Selasa, 10 Mei 2011

Atas Arahan Anwar, Mkini, Harakah Senyap Isu Video

Atas arahan pemimpin pakatan yang dilantik secara paling tidak demokratik, akhbar-akhbar tajaan DAP dan PAS seperti harakahdaily dan Malaysiakini terus menyepi dari menjawab isu Video seks mirip Anwar Ibrahim.

Paparan berita muka depan akhbar dalam talian tersebut tiada satupun tajuk berkaitan perkara berkenaan.

Menurut sumber, ia dikatakan berpunca dari persetujuan pembangkang bahawa isu video tidak lagi dapat dipertahankan setelah semua hujah-hujah pembangkang asyik memakan diri. Bermula dengan hujah boroi, hujah tweeter dan facebook, yang dipatahkan dalam masa sejam oleh blogger-blogger pro kerajaan, malahan hujah jam omega menjadi semakin mendaruratkan kedudukan populariti Anwar di kalangan orang Melayu apabila Wan Azizah terkial-kial apabila diminta bukti.

Isu video seks ini hanya mampu dipertahankan dikalangan penyokong taksub pembangkang sahaja, itupun kerana mereka menutup telinga. Sementara Anwar semakin gelabah seperti cacing kepanasan apabila video mirip beliau diulang tayang dari pelbagai sudut, bukan sahaja sudut penetrasi malah sudut kemera pun dipelbagaikan.

Malaysiakini dengan malu-malu kucing cuba menulis isu soal skirt dalam sukan badminton sedangkan dalam masa yang sama, isu video melondeh skirt cuba disembunyikan. Isu ini juga tidak begitu diketengahkan kerana mereka tahu bahawa isu londehan skirt akan lebih menonjol sekiranya isu skirt sukan badminton dimainkan.

1 comments:

Anak sg kob berkata...

Puak-puak aljuburi atau dijuburi ini memang takut bicara soal liwat atau segala jenis video sex.Bila dah makan cili tentu terasa pedas.UMNO wajib serang Al juburi ini setiap kampung.PKR dan PAS dah panik dgn isu ini.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates