Selasa, 24 Mei 2011

JANGAN BERPUTIH MATA



Sobri Sudin

1. Tahap kebolehan pengurusan krisis kerajaan Pakatan di Kedah sudah diketahui umum.. gagal. Jelas dibuktikan semasa krisis banjir besar penghujung tahun 2010.

2. Tahap kebolehpercayaan dari segi amanah PR di Kedah juga boleh disemak, misalnya dana urus selenggara jalan negeri diguna untuk tujuan lain. Demikian juga dana fixed deposit yang disalur oleh kerajaan persekutuan untuk PKNK dan KHTP.

3. Tahap penguasaan emosi dan daya energetic nakhoda pimpinan utama Kerajaan Kedah juga telah diperlihatkan Allah s.w.t. Cepat marah bila diasak media, dan terlalu cepat letih sehingga masuk tidur awal selepas solat Isyak.

4. Daya putar belit dan spin isu semasa oleh PR Kedah juga sudah diketahui ramai. Pendekatan lazim yang digunakan ialah 'memberi alasan' dan tidak mampu menyediakan 'jawapan praktikal' diiringi 'tindakan bersesuaian'. Banyak dana negeri mereka gunakan untuk keluarkan buletin seperti 'Kedah La' dan biayai operasi blog kedahlanie.cc.com, cetak VCD dan risalah yang semuanya hanya layak untuk dibuat balutan najis dan belacan.

5. Kemampuan merancang, mengurus agenda pembangunan hasil sentuhan kerajaan PR di Kedah juga diakui ketara lemahnya. Setelah 3 tahun baru pun nak mula membina projek KUIN, tunggang langgang kelam kabut.

6. Akan tetapi sepertimana kata TPM, walaupun pembangunan tidak banyak dan kegagalan PR terserlah di Kedah, tetapi katanya, 'Azizan is a very good man'. Rakyat suka padanya.

7. Namun kita harus bertegas, tidak ada makna jika sekadar Azizan is a very good man, namun barisan pimpinan yang lain, 'very bad man' dan idea mereka dalam membangun negeri ibarat 'idea sampah' maka dikhuatiri rakyat kedah akhirnya menjadi mangsa ' con man', maka berputih matalah kita semua.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Perolehan hasil ng Kedah diguna untuk menjalankan projek yg boleh menguntungkan parti PAS sahaja. Lain-lain projek yg boleh memberi kredit kepada BN diketepikan, tak kira samada ianya memberi kesan baik kepada rakyat Kedah.

Kerajaan Persekutuan patut menimbang peruntukan atau pemberian kepada kerajaan PAS Kedah, agensi kerajaan negeri dan GLC Kedah. Jangan jadi sprt melepas anjing tersepit, bila dah terlepas dia gigit pulak. Projek yg dibiayai melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan, bila memberi keuntungan, akan diwar-warkan sbg kejayaan kerajaan negeri dan menjadi modal untuk bantai BN.Contohnya, projek penternakan di ladang PKNK laka temin, bantuan teknikal dan kewangan sebahagian besarnya adalah daripada Kementerian Pertanian.Pegawai Kementerian Pertanian telah memberi bantuan bagi menjayakan projek ini.

Kementerian dan agensi kerajaan pusat sepatutnya memberhentikan pemberian berbentuk kewangan dan bukan kewangan kepada kerajaan PAS Kedah. Kementerian dan agensi kerajaan pusat patut melaksanakan sendiri projek-projek berkenaan supaya kredit kejayaan akan pergi kepada BN.

Bantuan teknikal terutamanya dari segi pertanian dan penternakan yang diberi kepada agensi kerajaan negeri dan GLC kerajaan negeri patut dihentikan mulai sekarang. Begitu juga dengan lain-lain bantuan dan peruntukan.

Pandai-pandailah kerajaan PAS Kedah cari duit sendiri.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates