Ahad, 8 Mei 2011

BETOI NAK MENANG????​???

SOBRI SUDIN

1. Dalam perjalanan menuju ke SMKPS (Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena) menghadiri mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Pokok Sena, aku dengan rakan-rakan lain dari cawangan singgah di Restoran Santai, minum sekejap. Lalu terserempak dengan seorang Kadi di sebuah daerah di Kedah, ternampak sahaja wajah aku dia menegur, 'saudara SOBRI SUDIN, nama tuan disebut dalam blog Sanusi setpol, Sanusi tu kawan ana".  Jawapan balas aku, 'biasalah ya sheikh, ini politik, dia nak kata apa pun kata lah, itu hak dia, hari ni dia berkuasa, esok lusa belum tentu dia boleh terus bermaharajalela bagai nak gila...'
2. Selesai mesyuarat perwakilan pemuda yang merawit sampai melebihi jadual aturcara, dengan masa yang cukup terhad untuk usul dibahas atau pandangan perwakilan diperdengarkan kesan ucapan perasmian yang mereben dan bertaraf ucapan budak darjah 6 oleh PEGAWAI KHAS YAB PERDANA MENTERI, DATO PADUKA GHAZALI IBRAHIM, selain ucapan awalan DATO HAJI AHMAD LEBAI SUDIN, yang melambat-lambatkan ucapannya dengan nada yang cukup tidak ikhlas, YB SENATOR BOOM SOM INONG pulak cal dua tiga kali, nak berjumpa.

3. Sudahlah mesyuarat tadi kurang injeksi kata semangat, huraian berhubung 'how to go about in wrest back Kedah from PAKATAN' juga tidak dipetakan dengan jelas. Selain halatuju dan mesyuarat pula berdasarkan rungutan sebahagian besar perwakilan hanyalah sekadar pelengkap jadual sehingga mata mereka termasuk aku naik letih diselaputi awan mendung. Apa boleh buat dengan pengaruh bahang dan cuaca terik (Ni mungkin BALA ALLAH S.W.T sebab PAS PARTI ISLAM masih berterusan melindungi INSAN ANUGERAH TUHAN yang kini menghadapi tuduhan sebagai peliwat lelaki dan penzina pelacur).

4. Selesai mesyuarat, aku pun balik selepas habis upacara perasmian sebab waktu maghrib dah hampir, tak tunggu dah untuk perbahasan, sebab tau dah ending dia macam mana.. Senator BOON SOM cal lagi nak ajak berdiskusi bab pilihanraya, dan bincang isu tentang peluang UMNO/BN Kedah menawan Kedah. Aku katakan 'boleh jumpa, tapi lepas aku mandi dan solat maghrib dan Isyak dulu', lalu dia pun kata O.K sebab dia kata dia pun nak pi sembahyang cara dia la di Wat Siam Titi Akar.

5. Kadang-kadang bila bercakap, mengulas, mengkaji, menganalisis dan menulis perihal PAS ka, UMNO ka, BN ka di Kedah ni naik melugai, sebab semuanya kalau ikut perspektif teori pengurusan, 'kurang daya dinamik, lack of momentum' dan tidak banyak outcome memberangsangkan yang telah dihasilkan oleh parti-parti berkenaan secara holistic overview yang menguntungkan rakyat Kedah.. You just name it, dari sudut polisi ka, pembangunan ekonomi ka, statement media ka, kebajikan rakyat ka, syiar dan syariat agama ka, peluang pekerjaan ka, peningkatan budaya ilmu, FDI ka.. semuanya boleh dikatakan agak statik, kurang lonjakan bermakna.

6. Dalam bahasa yang mudah, PAS ka, UMNO, ka, PKR dan DAPIG lagi la, adapun serupa tiada, semuanya sama sahaja... Ada tak bertambah, tiada pun tidak berkurang. Rakyat masih perlu struggle untuk meneruskan kehidupan harian mereka.. Kecuali USTAZ kita yang sorang tu, lepas Isyak dia dah LENA.. LENA.. LENA..!!!! Tiap bulan RM65,000 masuk akaun, Mercedes baru RM600,000 punya harga dia dah dapat (PUAK BALACI DAN LEBAI MONYOK PAS HISAP ROKOK DAUN HANGPA DAPAT APA????), bodoh betoi hangpa ni.. takpa.. ITULAH JIHAD KEPALA PAHAT NAMANYA.. apa lagi mau??? kita jangan marah.. itu rezeki dia, biaqla OSTAZ KITA MERASA SAT, INDAH DAN GAHNYA JADI MB KEDAH.. Bagi can la kat dia.. asyik-asyik orang UMNO saja.. ostat kita pun Melayu jugak, Islam lagi, parti pun cap Islam lagi.. BIARKAN DIA TIDUR.. Jangan ganggu, satgi marah menyinga orang tua bergigi palsu tu.. (Jangan marah OSTAT, kita bergurau sikit-skit boleh kot no...???).

7. Selain itu topik berhubung indikasi sama ada pengaruh Mukhriz mampu dijadikan asas untuk tawan balik Kedah juga kian menjadi topik bualan ramai. SENATOR BOON tidak ketinggalan bertanyakan hal ini pada aku. Dalam bahasa ringkas aku katakan pada YB SENATOR BOON SOM INONG, "kalau Mukhriz saja O.K yang lain tak O.K jawapnya 'status quo akan kekal' atau 'wal hasil balik asal'. "Dan kita tak payah cerita banyak, you nilai dan tengoklah sendiri sama ada UMNO/BN Kedah melakukan gerakerja untuk menang di Kedah? Yang peliknya pada rumusan perbincangan kami dia pun berpandangan, "AKU PUN DAH LETIH DAH DENGAN UMNO/BN KEDAH", TAU TAKPA SENATOR BOON!!!!.

8.Tanpa banyak tanya lagi selepas itu, dia pun membayar harga minuman white coffe ice yang aku order, BOON SOM pun minta diri.. aku pun apa lagi, dalam hati, 'eloklah tu, aku pun nak balik, letih sangat dah dengaq ucapan tah apa ke jadah dalam mesyuarat perwakilan pemuda petang tadi'.

9. Ironinya apa yang hendak aku katakan, persepsi umum mahukan UMNO/BN kembali mentadbir Kedah.. Namun telahan umum masyarakat juga masih kurang yakin akan kemampuan UMNO/BN untuk menawan kembali Kedah.. Puncanya.. hangpa sendiri dan aku sendiri telah banyak kali hurai dan jelaskan..

10. Pendapat terbanyak juga jika dibuat himpunan pandangan melihat jika Mukhriz bertanding di kerusi DUN, seolah-olah ternampak cahaya dihujung terowong bagi memberi laluan UMNO/BN untuk kembali berkuasa di Kedah.

11. Namun dari sudut yang lain, yang juga tidak boleh ditepis tanggapan ini, jika Mukhriz bertanding di kerusi DUN, Negeri Kedah akan menjadi kubur bagi menamatkan riwayat politiknya.. Apapun kita berbalik kepada terasnya, 'kita hanya mampu merancang Allah s.w.t yang menentukannya..


12. Rumusannya secara mudah begini:

a) Ramai rakyat mahukan UMNO/BN kembali kuasai kerajaan kedah namun dalam masa yang sama mereka skeptikal akan kesungguhan UMNO/BN untuk tawan Kedah.

b) Ramai rakyat mahukan tokoh pemimpin yang ada aura, kebolehan untuk menjadi MB Kedah namun mereka masih dalam dilema untuk melihat 'the future of Kedah MB' sama ada dari PAS mahupun dari UMNO.

c) Ramai rakyat sudah muak, jelak dengan mainan politik, sikap berbalas pantun antara UMNO, PAS, PKR ataupun DAP sama ada di Kedah ataupun diperingkat nasional... pada tanggapan umum, tumpuan pihak kerajaan mahupun pembangkang tidak lagi menfokuskan kepada isu-isu rakyat, perihal dan masalah melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat. Akan tetapi yang ternampak hanyalah hingar-bangar, pertelagahan berterusan antara parti politik dalam menyatakan siapa lebih benar, siapa lebih baik dan siapa lebih hebat antara satu parti dengan parti yang lain.

 
12. Hakikatnya inilah politik, 'bersetuju untuk tidak bersetuju', polemik dan percanggahan kepentingan menjadi senario yang berterusan, cuma yang kita bimbangkan, dalam keghairahan berpolitik, peranan dan fungsi sebagai kerajaan ataupun pembangkang kian dilupakan, justeru yang menerima azab dan impaknya adalah rakyat..

13. Bolehkah keadaan ini difine tune kan? Boleh, terpulang pada niat ikhlas, fokus dan kefahaman utama setiap pemimpin parti politik dan pengikut mereka dalam melaksanakan gerakerja politik mereka.

15. Apapun bagi pandangan aku secara peribadi, "kemenangan untuk dicapai oleh UMNO/BN Kedah tidaklah terlalu sukar, cuma mereka sendiri yang menjadikan keadaan dan situasi untuk menang itu kian sukar".

16.Akhirnya, buatlah tekaan atau jangkaan sama ada 11.11.2011, 10.10.2011 ataupun 9.9.2011, ataupun apa jua tarikh, yang pasti PRU ke-13 pasti menjelang. Ruang demokrasi bagi kuasa dikembalikan pada rakyat... Persoalannya secara hakiki dan real SUDAH BERSEDIAKAH UMNO/BN KEDAH?????

17..Realitinya, JIKA UMNO/BN KEDAH NAK MENANG BUAT CARA NAK MENANG!!!! namun jika belum puas menjadi pembangkang, kita teruskan bersenang lenang, banyakkan angan-angan dari tindakan, biar negeri Kedah terus tunggang langgang... RAKYAT MENGELUH KOT BELAKANG.. PADAN MUKA HANGPA SEMUA.... SEJAHTERA MENATANG APA???? UNDI LAGI IKUT EMOSI!!!!

2 comments:

abuarif berkata...

Pemimpin yg dok ada la ni memang dah macam tu?Mereka bukan PEJUANG MELAYU!!!!!Mereka adalah kaki ampu pemimpin,anggok2,geleng2 dan kaki rasuah ahli cwg utk jadi ketua bahagian,,,,,,,,,,,Mereka inilah Pemimpin yg Mengiakan apa kata PAKLAH dan KJ dulu sehingga BN hilang 2/3 kerusi parlimen dan BN KEDAH JATUH kepada PAS.......RASIONALNYA mereka ini semua tak bolih pakai,,,,,dan jangan biarkan sejarah berulang,,JUSTIFIKASI sudah JELAS,,,,Carilah pejuang2 UMNO yg Berilmu dan Berkarisma utk MEMIMPIN KEDAH,,,,,,,ini saja jalan untuk mengembalikan Keyakinan MELAYU pada UMNO,,,,salam

Tanpa Nama berkata...

Terkedu dgr berita RTM tghari Ahad... Kediaman S/usaha Agung UMNO terbakar.... Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah bilik di tingkat 4 banglo tersebut.. Ishh..Ishhh.. Baru S/U UMNO ada banglo 4 tingkat... Mcmana la dgn yg jawatan lebih atas lagi tu..Ada 5-6 tkt banglo.. Besaq sgt sgt ka elaun S/U UMNO.. Kalau MB Kedah gaji RM65,000 dah kira besaq... Elaun puak2 MT UMNO ni mesti lagi besaq... Habuan laa......

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates