Isnin, 9 Mei 2011

Hangat KEDA - kena saman

Kedah Times tidak ingin menyentuh apa-apa mengenai kes ini. Sudah disebut di mahkamah. Biar mahkamah tentukan.

Tapi KEDA dipengerusikan oleh Dato' Bashah. Sepatutnya sebagai Pengerusi, perkara ini boleh diselesaikan secara baik sebelum masuk mahkamah.

Tapi tak tahulah macamana boleh sampai ke mahkamah. Mungkin juga ada masalah lain. Siapa tahu ... Nanti kita dengar apa yang akan diceritakan di mahkamah.
Psssst ... dengar citer orang PKR dan PAS bermaharalela dalam KEDA. Betul ka? Iskk kalau betul kenapa jadi macam ini?

Juruaudit saman Keda kerana tidak sahkan jawatan



09/05/2011 12:44pm

ALOR SETAR 9 Mei - Seorang juruaudit hari ini memfailkan saman terhadap Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) bagi mendapatkan pengesahan jawatan tetap yang didakwanya telah disekat walaupun telah memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu lulus peperiksaan kerajaan dan kursus induksi.



Nur Dini Mohd Noh, 33, melalui peguamnya Aswandi Mohamed Hashim memfailkan writ saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.



Dalam saman itu, juruaudit itu memohon Keda yang dinamakan sebagai defendan pengiktirafan jawatan tetap juruaudit gred W41 berkuatkuasa ke belakang iaitu pada 9 September 2008.



Beliau juga menuntut pembatalan arahan bertulis daripada ketua jabatan berkaitan pergerakan gaji tahunannya yang disekat dan pelarasan gaji bermula dari tahun terhentinya pergerakan gajinya.



Plaintif juga menuntut ganti rugi am dan ganti rugi teladan berjumlah RM50,000, kos peguam-anak guam, kos mahkamah dibayar oleh defendan dan apa-apa relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.



Nur Dini dalam pernyataan tuntutannya berkata, beliau dilantik pada 16 November 2006 dan berada di bawah skim perkhidmatan tetap dan berpencen dan Keda mengeluarkan surat kepadanya bertarikh 12 November 2009 berhubung pelanjutan tempoh percubaan selama setahun dari 16 November 2009 kerana tidak mendapat perakuan ketua jabatan Surat itu juga telah menyatakan pelanjutan tempoh percubaan itu adalah dengan berdenda di mana plaintif tidak mendapat pergerakan gaji tahunan dan amaran bahawa perkhidmatan plaintif akan ditamatkan sekiranya tetap tidak mendapat perakuan ketua jabatan selepas tempoh percubaan itu.

Nur Dini semasa dalam tempoh pelanjutan tempoh percubaan itu telah menerima surat daripada defendan bertarikh 10 November 2010 berhubung penangguhan perkhidmatan sebagai juruaudit gred W41 dengan alasan tidak mendapat sokongan ketua jabatan dan perkhidmatan plaintif telah ditangguhkan berkuat kuasa 16 November 2010.



Berikutan surat itu, plaintif diarahkan supaya tidak perlu hadir bertugas mulai 16 November 2010 sehingga keputusan selanjutnya diperolehi. Keda kemudiannya melalui surat bertarikh 28 November 2010 memanggil semula plaintif bertugas berkuat kuasa serta merta dan membatalkan surat bertarikh 10 November 2010 berkaitan penangguhan perkhidmatan sebagai juruaudit gred W41 di Keda.



Surat bertarikh 28 November 2010 gagal memaklumkan kedudukan jawatan plaintif sama ada bertaraf tetap atau sebaliknya dan plaintif melalui peguamnya telah menyampaikan notis inkuiri kepada defendan yang bertarikh 8 Disember 2010 berhubung pengiktirafan dan perakuan ketua jabatan.

Defendan selepas menerima notis inkuiri telah mengeluarkan surat bertarikh 26 Disember 2010 dan menyatakan plaintif tidak dapat disahkan dalam jawatan kerana tidak mendapat perakuan dan sokongan ketua jabatan.



Plaintif untuk kali kedua kemudiannya mengemukakan notis inkuiri bagi mendapatkan penjelasan berhubung kegagalan plaintif mendapat perakuan dan sokongan ketua jabatan.



Defendan kemudiannya mengeluarkan surat bertarikh 6 Januari 2011 bagi menyatakan pelanjutan tempoh percubaan bermula dari 3 Disember 2010 sehingga 2 Disember 2011 kerana tidak mendapat sokongan ketua jabatan dan plaintif juga diberi amaran serta perkhidmatannya mungkin akan ditamatkan. - Bernama



9 comments:

Tanpa Nama berkata...

Memang pun. KEDA lubuk pembangkang. Dato Bashah pun depa nak cantas.Lagi kalut sekarang bilamana urusan JKKKP diletak dibawah pegawai yang bukan berjiwa UMNO. lagi parah bila yang mencaturnya adalah dari bukan UMNO. Isu terbaru 700 JKKKP yang berusia 65 tahun bakal kehilangan jawatan.Dan lebih melucukan, kakitangan Kerajaan tidak boleh memegang jawatan JKKKP.

Lebih baik jadi ahli PAS dalam jabatan Kerajaan hari ni. Jangan hairan jika semua ini dicatur dengan baik bagi memastikan Kedah tidak akan jatuh kembali ke tangan BN. Jangan pandang mudah segelintir manusia yang diberi tugas untuk menjaga kepentingan parti.

Al Ameen berkata...

Nur Dini merupakan beks Ketua Puteri UMNO Merbok,nampaknya tiada sebarang pembelaan dari Kerajaan Persekutuan,mana perginya Pengeruisi KEDA dan mana pergi Pak Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Adakah mereka semua telah dikawal oleh puak puak pembangkang didalam Keda ?

Dini teruskan!berani kerana benar,ALLAH akan memberi perlindungan kepada hambanya yang diiniya.

lala berkata...

Al Ameen dan yg diatas.
kalau anda tak tahu perkara sebenar, xpayah la dok kata kat org. Sapa kenai dia, tau la dia mcm mna.

Tanpa Nama berkata...

Kenal ke tak kenal, elok tengok dulu fakta kes.

Al Ameen berkata...

Lala,kalau dia tak bagus dan melakukan kesalahan kenapa tidak diambil tindakan tatatertib atau dipecat saja .Lihat pada affidavit yang difail, seseorang boleh lihat bagaimana lemahnya kepimpinan KEDA.Hantar surat tak payah datang kerja tapi lepas tu panggil balik 'what a bloody fool punya pengurusan.

Keda akan tewas dalam kes ini,sama sama kita tengok,ALLAH MAHA BERKUASA,AMEEN

lala berkata...

Tewas atau tidak,saya x kesah,
tapi saya tau, hangpa semua ni benda kalau berkaitan kerajaan umno, mesti hangpa semua mencari kesalahan walaupun xsalah dan tak tahu apa pun perkara sebenar. saya sangat sedih kat hangpa semua,tak tahu tapi komen mcm teraa sangat..haha..ish2. Mintak2 la allah buka hati hangpa semua.

Tanpa Nama berkata...

Orangeman:

Dengar-dengar kata di KEDA tu Pengurus Besarnya pon tak pernah daftar untuk mengundi. Kepada yg berkenaan tolong check tengok samada fakta ini benar atau salah. Lepas tu sila ambil tindakan yang patut. atau sekurang kurangnya buat macam yang telah dibuat kepada Nur Dini kepada Pengurus Besar KEDA tu.

keda berkata...

Saya pekerja keda...penulis tidak memberikan fakta yang betul.

Psssst ... dengar citer orang PKR dan PAS bermaharalela dalam KEDA. Betul ka? Iskk kalau betul kenapa jadi macam ini?
Itu cerita tak betul...jawab la di akhirat nanti kalau buat fitnah...

didiey berkata...

i trust 1 think jer..juruaudit nie wat kerja ikhlas n jujur..then bila die dpt detect kesalahan,people keep blame on her,padahal cara die betul..be cool n smart pn.dini...!!allah is always beside u..!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates