Isnin, 9 Mei 2011

Cuaca Panas di Kedah

Kedah Times bukan nak merungut atau mempertikaikan keadaan cuaca yang sangat PANAS sekarang ini di Kedah. Ini semua pemberian Allah SWT. Ada hikmah disebaliknya.

Tetapi Kedah Times hanya nak tanya beberapa soalan ringkas kepada totok-totok & pencacai PAS dan PKR tentang cuaca panas ini. Pengalaman Kedah Times ialah mereka ini (totok-totok PAS terutamanya) sangat pakar dalam memberi pandangan dan keputusan tentang sesuatu kejadian terutama jika tentang kaitan sesuatu kejadian itu dengan UMNO atau penyokong UMNO.

Soalannya senang.

1. Apakah cuaca panas di Kedah ini Bala Allah SWT kerana kerajaan sekarang tidak melaksanakan hukum Islam?

2. Apakah cuaca panas ini adalah Bala kerana kerajaan sekarang zalim kepada rakyat Kedah kerana tidak berbuat apa-apa untuk membangunkan negeri?

3. Apakah cuaca ini satu petanda bala dari Allah kerana maksiat berleluasa dan pusat-pusat maksiat tumbuh bagai cendawan  dibawah kerajaan sekarang?

4. Apakah ini jug bala kerana kerajaan sekarang bersubahat dengan kafir harbi DAP?

5. Apakah cuaca panas ini adalah hasil sokongan PAS tidak bebelah bahagi kepada pengamal seks bebas dan pembawa Pluralisma agama?

6. Apakah ini juga bala apabila yang tidak arif mengenai pentadbiran menjadi ketua negeri ?

Ini beberapa soalan yang KEdah Times letak dulu. Jika nak masukkan semuanya, mungkin berpuluh-puluh boleh ditanya.

Mohon totok2 atau Pak Jangoat tolong jawab!

2 comments:

matpanah berkata...

Salam tuan,
Gamaknya depa akan kata panas ni adalah bala sebab kita, orang UMNO ni kata PAS tak laksanakan hukum Islam di Kedah...hahaha, puak ni bab putaq belit, ulaq pun takut, tuan

mat kedah berkata...

>betoi la panas... ekon kena pasang smpai pg kat umah aku!!!! kesian kat org kg yg umah xdak ekon or kipas!!!

> umah ust azizan tentu pasang ekon 24 jam..hehe
>pasai apa jadi mcm tu....ni sah sebab umno perintah dulu x laksanakan hukum islam...hukum hudud la tu!!!

> kerna umno...abih ahli pas kena terima penangan tu!!!!

> agak2 hak tu alasan yg depa nk bgi...semua kerna umno....kereta acdent pun kerna umno....lembu mati pun kerna umno.....serba serbi kerna umno...hehe

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates