Isnin, 16 Mei 2011

Ahmad Bashah Bela KEDA Walaupun Sedang Dikuis Keluar?


E-mel pembaca Kedahtimes

Sekalung tahniah kerana Datuk Ahmad Bashah telah bersuara dalam isu penamatan tugas JKKKP terhadap dua golongan yang paling mencetuskan kontroversi iaitu yang berumur 65 tahun ke atas dan juga kakitangan Kerajaan.


Tak dapat bayangkan siapakah yang begitu 'brilliant' dalam mengeluarkan pendapat dan cadangan yang nampak mulia iaitu mengurangkan bilangan JKKKP di Kedah tetapi dalam masa yang sama bertujuan melaga-lagakan beberapa tokoh politik UMNO untuk satu tujuan. Kerusi Pengerusi. 

Tetapi ada satu yang perlu diperbetulkan dan dinilai kembali oleh Datuk Ahmad Bashah. 'Saya telah mengarahkan KEDA memantau prestasi setiap JKKKP.'

Siapa KEDA? KEDA bukan milik UMNO dah. Dalam KEDA semua ada. Siapa yang memantau JKKKP? Adakah dikenalpasti betul-betul UMNO ataupun hanya mempunyai kad UMNO yang dibawa ke sana ke mari. Sampaikan ada yang menutur, kalau orang tanya aku, aku kata ahli UMNO. Tapi pangkah bukan untuk UMNO.

Dan bukan semua KEDA bukan UMNO. Ramai yang berdarah UMNO. Persoalannya, adakah wajar segala aktiviti dan program JKKKP  dimaklumkan secara bertulis dan dipegang oleh orang yang kita tak tahu UMNO tulen atau UMNO Carlie Chaplin? Bayangkan jika corak aktiviti dan program UMNO diketahui semua termasuk yang bukan UMNO. 

Mungkin sudah tidak lagi perlu bersuluh kenapa Kedah jatuh ke tangan pembangkang!

Pssst...dengar cerita kampung KEDA tak ada cawangan UMNO tetapi semua ada cawangan PAS. Betoi ka?


Tok Pengulu Pinang Kelat

5 comments:

AnaQarbana berkata...

UMNO ni bodoh sombong....apakah semua langkah ataupun tindakan UMNO selama ini relevan...untuk pengetahuan semua ...JKKK [dulu sebelum BN Kalah] dan JKKKP [sekarang bila dah kalah] bukanlah agensi kerajaan ataupun mana-mana entiti kerajaan Persekutaun ataupun Kerajaan Negeri, JKKK/JKKKP ini bukan juga badan berkanun. Penubuhannya adalah inisiatif UMNO sebagai talian hayat politik UMNO untuk mengeratkan hubungan rakyat marheim dengan UMNO...Kerajaan Negeri...Kerajaan Pusat....
JKKK/JKKKP juga mempunyai pertalian rapat dengan Penghulu..dengan Pejabat daerah...pendeknya dengan semua agensi Kerajan Negeri di peringkat daerah bagi melaksanakan dasar kerajaan Negeri yang di perintah BN.....maknyanya semua perancangan ataupun strategi UMNO/BN ada dalam JKKK/JKKKP tanpa disedari...pada masa itu JKKK di pantau oleh Penghulu ataupun Jawatankuasa Penyelarasan Mukim...kalau JKKKP di pantau oleh KEDA maknanya....JKKKP sebahagian dari entiti dalam KEDA.....JKKKP sebahagian dari kakitangan KEDA ataupun sukarelawan KEDA ataupun agensi perisikan KEDA untuk kepentingan UMNO...PAS dan PKR.....tapi nampaknya lebih kepada PAS [secara tidak langsung JKKP adalah anak angkat Kerajaan PAS secara sulit]...sebabnya semua maklumat kampung, kependudukan dalam kawasan pentadbirannya ada pada JKKK/JKKKP berbanding dengan MKK yang masih teraba-raba mencari kaedah perisikan berkesan....maknanya..kesukarelaan JKKKP menguntungkan PAS ataupun Kerajaan Negeri PAS..walaupun sesetengah pihak memandang rendah peranan JKKK/JKKKP [lebih-lebih lagi oleh PAS sebelum berjaya memerintah Kedah]...tetapi JKKK/JKKKP merupakan gudang maklumat apa sahaja yang di perlukan jika sekiranya pihak yang memerlukan maklumat bijak mengendalikannya [mengeksploitasikannya]..JKKK sendiri tidak sedar hakikat ini... walaupun JKKK/JKKKP beranggapan mereka hanya mentadbir kampung....UMNO kena ingat dan fikir keberkesanan JKKK kepada keutuhan UMNO dan jangan biarkan ada agensi lain memperalatkan JKKK yang diusahakan oleh UMNO...adalah tidak relevan KEDA mentadbir JKKK dan adalah lebih baik UMNO sendiri mentadbirnya.....boleh dibuat kesimpulan...kekalahan BN/UMNO semasa PRU ke-12 lalu sedikit sebanyak kerana JKKK......

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong Anaqarbana...kakitangan Kerajaan tidak bolek pegang JKKKP pun disebabkan KEDA nak bersihkan saki baki UMNO yang ada dalamnya.

Tanpa Nama berkata...

eh eh eh eh.ooooi hangpa tolong tengok sat hai.Tolonglah bagi jawatan JKKKP sat kat ketua cawangah taman angsana.Dia dok gila lama dah nak dapat elaun JKKKP dari zaman Datok Det sampai zaman Rahman di Juburi pun tak dapat.Bakri dng Rahman diJuburi janji kata nak bagi.Hangpa tak kesian keeee.Punya lah sokong Rahman dijubrui sampai sanggup buat apa sahaja.Kami di Taman Angsana pun kesian dan simpati.Bukan apa elaun itu dapat juga tukar kereta baru.heh he he

Manika Varagam berkata...

JKKKKP ni bising-bising kerana elaun sahaja.Kerja bukan macamana pun.Ada peluang JKKKP ini beri pada kroni mereka.UMNO pun tengok juga yang orang berbulu sangat ini kerena ada JKKKKP terdiri dari keluraga dan kroni.Nama keselamatan kampung.Dadah berlunguh dalam kampung.Pencuri ada dalam kampung.Ada anak JKKKK hisap dadah pun ada.Nama kemajuan kampung.Bila ada peluang dia utamakan kroni dia dulu.Mesyuarat tak ada.Ikut kepala otak dia sahaja.Bab agama JKKKKP tinggal dibelakang.Masjid JKKKK lia.Surau JKKKK liat.Bila PAS am,bil alih salah aorang lain pula.JKKKK bagi lah orang yang layak sikit.Jangan kira usia macam pegawau kerajaan.Kalau macam itu Tan Sri Mahyudin kena berenti kerana umur dah lebih.Rais Yatim pun kena berenti dan ramai lagi.Janji siapa boleh buat kerja sehat tubuh badan dan ada amanah.Kalau JKKK pun main judi.miang dan gatal sana sini UMNO akan rosak.Peranan JKKKK bukan sukarela lagi kerana dah ada imbuhan dan bayaran.Buat kerja kena sama denganh bayaran.Jangan bodoh sombong.

Tanpa Nama berkata...

Sama la macam di KTPC di KHTP tu masih lagi ada proses pembersihan saki baki UMNO, tak sudah2 puak PAS ni, haru biru pentadbiran negeri. Ikut suka depa lah. UMNO Kedah pun nampak lesu dan tak buat kerja. Negeri lain dah up dia punya momentum. Kedah nampak belum lagi. Tiada serangan bertali arus terhadap PAS walau pun PAS dok attack UMNO di KHTP sejak 2008 lagi. Org UMNO dlm KTPC kena pun, UMNO Kedah tak boleh nak tolong atau tak tau langsung pun, sebab masih di program di minda depa masuk UMNO untok ligan projek saja. Pendapat saya, Tun Mahathir boleh tolong ingatkan sekali lagi UMNO Kedah ni supaya bersedia untuk PRU13 secepat mungkin

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates