Isnin, 9 Mei 2011

Biasiswa UMNO ...

Ini bukan nak bodek Datuk Mukhriz, tapi Kedah Times bersependapat dengan beliau dalam isu ini.

Diartikel yang sebelumnya, Kedah Times amat bersetuju juga dengan saranan agar Kolej/Universiti UMNO diwujudkan. Ini hanya cadangan dan jika benar berlaku, maka Alhamdulillah.

Jika saranan untuk wujudkan satu kolej/Universiti UMNO menjadi kenyataan atau sebaliknya, tetapi keperluan satu tabung biasiswa masih amat diperlukan untuk membantu Melayu/Bumiputera yang cemerlang tetapi tercicir daripada memasuki IPTA dan IPTS samada disebabkan sudah penuh atau kerana masalah kewangan.

UMNO harus sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan ALIFF BAA TAA mewujudkan tabung biasisiwa ini.  Ianya harus dibuka kepada semua Melayu/bumiputera yang layak. Dan kita tahu ahli-ahli PAS lah bakal menyerbu untuk mendapatkan sumber kewangn Biasiswa UMNO ini. Tapi tidak mengapa kerana mereka adalah Melayu/Bumiputera. Mereka juga layak!

UMNO mempunyai ramai bijak pandai yang boleh bantu bagaimana mekanisma atau cara untuk mewujudkan biasiswa ini dan yang pentingnya Tabung ini harus berisi. Kalau tiada isi bagaimana nak taja atau bantu Melayu/Bumiputera?

Sekali lagi ditekankan yang ini bukan isu bodek atau sebagainya, tetapi ianya menjadi isu Melayu/Bumiputera. UMNO perlu segera wujudkan tabung seperti ini.

Kedah Times boleh bayangkan ... 'ehhh ko belajar pakai biasiswa mana?' .... dengan bangganya Kedah Times menjawab ... 'Aku atas biasiswa UMNO' ... rasa bangga ... Walaupun Kedah Times tahu yang kedah times ni dah tua untuk dapatkan biasiswa ...


Mukhriz Saran Umno Tawar Biasiswa Dan Tubuh Kolej

PAPAR – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Umno menawarkan “Biasiswa Umno” dan menubuhkan “Kolej Umno” bagi menyerlahkan peranannya dalam pembangunan belia di negara ini.

Beliau berkata penekanan nama “Umno” dalam cadangan tersebut bagi menunjukkan kepada rakyat khususnya bumiputera, akan sumbangan parti berkenaan dalam pembangunan golongan muda.

Kedua-dua kemudahan ini hendaklah memberi manfaat kepada semua, bukan kepada anak-anak anggota Umno semata-mata, katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Papar, di sini Ahad.

Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah berkata langkah itu perlu memandangkan masih ada pelajar bumiputera yang cemerlang namun keciciran daripada menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

Mengulas lanjut, beliau berkata penubuhan kolej itu boleh dilaksanakan dengan mengambil alih institusi sedia ada atau bekerjasama dengan mereka.

....... – BERNAMA

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Namanya pon biasiswa UMNO & Universiti UMNO (UU). So keutamaan kena la bagi kat Melayu/Bumiputra anak2 ahli UMNO/BN dulu. Staf UU hendaklah dari penyokong UMNO & BN sahaja. Utk biasiswa, kalau ada lebihan baru dibuka kpd Melayu/Bumiputra yg lain. Sbb kalau dibuka kpd semua pada peringkat awal, puak2 PKR & PAS pon akan kelam-kabut kaut jugak, tapi walaupon diberi biasiswa penuh depa akan tetap dok kutok UMNO & Kjaan. So utamakan ahli2 & anak2 Melayu/Bumi BN dulu. Jgn jadi kera di hutan di susu tapi anak di rumah kelaparan...

Benghazi,Libya berkata...

ITS HIGH TIME AND TIMELY THAT UMNO STARTS TO THINK OF THE INTEREST AND WELFARE OF ITS MEMBERS FIRST.

Tak malukah UMNO dengan MCA dan MIC yang walaupun kumpulan minoriti serta kaum pendatang mereka telah boleh dan mampu membina universiti sendiri.

Sokong 100% cadangan Mukhriz,semua peringkat kepimpinan umno WAJIB sokong cadangan ini.

Jika ada yang cuba tentang cadangan ini
,Melayu kena tendang pemimpin pengkhianat melayu ini.

Tanpa Nama berkata...

pandang tinggi apa saja kebaikan walaupun dari/ hasil dari penyapu jalan..

mca & mic buat universiti pun bayar 'premium tanah' murah dan mintak derma serta sponsorship.

rasanya tak de beza sangat...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates