Rabu, 11 Mei 2011

Haha Kedah Sejahtera!


Jika benarlah apa yang dilaporkan oleh blog angin perubahan, maka memang sejahtera lah Kedah.


Peniaga Gerai Dizalimi di Kedah

Seorang peniaga gerai makan mendakwa diacu pistol pada leher oleh anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Alor Setar, dalam satu operasi pada jam 8.30 malam, 8 Mei 2011. Bukan setakat itu, kakak peniaga itu didakwa turut diaibkan apabila bajunya dikoyakkan oleh penguatkuasa.

Peniaga terbabit Mohd. Zaini Zakaria, yang mewarisi perniagaan yang dimulakan neneknya 38 tahun lalu, berhampiran Stadium Darul Aman berkata ketika kejadian hampir 70 anggota penguatkuasa M-B-A-S datang dengan tiga trak.

Menurut Zaini "Depa telah mengacu pistol pada leher saya dan terus merampas. Dan pegawai dia pegang tangan saya, kiri dan kanan. Saya tak boleh buat apa-apa. Saya pertahankan barang saya. Saya nak pertahan barang saya. Saya cuma marah. Macam tu saja lah. Tunjuk macam ni. Dia acu pistol di leher saya macam ni".

Berikutan keadaan tidak terkawal, kakaknya Suriyanti Zakaria cuba membantu. "Kak nak pi tolong adik. Dah depa dok pegang-pegang tu. Tiba-tiba raba kak pula. Koyak baju. Belakang, depan pun habis. Dok bergelut dengan depa"kata Suriyanti.

Tindakan MBAS ini amat memalukan sekali. Sebagai sebuah negeri yang kononnya memperjuangkan kebajikan rakyat, tidak sewajarnya kejadian sebegini berlaku. Apatah lagi negeri tersebut katanya diperintah oleh parti yang hendak memperjuangkan Islam. Inikah cara yang diajar oleh Islam?

Ustaz Azizan tak kan tengok sahaja kot kejadian ini. UUM sudah setuju bayar RM1.7 juta, apakah sampai tidak ada hasil hingga sanggup meroboh gerai tepi jalan untuk hasil negeri? Beberapa bulan lepas, gerai lemang di Sik kena tindakan kali ini kena pula kat gerai di Alor Setar. Di Pulau Pinang sudah berlaku, kali ini kes tersebut melarat ke Kedah pula. Inilah jadinya bila pakatan pembangkang memerintah. Indah khabar dari rupa.

8 comments:

Melayu Lunas berkata...

Alaaaa dia gempak sahaja kot.Boleh jadi pistol ayaq .Lagi pun masa ini heboh isu PISTOL asli.

Tanpa Nama berkata...

kedah sejahtera, rakyat kena banjir menderita.

Tanpa Nama berkata...

orangeman :
Pegawai Majlis bandaraya pakai pistol ka lani? Depa nak tembak sapa dia sampai pakai pistol, tak kan nak jaga parking dan pi rampas barang orang dok beniaga pon nak pakai pistol. Nanti ni tukang angkat sampah pon pakai pistol,yang cuci parit pon pakai pisrol sebab rakyat lani dianggap macam penyangak dan penyamun.. tapi yg penyamun terbesar ialah Kerajaan PAS kedah... padan muka aku... mai kita pakat pakat undi bagi depa menang lagi PRU akan datang... baru padam muka aku dan kita semua... heh he heh..

Mr Paya Besar berkata...

Bukan apa kalau rakyat Kedah nak tahu itulah pistol aljuburi dan dijuburi mana-mana sahaja boleh tembak.KEDAH SEJAHTERA.PISTOL SEJAHTERA

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 malaysia

Hal anwar memang sudah suluh lagi nyata.

Tetapi saya tertarik melihat liputan Berita TV 3 yang melihat gelagat MBAS dan polis melakukan kekasaran keatas peniaga minuman di Luar Perkarangan Stadium Darul Aman.

Sebagai manusia kerdil tindakan pihak berwajib terlalu kasar dan keras. Walaupun pihak peniaga bersalah menyalahi peraturan kerana lesen yang diberi hanya berniaga roda tiga tetapi mengapa harus dilakukan sedemikian rupa sebagai insan yang berpendidikan serta beragama islam. Sedangkan kita telah didedahkan KEDAH SEBUAH NEGERI KEBAJIKAN DAN SEJAHTERA dan mengaku sebuah Negeri ditadbir oleh islam sebagai MBnya.

Tindakan mereka ini amat keterlaluan seumpama rejim zionis. Ingin menarik perhatian mengapakan MBAS dan Polis tidak mengambil tindakan keatas penjaja2 di jalanan Pintu Sepuluh yang mengahalang laluan jalan bahkan amat menyukar kenderaan lalu dan resiko berlakunya kemalangan amat besar. Kita lihat bukan sahaja 2, 3 penjaja dan penjual bah sepanjang jalan tersebut dipenuhi penjaja. Apakah mereka ini kebal atau MBAS dan polis hanya berani menghukum sesama melayu dan islam dan bagi golongan cina ini mendapat lampu halal atau ada udang disebalik batu?

Amat malang apabila peronda polis yang lalu memejam mata bahkan MBAS menjadi buta mata dan Dato' Bandar memejam mata atau buta mata jika ambil tindakan keatas mereka ini atau ada sesuatu yang tersembunyi disebaliknya?

Begitu juga hal terjadi pada peniaga runcit keturunan Cina di bangunan hadapan PAsar Peremba yang kebal mengantungkan dan melatkkan barangan dilaluan jalan kaki ( kaki 5) hadapan kedai. Sedangkan peniaga melayu mematuhi semua arahan tidak melatkkannya akibat disaman dan dirampas oleh MBAS. Persoalannya mengapa peniaga cina ini diberi kebenaran dan tidak diambil tindakan?

paling menyedihkan pihak berkuasa MBAS memejam mata melihat kelibat pemandu meletakkan kenderaan ditepi jalan raya dan bahu jalan hingga menghalang lalun kenderaan dan mengundangkan kemlangan. Sedangkan terlalu banyak tempat meletak kenderaan dibelakang bangunan deretan kedai. Hakikat pelanggan terpaksa jalan jauh sedikit?

MUMMY ROKIAH berkata...

Salam,
Tolong nyatakan dengan jelas peristiwa ini dan email kepada mamirokiah@gmail.com untuk MR paparkan dalam blog mummyrokiah.blogspot.com.

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

adoi....
tiap kali balik belantik aku singgah beli lemang tang SIK tu.
tak dapat la aku beli la ni..
kesian oghang meniaga...
awat pakteh diam saja...
la ni melayu nak caghi makan pun payah.
oghang melayu sendighi yg bunoh melayu.
sapa2 yg undi pas dulu...maka tanggung lah dosa yang pemimpin pas ni buat.
pas bukan islam...pas tu yahudi.


penembak babi,kota aur.

Tanpa Nama berkata...

Waduh, nampak gayanya Kerajaan PAS hebat menghukum sesama melayu. Bagi pendapat saya memang peniaga ini juga bersalah tetapi haruskan dibalas demikian rupa. Umpama mentimun lawan durian. Buatlah macamnanpun mentimun tetap luka dibuatnya.

JANGAN ustaz nampak sebelah mata dan sebelah lagi pejam. Mengapa peniaga cina dapat suaka dan kebebasan melakukan perniagaan menjaja ikut kehendak hati dan tidak perlu mematuhi arahan dan undang2 negara. Benarlah seperti rencana saudara terdahulu. paling jelas contohnya di Pintu 10. Penjaja cina bermaharaja lela hingga atas jalan dan menghalang laluan kenderaan dan mengundangkan kemalangan.

Mengapa ustaz harus lela dan buat2 tak tau ataupun memang tak tau atau senaja buat tak tau?

Begitu peniaga cina yang berniaga di Peremba diatas tanah rizat JPS. Banyak sudah aduan dibuat tetapi ustaz mendusta kata hak persendirian. Siasat punya siasat rupanya atas tanah kerajaan JPS. Ustaz buat derr saja. Ada hun kee? kalau ada baguslee, inilah ulamak penjuang bangsa dan penjjuang umat islam? Semoga ustaz selamat keneraka.

Pasar koboi aduhhh, bukannya ustaz tak tau bertapa hebatnya dan bertapa cemarnya sehinggakan lalun ditutupi akibat parking kereta. Mengapa ustaz masih lena?. Inikah kerja ikut islam yang ustaz kata? Ataupun ikut jalan keneraka???.

Kalau ustaz nak ikut kami tak marah teruskan. Begitu golongan kita di Pasar Besar Peremba hormatilah dan jangan perking kereta atas jalan raya. Laksanakan undang2 tanpa kira agama yang salah tetap salah. Apa salahnya banyak parking dibelakang bangunan. Cuma melayu malas berjalan atau bersenaman.

Kepada ustaz ambilah pendoman pilih samada kesyurga atau kenaraka. begitu juga Pusat ilmu jangan hina dan beramalah sementara hidup didunia. Mengapa ustaz kejam dan sangat hina hinggakan UUM ustaz nak buat merana.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates