Selasa, 17 Mei 2011

Dato' Najib Akan Bantu Anwar?


Surat untuk Datuk Najib.

Datuk, Anwar Ibrahim adalah seorang manusia 'Anugerah Tuhan' yang begitu berjasa besar untuk kita. Pada Kak Wan tentulah lagi besar. Kerana sejak berkahwin sehingga beranak cucu, kasih sayang dan 'kesetiaan' Anwar pada Kak Wan tak ada tokok bandingan.

Datuk, Anwar Ibrahim juga sangat berjasa kepada negara. Walaupun belum menjawat jawatan Perdana Menteri tetapi Anwar telah dinobatkan sebagai Bapa Reformasi atau kini di'upgrade' sebagai Reformasin. Melalui pendekatan kepimpinan Anwar, ramai peniaga-peniaga dan jalan-jalanraya di Kuala Lumpur biasanya digunakan oleh kereta sahaja tetapi berjaya ditukar pandangan menjadi ribuan manusia yang bangun berjuang di bawah kangkangan Anwar. Oppss, di bawah pimpinan Anwar. Malah ribuan manusia ini telah menyejukkan hati peniaga-peniaga di Jalan TAR dan sebagainya. Sejuk pagi tak sama dengan sejuk tengahari. Sejuk kemudian bertukar menjadi kepanasan dan keghairahan kerana jualan lagi banyak laku semasa tiada ribuan berbanding yang datang untuk tujuan politik jalanan.

Datuk, Anwar benar-benar pejuang keadilan yang sejati. Mana ada pemimpin negara malah dunia yang terang-terangan memperjuangkan keadilan untuk pengamal seks bebas. Video seks dengan China Doll itupun baru permulaan perjuangan Anwar.

Dan Datuk, Anwar Ibrahim sajalah yang boleh mengula-gulakan PAS terutamanya Nik Aziz kerana kita tahu UMNO tak pernah mampu menundukkan PAS sampai ke tahap dosa UMNO dibersihkan hanya dengan sepatah kata dari mulut Tok Guru.

Oleh sebab itu, kami berpendapat, Anwar Ibrahim patut mengisi borang keahlian UMNO semula dan menyerahkan keahlian itu kepada Datuk. 

Borang keahlian itu sebagai surat sokongan untuk Anwar mendapatkan layanan istimewa di sebuah tempat yang bakal menjadi negeri ke 15 Malaysia.

Memandangkan jarak masa yang boleh dikatakan agak singkat untuk Anwar menikmati saat-saat indah bergelar manusia bebas, sejajar dengan segala sumbangan Anwar, dipohon Datuk lantiklah Anwar sebagai Perdana Menteri di negeri ke 15 tersebut.

Binalah sebuah mini Putrajaya dan Dewan Rakyat untuk Anwar. Kerana Anwar wajar diberi penghormatan tersebut sebagai Perdana Menteri. Dan jangan lupa Datuk, Mike Tyson mengubati hari-harinya kini dengan membela burung-burung merpati sebagai mengisi ketenangan dan kelapangan. Anwar Ibrahim juga akan berbuat demikian. Cumanya kami dapat hidu keinginannya untuk membela 'pandikutty'. Mungkin hari-harinya akan lebih tenang di negeri tersebut.

Lokasi negeri tersebut berhampiran sebatang sungai yang dikelilingi buloh. Itu yang kami dimaklumkan oleh rakan-rakan kami yang lain. 

Sekian..

Tukang Urut Buaya

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates