Rabu, 4 Mei 2011

FIKIR, TELITI DAN RENUNG SEJENAK...!!!!


SOBRI SUDIN

1. Kita telah dengar ribuan janji, retorik bertopengkan agama, ceramah sepanjang masa, majlis keramaian yang dipropaganda atas TAGLINE 'KEDAH SEJAHTERA'. Hujahan, petikan hadis dan ayat-ayat suci Al-Quran serta penegasan demi penegasan kununnya kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah sekarang sudah melakukan yang terbaik.

2. Namun lima persoalan fundamental yang wajib menjadi ingatan dan persoalan yang sentiasa perlu berani untuk didebatkan oleh rakyat ialah:

a. Di mana Daulah Islamiyah dan Hukum Hudud yang selamanya dipuja dan diberi perhatian berat oleh PAS semenjak 1951 untuk dijulang dan dibangunkan?

b. Apakah tindak-tanduk, sikap dan kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat yang dikemudi PAS benar-benar mencerminkan prinsip ketelusan, prinsip Islam yang luhur, ikhlas, bebas rasuah, jujur dan bersungguh untuk membela dan tidak menyusahkan 2 juta rakyat dinegeri Kedah?

c. Benarkah kesemua 2 juta rakyat Kedah dari Kulim Bandar Bahru hingga ke Langkawi sudah mendapat nikmat, rahmat sejahtera bagi setiap isi rumah, sama ada bantuan pendidikan, elaun sara hidup, bantuan kebajikan, persekolahan anak-anak, keselamatan sosial, pengurangan beban sara hidup dan upaya menangani gejala sosial dan kemiskinan?

d. Apakah isu-isu teras yang melibatkan segmen masyarakat pelbagai seperti belia, kakitangan awam, swasta, ibu tunggal, anak yatim, guru agama, pendidik, pertubuhan bukan kerajaan, petani, nelayan, penjaja kecil, peneroka, pekerja kampung, siswazah, telah dapat ditangani dengan molek, berhemah menerusi skima kepimpinan Pakatan RAKYAT di Kedah?

e. Apakah telah wujud model pembangunan Islam, model pengurusan kebersihan mengikut kaedah ISLAM, model pelancongan Islam, model perniagaan IKS dan penjaja kecil berteraskan Islam, model pembangunan belia Islam, model menerusi aplikasi Islam dalam membanteras gejala sosial, jenayah juvana, ketagihan ketum dan dadah yang dilaksana dan diterapkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui PAS di Kedah?

Lima persoalan teras di atas adalah sebahagian kecil isu-isu kepimpinan yang belum beres dituntaskan oleh PAS, PKR dan DAP di Kedah. Jika ditanya kenapa belum beres? Tentulah jawapan standard mereka memerlukan lebih banyak masa dan sebahagiannya sedang diusahakan..

Walhal sumber, iltizam, strategi, modus operandi, idea, kepakaran dan pengalaman yang mereka punyai amat terhad. Namun sikap bebal, bongkak dan takabur mereka menyebabkan mereka berat mulut untuk menyatakan ketidakmampuan mereka dan lebih malang mereka sekali pun tidak pernah meminta maaf kepada rakyat KEDAH yang mengundi mereka di atas kesalahan, kelemahan demi kelemahan dan kesilapan bersilih ganti yang ditunjukkan di dalam kepimpinan mereka..

Puncanya kerana apa? Kerana mereka kononya sebuah kerajaan yang langsung tidak boleh ditegur, serba UTOPIA (SEMPURNA). Sebarang teguran, komentar dan luahan rasa rakyat dianggap sebagai ganguan kepada pentadbiran mereka. Rungutan rakyat juga dianggap sebagai rungutan yang didalangi pihak lain ataupun dibayar pihak tertentu.. RAKYAT KEDAH BUKAN BODOH!!!! YANG BENGAP, TULI DAN BUTA MATA HATI adalah mereka-mereka yang terus beranggapan bahawa mereka akan terus kekal beradaki di kerusi WISMA NEGERI...

Barangkali mereka telah menggangap diri mereka (pemimpin PR) setaraf malaikat, ulama besar, serba pandai, dan tahu, justeru mustahil mereka melakukan sebarang kesilapan dan kekhilafan.. Inilah silapnya, inilah bahayanya bila pemimpin terlalu kerap terlena, dibuai cerita yang enak dan dikhabarkan dengan maklumat bahawa semuanya BERES dan OK YAB Dato Seri... Inilah yang dikatakan 'cerdik tak boleh menumpang, bangang tunggang langgang, lantak pi la kat HANG, BODO PIANG!!!!!.

Namun percayalah kepimpinan yang bijak akan sentiasa berpaksikan 'result oriented' bukan lagi berpandukan 'reason oriented'. Isu salah menyalah, spin, bercakap di luar konteks dan mengalihkan isu asas adalah antara ciri tipikal yang menjadi senjata kepimpinan PR di Kedah..

Prinsip pentingnya apakah dengan kaedah ini, dilema rakyat dan masalah masyarakat Kedah berjaya ditangani?  Tentulah tidak!!! Usaha sekadar bercemparakan air liur, kata atau cakap yang hanya mahu popular di media ataupun sekadar mahu menunjukkan bahawa tiada siapa di Kedah yang boleh menentang aku sebagai MB adalah satu percaturan yang salah..

Ini negara demokrasi, perbezaan pendapat wajar dirai,  berlainan anutan ideologi adalah perkara biasa, perbezaan harus dilihat sebagai ruang bagi mengukuhkan usaha mencari jalan penyelesaian, bukannya dilihat sebagai satu ancaman...!!!

Hanya pemimpin diktator sahaja yang punyai tipikal sikap tidak boleh ditegur dan cepat melenting dan mengamok sehingga tertanggal gigi palsu apabila dikomen atau rasa dicabar. Pemimpin sepatutnya knowledgable bukannya emosional!!!!

Lantas itulah, kita tidak mahu pemimpin PAS, PKR, DAP di Kedah sekadar bijak berbalas pantun, membuat komentar dan kenyataan media semata-mata untuk menampakkan siapa lebih hero, siapa lebih bijak menghentam, dan memberi ulasan ataupun melagukan kelentongan. Persoalan dan masalah rakyat tidaklah akan selesai dengan satu pihak menuduh yang lain, mengata itu dan ini yang menyebabkan rakyat menyampah dengan gelagat ahli politik.. TOO MUCH POLITICS AND POLITIKING..!!!

Rakyat menuntut penyelesaian bagi isu-isu yang mereka hadapi. Jika kerajaan PR di Kedah yang sudah dinobat menjadi kerajaan melalui undi marah, undi kecewa dan undi balas dendam rakyat Kedah yang mahu mengajar UMNO dan BN pada 2008 yang lalu, maka Kerajaan PR haruslah membuktikan bahawa tindakan mereka lebih baik, hubungan dan layanan mereka terhadap rakyat lebih mesra dan berhemah, program pembangunan mereka lebih rencam, ekonomi negeri di bawah kendalian mereka lebih maju, pelaburan luar lebih banyak dibawa masuk.

Kerajaan PR juga harus berupaya menyusun langkah dan tindakan untuk jadikan Kedah sifar maksiat, sifar pusat judi, pusat hiburan melalaikan, bebas gejala sosial, bebas jenayah juvana dan lebih banyak peluang pekerjaan dan peningkatan ekonomi...


Namun apa yang kita paparkan hanyalah 'mimpi disiang hari', lebih banyak fantasi berbanding realiti... Terlalu banyak dongengan Cinderella daripada tindakan praktikal yang nyata di depan mata...

Dan gerhana yang berterusan di Negeri Lindungan Bulan (Kedah) adalah tanggungjawab sepenuhnya PAS, PKR dan DAP, juga tanggungjawab yang dikongsi bersama pengundi yang memberi mandat kepada mereka.

Namun dilemanya kini, kepada siapa lagi rakyat mahu bergantung berharap? Jika kerajaan yang ada sekarang sekadar sebuah kerajaan ibarat melepas batuk ditangga?

Apakah 2 juta rakyat Kedah sudah kembali yakin dengan perubahan dan kesediaan UMNO/BN untuk tidak mengulangi kesilapan lalu?

Apakah jaminan bahawa jika BN kembali dipilih rakyat, mereka akan bersungguh dalam membereskan isu dan masalah yang selama ini membelenggu rakyat?

Adakah 2 juta rakyat Kedah akan terus memahat keinginan mereka untuk menobatkan kembali PAS, PKR dan DAP bagi terus mentadbir Kedah dalam PRU akan datang?.

Bagaimana pula dengan keluh kesah, tanggapan golongan pentadbir, peniaga, pekilang, pelabur, penuntut IPTA dan IPTS, petani, intelektual, pekerja kilang, penjaja, pekerja swasta? Apakah PERSEPSI mereka terhadap prestasi kerajaan sekarang? Sudahkah mereka dapat merasa walau sedikit nikmat kesan dasar dan polisi yang dilaksanakan kerajaan PR di Kedah?

Lantas, dalam sedikit waktu yang masih terluang, sebelum PRU menjelang, MARILAH kita bermuhasabah, BERFIKIR, telitiKAN dan RENUNGKAN. Jalan manakah yang bakal kita pilih sebagai penentu masa hadapan NEGERI KEDAH KITA???????

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates