Ahad, 22 Mei 2011

BN-Barang Naik, PAS-Apa Yang Naik?

Oleh: Tok Pauh

BN itu Barang Naik. Itu kata pentaksub PAS, tapi cuba fikirkan apakah tindakan mereka akan sebaliknya jika memerintah. Sedangkan penghantaran 50 KCS ke Australia pun mereka bagi alasan mengekalkan tradisi, apatah lagi harga barang.

Kerajaan pusat, dibawah kawalannya terdapat jutaan produk dan barang, ada yang dikawal harganya, ada yang tidak dikawal harganya.
Antara barang yang harganya dikawal adalah ayam, gula, minyak petrol, minyak masak, beras, tepung.Sesekali ada antara barang-barang tersebut harganya naik dalam 10% hingga 20%, itupun PAS bising macam nak hancur negara. Katanya kerajaan zalim, malah keluarlah perkataan firaun, mahazalim dan berbagai maha lagi. Sedangkan kita tahu semua komoditi itu bergantung kepada harga dipasaran dunia dan juga tukaran wang asing, tidak seperti cukai tanah dan air yang tidak perlu di impot.
Sementara dibawah kawalan kerajaan negeri Kedah pula, daripada sedikit benda yang dinikmati rakyat ialah adalah tanah dan air. Dan dari situlah kerajaan mendapat hasil secara terus. Nampaknya, UUM sudah merasa nikmat kerajaan PAS (Barang Tak Naik) dengan terpaksa membayar cukai yang "tidak naik" daripada RM100,000 kepada RM1,700,000.00.

Sedangkan tanah (land) bukan perlu dimpot atau bergantung kepada matawang asing pun kerajaan PAS Kedah "tidak naikkan" daripada RM100,000 kepada RM1,700,000.00. Walhal cukai boleh dikutip tiap-tiap tahun dari tanah yang sama, sedangkan tidak ada satu benda tambah nilai pun di buat oleh kerajaan negeri untuk tanah tersebut.

Air juga dinaikkan 100% bagi pengguna paling miskin (pengguna minima), sedangkan air di bekalkan oleh Allah tanpa perlu membuat tukaran wang asing, jatuh terus keatas negeri Kedah. Malah bahan yang digunakan untuk memproses air adalah yang paling murah dalam kos penyediaan bekalan air. Itu pun dinaikkan.

Apakah mereka akan menurunkan harga gula, minyak, kereta dan segala-gala yang perlu diimpot apabila mereka memerintah kelak, jika cukai tanah dan air yang dapat percuma pun dinaikkan?

Jika BN dikatakan Barang Naik, PAS pula bukan saja barang yang pasti akan naik, malah segala cukai pun akan naik...

Kecenderungan dalam tindakannnya sebegitu, walaupun dibibirnya sebaliknya. Fikirkanlah...


3 comments:

Maya AS berkata...

Cerita barang naik ini hanyalah mainan budak -budak nakal dalam politik.Sebenarnya UMNO mampu beri penejelasan tentang logik dan rasional kenaikan itu.Itu adalah kerja jahat pembangkang.Yang aku amat heran dan meluat kenapa UMNO sendiri tak ambil daya usaha turun padang beri penerangan dan penjelasan pada rakyat.Itulah sebabnya orang buli dan kata macam-macam pada UMNO.Tapi UMNO diam macam orang bahlul.Ada pemimpin pun tak tahu buat kerja dan tanggung jawab.Yang mereka tahu minta itu dan ini.Bila UMNO kena serang mereka semua macam kura-kura.Itulah senario pemimpin UMNO hari ini cukup lemah.Sedang isu kanaikan harga barang ini isu global.Kita antara yg kerajaan BN yg jaga hati rajyat.Tapi apa nak buat pemimpin UMNO nampak pandai dan jaguh.Rupanya bodoh bila berdepan orang lain.Bukan Jaguh Rakyat cuma sekadar Jaguh Kampung yg penuh kepalsuan.Itulah UNNO yg lemah dan tak mampu buat serang balas terutamanya di Bahgian UMNO di Kedah.

Tanpa Nama berkata...

BN atau barang naik sudah lama di gunakan oleh parti pembangkang semua. tapi yang sebetul nya semua barang tetap akan naik juga tak kira lah parti apa sekalipun, kecuali memang kerajaan yang memang hendak bankrupt cepat, turun kan semua harga barang serendah2 nya dan tunggu satu bulan lepas tu, kita pilih parti politik yang lain, dan macam biasa kita tunggu apa kerajaan baru akan buat, Anda sendiri boleh ramalkan ketahanan Kerajaan baru tersebut. Nah! tepuk dada tanya selera, anda sudah tahu jawapan nya. Ingat lah harga barang tetap akan naik dan bukan barang saja yang lain2 pun serupa juga, nak contoh lagi? yuran, pergi haji, melancung, dan anda boleh tokok tambah apa yang anda mahu lagi, kecuali satu yang turun dan FREE .... hujan. Pun masih ada yang komplen, apa yang sempurna tinggal lagi di dunia ini? OK kalau semua FREE, anda bayangkan keadaan nya, tak payah lah saya berceloteh sebab anda boleh tafsirkan dan bayangkan sendiri keadaan nya

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Saya amat bersetuju dengan pendapat saudara Tok Pauh. Sebenarnya setiap realiti kejadian alam dan mahkluk sentiasa berubah. Begitu juaga alam ini berubah muda ke tua. Begitu juga kejadian manusia yang akan berubah kezaman tua.

Hakikatnya sepertimana tersusun dan terindahnya ciptaan Allah SWT yang perlu kita fikirkan bahawa zakat sekalipun berubah mengikut peredaran masa dan ketentuan kehendakNya. Kita sebagai manusia yang hanya merencana tetapi hakikatnya Allah SWT yang menentukan hala tujuNya. Had kuasa manusia terbatas. Hirakinya telah menetapkan untuk mencapai sebuah negara maju dan berjaya ianya memerlukan pengorbanan semua dan sanggup menghadapi realiti serta berpijak atas bumi nyata. Justeru itu setiap yang ada tak akan kekal dan begitu jua halnya dengan keperluan dan kehendak manusia sentiasa berubah mengikut peredaran dan suasana keadaan.

Ingat Allah menjadikan alam ini tiada berubah besar sedangkan pertumbuhan manusia kiam bertambah. Justeru penawaran yang tinggi keatas keperluan maka semesti ianya tidak akan kekal dan akan berubah harganya. Hakikatnya minda manusia harus berubah dan tidak mudah dijumudkan dan dimunpulasi oleh mainan politik murahan semata-mata.

Berpandu pada fakta yang nyata. Kita lihat pembangkang banyak membantah pembangunan dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan seperti hospital, lebuhraya, ketenteraan, pendidikan dan banyak lagi yang dikata membazir dan merugikan. Ironinya kita lihat pembangkang pernah mengeluarkan kalam pada Tun Mahathir sebagai Maha Zalim, DAN SEBAGAINYA. Hakikatnya kita lihat N.Aziz sendiri yang banhyak menyumpah Tun mahathit akhirnyan mendapat manafaat dan rawatan daripada hasil usaha perjuangan permodenan Tun Mahathir yang selama ini pembangkang mendaknya dan memperlekehkannya usaha beliau.

Begitu juga berdiri megahnya INSANIAH dan kini KUIN adalah hasil usaha UMNO atau BN. Malangnya setelah Kedah ditadbir PAS mereka mendabir dada bahawa merekalah yang membina. Hakikarnya KUIN adalah ilham dan jenamaan UMNO.

Begitu juga pembangkang banyak menabur fitnah keatas pembinaan Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuh Raya lain untuk kesengan rakyat dan mereka juga tak lupa memperbesarkan serta memperindahkan jalanraya yang tidak dikenakan tol. Hakikatnya yang dikenakan tol pihak pembangkang berlumba-lumba menggunakannya dan itulah pilihan utama mereka kini. Begitu pembainaan masjid2 dan surau2 oleh kerajaan BN dan akhirnya itulah yang mereka turut jugakan kini.

Hakikatnya pembangunan yang ada kini adalah hasil titik peluh dan pemikiran BN dan pembangkang cuma menumpang tuah hakikatnya. Semegah megah Azizan Razak, N.Aziz, hadi Awang, Mahfuz ,Mat Sabu semuanya mencari kemudahan yang BN laksanakan termasuklah apa yang mereka miliki kini.

Kesimpulannya Pembangkang hanya gah dimulut dan perlakuannya tetapi amat miskin dan muflis terhadap pembangunan dan kemudahan untuk rakyat dan hanya gah untuk menunjukkan belang kebodohan mereka sebenarnya.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates