Rabu, 27 April 2011

UUM adalah institusi strategik negara.

Krisis cukai tanah yang perlu dibayar oleh UUM kepada kerajaan PR negeri Kedah telah menjadi agenda & isu politik PAS untuk meraih simpati rakyat.

Ini dijadikan batu loncatan untuk kerajaan negeri menutup masalah ketidakbolehan mereka memenuhi manifesto Pilihanraya mereka yang lalu. Negara berkebajikan dan Kedah Sejahtera. Pendidikan yang sepatutnya menjadi keutamaan dalam segala aspek tidak lagi dijadikan perjuangan mereka tetapi telah dijadikan isu untuk mengisi kantung negeri yang semakin kosong.

Kalau dulu rebat boleh diberikan kepada UUM ke atas cukai tanah tetapi kini kerajaan Negeri sudah tidak mampu lagi memberinya kerana jika diberi rebat, maka hilanglah sumber pendapatan kepada negeri. Pedulikan keutamaan PENDIDIKAN anak-anak tetapi kantung kerajaan lebih penting.

Ini adalah disebabkan ketidakupayaan kerajaan negeri mencari sumber kewangan yang lain, maka sumber pendapatan dari cukai tanah adalah menjadi sumber utama mereka. Pergi mampos dengan pendidikan anak-anak bangsa.

Selain dari itu timbul pula isu dimana bekalan air kepada UUM juga menghadapai masalah. Jika kerajaan berkebajikan yang mementingkan pendidikan anak bangsa, sudah lama masalah air diselesaikan kerana kerajaan negeri mengawal sepenuhnya sumber air negeri melalui SADA. Tetapi ketidakupayaan kerajaan negeri menguruskan belakan air dengan baik, maka isu ini berlarutan sehingga kini.

Kita ingin bertanya, jika masalah bekalan air pun tidak boleh diuruskan, bagaimana kerajaan negeri hendak uruskan UUM? KUIN yang baru diambilalihpun sudah menghadapi pelbagai krisis dalaman yang sentiada disorok bawah karpet. Inikan pula nak uruskan semuah universiti yang memerlukan RM300 Juta setahun untuk beroperasi!

Kantung kerajaan negeripun tidak boleh mereka penuhi dengan sendiri, bayangkan bagaimana mereka bercadang untuk mencari RM untuk menguruskan UUM!

Kedah Times menyarankan supaya kerajaan negeri kurangkan berpolitik, tumpukan kepada pembangunan negeri. Sumber ekonomi negeri perlu diperluaskan. Bijak pandai dalam pengurusan SLC perlu diberi penekanan supaya keuntungan SLC meningkat dan dapat membantu kerajaan negeri.

Masalah rebat perlu diberi perhatian, bukan dibiarkan dengan betegikrdiam diri. Kerana ini adalah masalah pendidikan anak bangsa. Melainkan jika kerajaan negeri tak peduli tentang pendidikan anak bangsa supaya mereka sentiasa tidak berilmu dan senang dipengaruhi PAS.

Untuk pengetahuan Kerajaan Negeri, peruntukan pendidikan sepatutnya bukan menjadi isu kerana lebih banyak duit diperuntukkan, lebih baik pendidikan dapat diberikan. Kita tidak hairan jika kerajaan negeri beriya-iya untuk mengambilalaih UUM kerana RM300juta. Maka bolehlah duit itu di'divertkan' kepada projek politik kerajaan negeri.

Kita boleh tengok duit peruntukan JKR sudah la. Duit sedikit itupun mereka gunakan untuk projek kepentingan politik mereka, inikan pula RM300 juta.

UUM adalah insitut pengurusan; adalah sangat tidak logik jika mereka tidak tahu pasal pengurusan kerana ramai professional yang berada disana. Yang kita pasti pengurusan kerajaan negerilah yang teruk berbanding dengan yang ada di UUM.

Ingatlah wahai kerajaan Panas Baran, UUM adalah pusat strategik negara. Janganlah nak dipolitikkan. Jika tak dak duit sangatpun, pi lah EPU minta sedikit gran ka, loan ka atau sebagainya.

Cuma Keah Times agak tertanya-tanya, loan untuk KUIN tu sapa jamin ye? Takkan bank boleh 100% pakai jaminan kerajaan negeri saja?

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Sepatutnya Kerajaan PAS Kedah malu dan terkedu atas perbuatan mereka yang tak selari dengan janji2 mereka dalam manifesto. Dimana janji kebajikan dan kesejahteraan rakyat?. Itu hanyalah gula-gula memancing undi dan mainan penipu dan pembohong PAS selama ini.

Justeru itu kita imbau kembali retetan Bola Sepak Kedah yang dianggap paling bersih semasa pemerintahan BN. tetapi apabila PAS perintah pemain Kedah menjadi ganas dan rakus dan hilang pertimbangan diri menjadi seperti binatang buas menyerang lawan dan hilangnya semangat setiakawan kesukanan. Mengapakah keadaan berlaku?.

Jawapan mudah lihat perangai dan gelagat pemimpin tertinggi semasa menjawat pertanyaan wartawan semasa wawancara lepas. Jadi itu tak hairan jika anak didiknya yang diasuh menjadi seperti pemimpin Atasan mereka sebagai Pengurusi Kelab Bola Sepak Kedah. Bagi mereka mudah apabila terdesak akan memberi alasan keburukan lawan sedangkan mereka berperangai buruk dan tidak bertemadun dilindingi dengan jawapan bodoh dan bersandarkan islam tetapi hakikatnya mereka berlawanan sifat2 keislaman.

Kita lihat Perangai Bekas MB Perak, MB Kelantan, MB Penang, MB Selangor umpama bapa kencing berdiri dan sudah tentu anak kencing berlari. Begitu juga pembohongan mereka ini sentiasa berterusan sepertimana fitnah terhadap Haron Din yang dikatakan mengharam Utusan Malaysia tetapi dinafi oleh Haron Din dan malah beliau mengakui sendiri bahawa beliau pembaca Utusan Malaysia.

Berpandukan fakta berikut jelas pihak ini bagi mereka yang bermain difikiran hanyalah untuk memperburuk dan menjatuh maruah lawan walau apa jua sekali mahupun terpaksa korban maruah harga diri, agama dan negara.

Tanpa Nama berkata...

Katanya kerajaan Negari dah berjaya tadbir dengan baik, GLC untung besar, balak dapat banyak hasil. Kalau kerajaan Kedah kata GC rugi, hasil balak berkurang, kita faham sebab musabab penarikan rebat tanah UUM. Tapi ni nampak macam buat kerja kerja cara Namrud la, bukan cara Islam.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates