemgundi.Lebih teruk kalau dalam bahagian itu sendiri pun bermasaalah.Tak semstinya muda atau tua.Kalau di Kedah calon pemuda lagi teruk drp calon tua.
Yang jelas pimpinan UMNO diKedah sama ada bahagian,wanita,pemuda dan pu3 dianaggap oleh orang ramai macam tak peka denga politik umno sebagai pembangkang.Gaya macam jadi kerajaan.Paling menyedihkan ketua umno cawangan yang hidup segan mati tak mahu.
Penilaian yang perkatakan bahawa mesyuareat cawangan/pemuda/wanita/pu3 baru ini cukup hambar seperti nasi sejuk.Pi mai pi mai bincang berkenaan projek.Hala tuju umno tak ada.Nota dan dokumen mesyuarat pun setengah tempat tak ada.Kenapa jadi begini.Jawapnya kerana amalan rebut jawatan dalam umno tempohari kerana berligar dengan politik wang.Melonjak kerana wang suapan.Setakat isu vidoe sex DSAI itu belum tentu PKR akan tumbang.UMNO kena kerja kuat.Pemimpin kena bersih,dan jadi contoh terbaik.Yang penting UMNO.pemimpin yang akhlak teruk tak amanah lupa diri tak perlu jadi pemimpin UMNO.SEKIAN TERIMA KASIH.

Manika Varagam berkata...

Kedah Times: Nasib baik PRK berlaku di Sarawak.Kalau terjadi di Padang Serai apa isu nak bawa .Boleh jadi isu Liwat Pak Sheh.Isu vodeo sex Mr Y.Satu lagi isu Ketua Bahagian kena Liwat.Hebat.

AnaQarbana berkata...

Sejak kebelakangan ini [2006 hingga sekarang] tumpuan UMNO bukan kepada pilihan raya ataupun untuk membentuk kuasa memerintah. Tumpuan UMNO generasi muda ialah kuasa, jawatan dalam UMNO sahaja. Mereka bertungkus lumus, bermati-matian, berhabisan kerana nak jawatan dalam UMNO. Mereka sanggup memburukan sesama ahli yang bukan dalam satu raga depa. Mereka tidak kisah Negeri Mereka DUN depa ataupun Parliemn depa malahan Negara [Putrajaya] depa dirampas oleh pembangkang yang terlalu banyak idea. Hingga ke saat ini, masih berlalu cantas mencantas sesama dalam UMNO sama ada di peringkat Cawangan ataupun Bahagian. Terbaru dalam UMNO Bhg Pdg Serai, kononnya ada sms untuk seseorang mendesaknya supaya meletak jawatan...kenapa jadi begini..sedang masa la ni adalah masa untuk memberikan tumpuan kepada persiapan PRU ke-13....kalau macam ni tak gun kempen kebangkitan gelombang merah ataupun gelombang biru....ini hanya retorik semata-mata...golongan muda dalam UMNO lebih haprak dan kemarok nak jadi wakil rakyat sehinggakan lupa ters perjuangan asal UMNO....lihat UMNO Bhg Pdg Serai..apadah jadi sekarang....bercakaran, bergadoh, bertelagah sesama sendiri. Ketua dengan Timbalannya....
Timbalan dengan SU Bhg.....
Setiausaha lebih mangkok dari bubur....
Pemuda pula dok gila judi/betina....
Naib Ketua Bhg pulak kemaruk betina....
ada dah jadi......
kalau dengar Presiden bercakap..UMNO memang gah dan hebat...poooorah....

Pakteh berkata...

No Komen...
awak sapa?? dari mana?? ada bukti??...sapa kata??..maksud pakteh...sapa yang ceghita kat hang????

Ini adalah penulisan hasil rekayarsa jahat dan jijik blogger yang ingin benar melihat kejatuhan pimpinan UMNO yang telah bertualang sekian lama di negeri Kedah.

Fitnah jahat dan berunsur konspirasi ini sudah diketahui umum bertujuan menjatuhkan ketua UMNO yang puluhan tahun menabur bakti kepada UMNO Kedah.

Pakteh amat percaya pimpinan diperingkat pusat perlu bertindak secara adil dalam membentes gerakan merbahaya. Tindakan segera yang tuntas difikirkan dapat menterjemahkan kehendak pimpinan pusat.

Sehubungan itu, fitnah jahat, jijik dan kotor ini hendaklah dibakul sampahkan dan ketua-ketua UMNO bahagian dibiarkan berterusan mencorakkan UMNO Kedah dengan melantik mereka sebagai PENGERUSI TETAP CAWANGAN MASING-MASING selepas jawatan mereka DIJATUHKAN oleh rakyat KEDAH dalam PRU13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana kalau kita ajak Tun Mahathir membandingkan pemilikan kekayaan dan syarikat awam antara putera-puteranya dengan anak menantu Pak Lah.Barangkali cara ini lebih mudah untuk diadili rakyat.Barangkali cara ini dapat memberi jawapan yang jitu terhadap penguasaan kekayaan dan syarikat awam.Barangkali cara ini dapat memberi gambaran sebenarnya kepada rakyat terhadap CAMPUR TANGAN bapa kepada kesemua yang terlibat.Benarkah putera2 Tun Mahathir bangkit sendiri dari selut kepayahan tanpa ditolong oleh ayahanda mereka.Apakah mungkin mereka langsung tidak memperolehi kontrak2 kerajaan?

ps/:Tun you are out dated.sorry to say that

suara akar umbi berkata...

Tanpa nama 6.44:alaaa anak tun pun kaya raya.anak menentu pak lah pun kaya raya.anak menteri pun kaya raya.anak timbalan menteri pun kaya raya,anak mB pun kaya raya.anak ketua menteri pun kaya raya.Janda menteri pun kaya raya.Janda timbalan menteri pun kaya raya.
@.Yang susah ni kami orang kampung dan juga dalam bandar.

Tanpa Nama berkata...

Melayu mudah lupa=Mahathir mudah lupa

Tun Mahathir suatu ketika dulu pernah menaiki pentas PAS menghentam UMNO selepas dia dipecat oleh Tunku Abdul Rahman. Ya, melayu juga LUPA bahawa apa yang dilakukan oleh Tun sekarang pernah dilakukannya 40 tahun yang lalu.Melayu juga LUPA Mahathir pernah menggunakan mahasiswa termasuk insan ANU gerah tuhan utk menggugat Tunku Abd Rahman. Yaaaa, Melayu juga LUPA yang Mahathir mengadakan Akta Universiti dan pindaan 1975 untuk mengikat mahasiswa yg pernah membantunya.Di manakah kesetiaan beliau pd UMNO.Benarlah MELAYU(or MAMAK) MUDAH LUPA.Melayu mudah lupa berapa bnyk sykt yg dimiliki oleh putera2 Mahathir.Melayu lupa bertanya Mahathir kenapa Vincent Tan dari seorang lahanat yg menjual insuran pada org Melayu kebanyakkannya boleh menjadi kaya raya.Barangkali Mahathir pelupa agaknya tentang kesilapannya terhadap parti UMNO & org Melayu.Ataupun beliau terlupa utk membaca puisinya PERJUANGAN BELUM SELESAI

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 8:26: Mana ada kesenangan dalam dunia ni dengan hanya tadah tangan dan berdoa tanpa perlu ada usaha dan ikhtiar.Jangan la kita menanam perasaan hasad dengki dan cemburu pada si kaya kerana rezeki itu kan semuanya datang dr maha esa walaupun ianya diperolehi dr sumber yg elok ataupun sebaliknya.

ps: awat hang ingat org politiks semua senang ka.hang ingat senang ka nk senang.nak tikam ekoq pun pecah otak pikiaq ang tau dak.klu ada tips tu sharing la ka apa yg patut.jgn la nak kaya sorang2.pastu dlm kuboq esok pakat2 la kita jaaawaaaaaabbbul.sekian

Gruru Pencen berkata...

Terlihat wajah Dato Tajul Ketua UMNO Merbok.Dia rancang tapi Allah yg tentukan.Zaman Det Khalid kira hebat.Jaga GLC pun kencang juga.dapat Senator.Dapat datok.Menjelanag PRU 12 jadi calon Parlimen pula.Buang jawatan Senator.Tsunami dan takdir kalah pilihanraya.dari timbalan rebut jadi ketua.Dengan suasana politik di Merbok yang macarmerba hari ini masa depannya agak kabur dan kelabu asap.Entah lah kalau pimpinan diatas pun buta huruf atau buta kayu atau buta hati masih ingat dia sahaja yg layak diseluruh Merbok alamat lat Merbok lagi sekali akan di baham oleh naga yang PAS atau PKR atau DAP.Nak jadi pemimpin bukan boleh jadi gelojoh tak tentu pasal.Kemudian kena ingat Allah yang tentukan segalanya. walau pun duit habis berlori.Kita kena kesian kan pada UMNO bukan pada individu yg berhajat besar.Dalam hidup ada hari kita jaya.Ada hari kita tungging.Cerita begini bukan di Merbok sahaja.Hampir seluruh negeri Kedah sedang berlaku masaalah yang sama.Bila dah dapat jawatan mula-mula itu pancung musuh dalam parti sendiri.Kemudian bina empayar kroni sendiri.Segala faedah hanya untuk kroni.dato Najib nasihat dengar sahaja tapi tak mahu pakai nasihat dia.Cerita ini termasuklah Sungai Petani,Padang Serai Kua;la Kedah Pokok Sena dan tempat lain sama.UMNO Kedah bukan Gah kerana hebat memerangi PAS atau PKR.Tetapi Gah cerita buruk sesama sendiri.Hasilnya tunggulah PRU 13 nanti.Perlu diingat jika berlaku sesuatu sebaliknya ahli umno jangan dipersalahkan......

Anaqarbana berkata...

Mangkuk sungguh melayu ni....kita sepatutnya bangga ada melayu kaya raya...tak kiralah dia anak menteri ke anak sapa ke,,,,asalkan dia melayu biaqlah dia kaya.....
Tengok...mana ada bangsa Cina, India, Siam, benggali yang mempersoalkan kekayan bangsa depa...ada kita dengaq depa buat macam perangai Melayu..hingaq IMalaysia pasai Melayu kaya....apakah kita Melayu ni lebih selesa kalau kita jadi miskin..papa kedana.....bangang punya Melayu....lebih-lebih lagi UMNO...Melayu PAS dan Melayu PKR yang berusaha nak bunuh Melayu.....Melayu sama Melayu bertokak...Cina, India, Siam dan Benggalai yang senang..puas hati Melayu...

Tanpa Nama berkata...

ORANG MELAYU NI CUKUP TERKENAL DENGAN DENGKI SESAMA SENDIRI. YANG BANGSA LAIN KAYA RAYA TAK DEPA KACAU. TANG MELAYU KAYA SIKIT DEPA AKAN TUDUH MACAM-MACAM. DEPA BUKAN TENGOK SEJARAH ORANG TU SEBELUM DEPA KAYA. YANG DEPA TAU DENGKI BILA ORANG MELAYU TU KAYA. BILA ADA PELUANG DEPA KAN GUNA KEKAYAAN TU UNTUK DEPA. DEPA LUPA ORANG KAYA INILAH YANG DOK FIKIR UNTUK BUAT INDUSTRI UNTUK BAGI KERJA KAT ANAK BANGSA MEREKA. DAPAT PROJEK BOLEH JUGA ANAK-ANAK KAMPUNG TUNPANG CARI REZEKI. BILA TAK DAPAT DEPA JAJA KATA KAT ORANG TU MACAM-MACAM. INILAH MUNAFIKNYA KELOMPOK INI. TETAPI MEREKA BUAT APA UNTUK JADI KAYA. DEPA LUPA PUAK-PUAK KAYA NI JUGA PENTING SEBAGAI HASIL KEPADA KERAJAAN. CONTOH MUDAH. SYED BUKHARY. BERAPA ORANG PERNAH BACA SEJARAH HIDUPNYA SEBELUM DIA KAYA. TUN MAHATHIR. BERAPA ORANG PERNAH SELIDIKI SEJARAH HIDUPNYA SEBELUM JADI PM. SIAPA TUN DAIM SEBELUM KAYA. BANYAK LAGI KALAU NAK BAGI CONTOH. BUDAYA DENGKI INI MEMANG AMAT SUBUR DALAM MASYARAKAT MELAYU SEJAK DULU. TOK SAH CAKAP PASAL POLITIK LA. DALAM BERNIAGA KECILAN PUN BERLAKU. SAMA MELAYU SANGGUP BERPARANG NAK REBUT TAPAK TAPI DENGAN ORANG LAIN BOH KEPALA DALAM BAJU. PIRRAAH. KALAU NAK BERJAYA DAN NAK KAYA JANGAN DOK HARAP SEGALANYA TERJUN DARI LANGIT. BELAJARLAH DAN USAHA SENDIRI DULU. JANGAN DOK HARAP ORANG LAIN NAK BAGI DUIT SELUNGGOK KALAU APA TAK MAU BUAT. APA YANG KERAJAAN BN TAK BAGI UNTUK PELUANG KEPADA RAKYAT MALAYSIA. CUBA SENARAI BETUL-BETUL SEGALANYA. SEKOLAH. JALAN. INDUSTRI DAN SEGALANYA. TAK TERSENARAI KITA APATAH LAGI UNTUK BANGSA MELAYU. TAPI DEK KERANA ADA KELOMPOK MANUSIA YANG SETIAP MALAM MENGAJAR BANGSA MELAYU INI LUPA NIKMAT ALLAH MAKA WUJUDKAN GOLONGAN YANG HANYA TAHU MENCARI KEBURUKAN ORANG SEMATA-MATA TANPA MELIHAT NIKMAT MELIMPAH RUAH DEPAN MATA. INILAH STRATEGI YAHUDI SEKIAN LAMA. KENAPA MEREKA TAK PERNAH MAHU MEMBUKA MATA MELIHAT BETAPA DAIFNYA SEBILANGAN BESAR NEGARA ISLAM LAIN DIDUNIA INI BERBANDING NEGA MALAYSIA INI. SESEKALI SAYA TERFIKIR KALAU SAYA KAYA SAYA NAK BAWA MEREKA INI KELUAR NEGARA. INDONESIA CUKUPLAH UNTUK MEREKA TAHU MEMBANDING DAN BERSYUKUR. TETAPI APAPUN SAYA BERSYUKUR KERANA MAJORITI RAKYAT MALAYSIA MASIH TAHU MENGHARGAI SEGALANYA YANG TELAH DIUSAHAKAN OLEH UMNO DAN BN SELAMA INI. DALAM POLITIK JUGA SEMACAM. JANGAN INGAT PERANGAI BURUK NI DALAM UMNO BN SAJA. DALAM PARTI LAIN PUN SEMACAM JUGAK. JANGAN SANGKA DALAM PAS TAK ADA INI SEMUA. TAK PERCAYA TANYA ORANG-ORANG PAS SENDIRI SEKARANG NI. MEREKA PUN TAHU BETAPA HEBATNYA PERTARUNGAN SESAMA MEREKA. TETAPI BEZANYA IALAH MEREKA PANDAI SIMPAN ITU SAJA.

rokok daun berkata...

kah kah kah.Melayu gila jawatan dalam UMNO kerana tamak projrk.kah kah kah kah.orang lain kerja kuat tak pegang jawatan dalam UMNO pun kaya.Depa bodek menteri.Bodek pegawai tinggi.Bodek pegawai swasta.kah kah kah kah

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates