Khamis, 14 April 2011

Usaha Menjahanamkan Institusi Diterajui Melayu - 1

1. Usaha menjahanamkan institusi Melayu adalah langkah paling berkesan untuk melucutkan kuasa politik Islam Melayu di Malaysia.

2. Rasuah adalah satu peluru yang amat berkesan dan menjadi serampang pelbagai mata bagi memberi persepsi bahawa kerajaan Islam Melayu itu buruk dan perlu ditukarkan. Dengan memberi gambaran bahawa rasuah amat berleluasa dalam kerajaan, kerajaan Islam Melayu akan dipandang hina, bodoh, lekeh dan tidak berkemampuan melaikan makan rasuah.

3. Maka itulah, institusi yang berusaha keras memerangi rasuah juga cuba digambarkan sebagai institusi yang penuh dengan masalah, tidak cekap malah cuba digambarkan sebagai sanggup membunuh dalam menjalankan tugasnya. Kematian 2 individu di pejabat SPRM umpama pucuk dicita ulam yang datang.

4. Rasuah hanya digambarkan salah dan buruk, malah jijik dipihak yang menerima suapan semata-mata, sedangkan pihak yang memberi rasuah tidak pernah langsung dikritik. Sebenarnya, pemberi rasuah itulah syaitan besar yang menjadi pelopor kepada rasuah.

5. Jika pihak yang menerima merupakan institusi kerajaan yang diterajui oleh kaum Melayu, siapa pula pihak pemberi rasuah, yang umumnya adalah dari pihak swasta dan peniaga? Tidak sekali pun pihak pemberi ini diberi perhatian, malah tidak ada usaha langsung untuk membut pembetulan dipihak pemberi.

6. Kenapa tidak ada usaha pencegahan dilaksanakan oleh pihak yang satu ini? Pernahkan kita mendengar dewan perniagaan kaum-kaum tertentu berkempen anti pemberian rasuah?Pernahkan kelompok ini sesekali menyebut bahawa peniaga-peniaga ini lah yang merupakan bahagian besar dalam aktiviti rasuah?

7. Inilah masalahnya apabila nilai dalam diri rakyat terutamanya pembangkang yang melihat isu rasuah ini dari lubang tempurang mereka semata-mata, samada ia disengajakan atau tidak, tidak perlulah kita menjawabnya.

2 comments:

hangkedee berkata...

tak kira pembangkang atau kerajaan 2x5 5x2 sama sajaIni lah jalan yang melemahkan orang melayu RASUAH.Simple saja ilmu kira kira bodoh kita fikirkan......Masyarakat melayu kebanyakan pertani dan pegawai kerajaan manakala cina pula berniga.rezeki berniga lebih banyak membuatkan mereka kaya raya yan melayu miskin.Jadi untuk kelangsungan hidup yang kaya nak terus kaya maka di sogaknya yang miskin dengan wang ringgit yang miskin terjerat dengan rasuah.Pandai tak mat salleh telah merancang menjahanamkan kita itu belum dari segi pemisahan cina dengan niaga,melayu dengan bertani india di estet.Rancangan jahat penjajah sedang dan ter

Tanpa Nama berkata...

Laaa, puak melayu yang jaga seri temin pun telan duit juga. Nak marah kat cina buat apa?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates