Sabtu, 14 Mei 2011

Beza Kegigihan Tun Mahathir Dengan Keengganan Anwar Mengaku Berzina


Hari ini CheNed membaca dan melihat bagaimana isu Anwar meliputi segala ceruk benua Malaysia. Dalam blog-blog usah dipertikaikan. Tekan sahaja nama Raja Peliwat dan Pelipat Isu ini maka keluarlah beribu-ribu tentangnya. CheNed menyokong usaha untuk menerangkan kepada rakyat siapa Anwar Ibrahim dan kepana PR perlu ditolak. 


Walaupun Anwar Ibrahim masih tahan lut dan masih cekal bertahan biarpun video seksnya samada hitam putih atau berwarna jelas menunjukkan tiada orang lain tetapi dia sendiri. Anwar akan berbuat apa sahaja seolah dia bukan pelakunya tetapi jujur CheNed kata tak tergamak CheNed melihat aksi lelaki tua yang selalu berceramah sana sini membangkitkan semangat berkobar-kobar untuk membenci UMNO dan Kerajaan tetapi dalam masa yang sama memeluk dan mencium China Doll yang terang-terang seolah geli padanya. 

Anwar masih tega berdiri dan berceramah sana sini tanpa rasa putus asa. Dalam satu segi Anwar mempamerkan dialah satu-satunya ahli politik yang sentiasa akan berbuat apa sahaja untuk terus hidup dalam politik negara walaupun sepatutnya waktu dia berceramah, mana-mana pihak boleh membuat tayangan secara langsung perlakuaan seksnya untuk ditonton dan disaksikan riak wajahnya.

Dalam CheNed menyokong untuk sebarang bentuk membawa kesedaran kepada rakyat tentang siapa Anwar, CheNed masih tergiang-giang kata-kata Tun bahawa UMNO masih lemah untuk diadakan PRU13.

Tetapi adakah mana-mana pihak dalam UMNO mengambil berat akan kata-kata Tun ini? Kalau di Kedah, 'sorry to say' bahawa langsung tiadanya tokoh-tokoh baharu dan berwibawa dalam kebanyakan bahagian. Gerakan dan cara mereka masih sama sehingga diminta oleh Presiden dan Timbalan Presiden UMNO untuk mengaktifkan semula Juara Rakyat. Salah siapa?

CheNed antara orang yang pernah hadir untuk program memperkenalkan Juara Rakyat di mana pada bula itu adalah giliran negeri Kedah. Ada 'handout' yang memaparkan sepatutnya program ini ada pengisian untuk setiap bulan di dalam setiap negeri. 

Rupa-rupanya Pusat juga main-main dan tak ada semangat untuk membawa misi UMNO. Tambah bahagian-bahagian. Jika Pusat tidak serius maka boleh diandaikan bahagian langsung tak ada daya. 

Tak payah untuk pergi jauh. Di Kedah pun cukuplah. Gerakan untuk menawan Kedah semula tidak langsung bersepadu walaupun PAS itu bukannya terlalu kuat. Nampak saja tebal dan kukuh seperti bengkang tetapi kalua dicuit dan dikepak, senang sahaja ianya terkopek dan boleh dibaham walaupun tiada gigi.

UMNO masih mengekalkan stamina dan pemikiran zaman dulu yang mengharapkan rakyat sedar, sedar dan terus sedar walhal perjuangan untuk sesama usia sudah tidak sesuai dengan gaya pemikiran masyarakat pada hari ini. 

Masih berbangga diri mereka satu ketika dulu bergelar itu ini sedangkan gelaran hanyalah penghargaan tetapi akal dan usaha itu tonggak UMNO untuk terus hidup, relevn dan praktikal.

Tun Mahathir masih gigih berjuang untuk UMNO sama seperti Anwra yang gigih menutup kemaluannya dengan helaian benang-benang yang sudah reput dan tidak cukup untuk dibuat kain.

Janganlah para pembesar UMNO hanya mengharapkan isu Anwar sudah cukup menguatkan UMNO sedangkan mereka masih tercari-cari pintu untuk mula melangkah bergerak menagih perhatian rakyat dan meraih sokongan mereka. 

UMNO masih lemah. Namun lemah itu UMNO tutup dengan hanya mendengar, tersenyum, kemudian terus blah..Bravo!

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat2. Pemimpin Umno masih belum sedar. Otai2 yang masih nak kuasa, tak percaya dgn muka baru, suka sabotaj, cakap dpn lain, belakang lain. Saya pengundi muda Melayu yang bimbang dgn masa depan kaum saya. Saya tidak mahu Anwar Ibrahim jadi pemimpin saya, atas sebab peribadi. Saya juga tak mahu DAP menjadi peneraju negara ini. Saya tidak percayakan golongan ini. Andainya PAS tidak bersengkongkol dgn DAP atau Anwar, dan Nik Aziz pula sudah tiada, jujur saya cakap saya undi PAS. Namun apa pilihan saya sekarang? Umno masih tidur. Bangunlah Umno, lakukanlah sesuatu.

Tanpa Nama berkata...

Diseberang tambak, LKY dan C.T.Goh pun dah bersara. Otai-otai UMNO yang sudah tidak diterima rakyat, bila lagi?

Paya Kelubi berkata...

Pada wanita UMNO Padng Serai tahniah pasai buat ceramah isu pak sheh.Yg aku heran awat UMNO bahagian Pdng serai tak buat.Katanya ketua bahagian tak bagi ketua penerangan buat ceramah.betoi ke.Dia amat takut isu pak sheh ada kaitan dengan diri dia.

Si Jangkang berkata...

Betoi-betoi minta simpanglah jangan ada pemimpin seprti Anwar Berahim dan orang yg semacam kelaku dgn nya jadi pemimpin/Rosak bangsa dan agama.

Tanpa Nama berkata...

Paya Kelubi,
Selalu dok dengaq Ketua Bhg Pdg Serai ada buat kerja tak elok. Kalau ada bukti yg kukuh, elok disiarkan saja. Awat pucuk pimpinan UMNO tak ambek tindakan? UMNO akan kalah kalau masih ada Ketua2 Bahagian yg mcm Pdg Serai ni dlm parti. Dah lama dengaq, tapi awat UMNO Kedah & Pusat tak buang saja dia. Kalau terus lagu ni, sah PRU13 Kedah dapat kat PAS lagi.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates