Sabtu, 28 Mei 2011

Bila Kata UMNO Itu Jahil, Merekalah Yang Nak Marah..

Sana sini UMNO di seluruh Kedah sibuk mengadakan program-program bersama rakyat dan dibantu dengan agensi-agensi Kerajaan. Pelbagai aktiviti tetap dan kekal UMNO seperti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak Kemas dan sukan untuk kanak-kanak KEMAS dijalankan.

Terbaru adalah program Juara Rakyat di Padang Serai yang cukup gah dengan isu kontroversi Ketua Bahagiannya. Acap kali benar kita melihat bagaimana UMNO membuat persediaan yang boleh dikatakan 'nak terberak baru nak korek lubang'. Hasilnya sangat-sangat menyedihkan. Tak tahukah mereka bahawa setiap kali dianjurkan program yang dibuat secara tergesa-gesa membuahkan hasil yang pastinya terpalit kepada UMNO sendiri? Tak cukup lagikah dengan gelaran syok sendiri?

Pengisian Juara Rakyat masih jauh dari yang dirancang. Sangat kosong dan meriah hanya untuk mereka yang sukakan program yang tiada isinya.

Masih terfikir adakah UMNO perlu mengekalkan cara yang sama untuk mengajak rakyat mengingati jasanya? Adakah program lain yang lebih memberi kesan yang menguntungkan selain daripada yang telah biasa dianjurkan?

Kekuatan pancaidera tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Kosong dengan lagu-lagu yang tidak membina. Juara Rakyat lebih seolah kepada hari untuk beriadah sekeluarga. Konsep apakah ini?

Muda mudi berjalan dengan megah memakai baju lambang UMNO. Memakai baju tidak mendatangkan masalah tetapi penampilan dan kebebasan yang kita tunjukkan seperti kitalah hebat dan glamour sangat-sangat menjemukan pemandangan. Di mana ciri wanita Melayu?

Kekuatan UMNO dan Perkasa adalah kepada wadahnya untuk perjuangkan Melayu. Tetapi jika pemakaian dan cara kita hadir membawa UMNO mungkin menjauhkan mereka yang lain yang sebenarnya suka pada UMNO tetapi benci kepada imej-imej syok sendiri dan tidak ada keterbatasan dalam berpakaian dan dalam pergaulan.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Juara Rakyat anjuran UMNO Padang Serai ibarat macam nak perabih beras sahaja.Buat program pun haram tak jemput orang ramai.Yang dijemput pada ketua cawangan.Ketua Cawangan Labu Besar selagi ada Jamil dan Zahari alamat lah tunggu pilihanraya nanti.Penasihat mereka tak lain Zuber yang gila kuasa yang menjahanam kan UMNO Padang Serai.Ketua Bahgaian dengar khabar dah habis setakat hunung bulan ini sahaja akibat akhlak buruk dirinya dan merosakkan parti,Juara Rakyat yang UMNO Padang Serai buat setakat ini sekadar nak buat claim sahaja pada UMNO Pusatdan negeri.Paham sahajalah UMNO dah jadi temnpat isi temolok.Sedikit pun tidak memberi impak pada pengundi.Buat persiapan pun pakai kroni.Ketua cawangan yg tak sebulu tak di ajak mesyuarat.mampuih la umno padang Serai kalau macam ini.Apalah nak jadi dgn UMNo ni.

Tanpa Nama berkata...

Ini semua kerja Bakri dengan Zuber yang nak tebus dosa pada cawangan Keladi,Hitech,Jubai,Jubai SC,Bikan Atas.

Tanpa Nama berkata...

Umno P.serai ka mana ka, kalau nak buat program, saya nak cadang nak bagi org ramai senang ja, buat program pangge Ustaz PAS ceramah saheh ramai punya, cuba try tengok kalu tak caya.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates