Khamis, 5 Mei 2011

BERSIDANG JANGAN BERSENANG-​LENANG..!!​!!!

SOBRI SUDIN

1. Mesyuarat perwakilan Pemuda, Wanita, Puteri dan UMNO Bahagian bakal berlangsung pada bulan ini dan bulan seterusnya.

2. Dalam konteks UMNO Kedah, kalau belum terlambat, inilah medium untuk tingkatkan azam, kuatkan tekad, gandakan khidmat. Jika tidak alamatnya Negeri Kedah bakal kita ucap SELAMAT... PRU ke-13, UMNO terus kecundang tertiarap... Tapi, aku yakin Insya-Allah, peluang tetap ada... Hakikatnya PAKATAN RAKYAT DI KEDAH bakal ditendang keluar dari WISMA, kalau pun bukan melalui mekanisme UMNO/BN tetapi melalui satu mekanisme yang lain. (Bab ni aku akan ulas dan bincang lain kali).

3. Bersidanglah dengan elok, biarpun resolusi persidangan dua tiga tahun dulu masih belum TERLAKSANA.

4. Elakkan gaduh-gaduh, baling kerusi, maki-maki, marah-marah, tumbuk-menumbuk, biarpun semuanya dibuat atas prinsip demokrasi.

5. Cari rumusan terbaik, kalau boleh dalam persidangan tahun ini namakan sahaja terus calon bagi DUN dan Parlimen dimana UMNO bakal bertanding. Ambil konsensus semua, agar calon mudah buat kerja... Yang mana kaki sabotaj, kita kenalpasti awai-awai untuk kita kuarantin dan hantar puak ini ke Antartika... Jangan lagi diberi muka..!!!!

6. Bagi yang sudah lama, ditolak rakyat, sampaikan ahli sendiri, rakyat dah naik meluat.. UNDUR SEGERA.. Beri peluang pada yang lain. Kepimpinan yang dinamik mesti ada proses penggantian dan kesinambungan.

7. Janganlah jadi seperti Nik Aziz, Karpal singh, Jagdep Sing, Gobind singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Hadi awang, Betty Chew, Anwar Ibrahim, Wan azizah, Nurul Izzah yang jadikan parti milik kaum keluarga dan mahu terus berkuasa selagi hayat masih ada.

7. Dalam bersidang, tidak payah ungkap retorik banyak-banyak, jika hati tidak ikhlas dan tiada upaya melakukannya. Buanglah semua yang keruh ambil yang jernih. LOOKING FORWARD.. bukannya BACKWARD..!!

8. Bahagian yang bermasalah seperti di Pokok Sena, Padang Serai, Kuala Kedah, Baling, Sungai Petani, Padang Terap, Pendang, Jerai, Kulim Bandar Bharu, Kubang Pasu (tu dia aih.. semua bahagian ada masalah.. tak pa inilah keunikan UMNO.. kita bersedia akui kelemahan kita dan baiki apa yang perlu, bukan seperti PAS HARAMJADAH.. pembohong tak tentu arah).. maka kita sarankan berusahalah, bersungguhlah, dan berdamailah...

9. Jika warning call, emergency call, wake up call, ingatan rakyat pada PRU 2008 lalu tidak cukup kuat untuk sedarkan UMNO, maka kita khuatir UMNO akan menuju penghujung.

10. Seru dan beranilah perjuangkan kembali isu Melayu, isu Islam, isu rakyat, janganlah bersidang sekadar dipenuhi dengan kata pujian, ampu-ampuan yang menjengkelkan... Persidangan bukan sekadar untuk tayang baju melayu baru, samping dan songkok baru, kain tudung fesyen baru, beg tangan baru, RANTAI Mas baru, suami baru, kereta baru, bini baru, tetapi SEMANGAT DAN GERAKERJA YANG BARU...

11. Bangkitlah dengan satu suara, nyatakan pendirian kita, pertahan hak kita dan bagilah warning kepada MCA, MIC dan gerakan sama. Jangan hanya berharap pada UMNO semata-mata walhal mereka sebagai komponen tidak mampu sepadu dan bergerak bersama..

12. Carilah kelainan dan jadikan persidangan tahun ini lebih kreatif, bukan sekadar untuk lengkapkan agenda mesyuarat.. Semangat ahli PEMUDA, PUTERI, Wanita diakui masih berada di tahap lemah... Dan carilah pendekatan untuk bangkitkan kembali semangat yang kian mandom dan seperti sudah lama LENA...

13. TERBAKAR KAMPUNG NAMPAKNYA ASAP
TERBAKAR HATI SIAPA YANG TAHU
MASUK ANGIN KELUAR ASAP
UMNO KALAH..KITA SEMUA YANG MALU...

14. Selamat Bersidang.. Jangan lagi BERSENANG-SENANG.. PRU dah hampir menjelang, jangan kerja TUNGGANG LANGGANG.. Tapi tewas, angkara AHLI berwatak PETUALANG...

'BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT'.

1 comments:

AnaQarbana berkata...

masalahnya sekarang, di bahagian masih bertokak sesama sendiri...Mesyuarat perwakilan Bahagian tidak lama lagi...tapi ada bahagian sejak dari awal persidangan UMNO Cawangan dajh timbulkan masalah dengan Cawangan...ada cawangan yang di batalkan mesyuaratnya tanpa sebab, ada cawangan hanya diberikan status pemerhati..jadi macam mana mesyuarat perwakilan bahgain nak capai kata sepakat...macam mana nak beri tumpuan kepada persiapan PRU akan datang...onak dalam bahagian masih bercelaru angkara dua tiga orang yang menguatkuasakan perlembagan UMNO ciptaan sendiri....Su Bhg lebih power dari Ketua Bhg...Timbalan Ketua Bhg di berikan kedudukan setaraf dengan Ketua Cawangan...apa sudah jadi kalau masih dok macam ni...kuatkah UMNO.....mampukah UMNO berdepan dengan pru akan datang...kalau tanya pada Bhg..siapa calon untuk pru akan datang yang boleh di anggap berkelayakan...semua mengaku diri masing-masing layak.....inilah UMNO...
Tulisan saudara amat bagus untuk menyedarkan semua ahli/kepimpinan UMNO di Kedah...tapi adakah mereka semuanya meneliti tulisan saudara ni.....dah banyak kali tulisan seperti ini di keluarkan...umno kedh dok macam tu jugak...UMNO Bhg masih tidoq....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates