Isnin, 9 Mei 2011

Jika penyebar Video Seks Adalah UMNO, Anu Pelakon Tu Adalah Anwar..


Macam-macam cerita tentang pegawai dan kakitangan Kerajaan hari ini. CheNed teringat satu keluhan kawan CheNed iaitu pada hari ini Kerajaan menguasai parti bukannya parti menguasai Kerajaan. Apa dia Kerajaan menguasai parti? Maka kita lihatlah senario yang tak sepatutnya berlaku dalam Kerajaan BN hari ini berhubung tanggungjawab pegawai Kerajaan. Banyak contoh boleh kita ambil. Mungkin di bawah ini adalah salah satu contoh.



Dipetik dari blog hhalem.blogspot.com.

1- Laporan dan berita yang dimuatkan di dalam blog Kedah Times > menarik perhatian penulis apabila Kedah Times meminta seseorang perlu bertanggungjawab apabila Kutbah Jumaat di Politeknik Kulim aka Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah di sampaikan oleh Tok Imam berbau politik dan menyindir penyebar Videos Bogel Anwar adalah UMNO.

2- Penulis tidak berapa terkejut dengan berita tersebut kerana ramai telah mengetahui bahawa terdapat segelintir dari kakitangan dan pensyarah-pensyarah politeknik yang condong kepada fahaman dan penganut tegar Pas. Perkara ini masih lagi berleluasa semenjak awal tahun 80an sehingga ke hari ini.

3- Kita ambil satu contoh iaitu Speaker Dewan Kedah sekarang adalah bekas Pensyarah Politeknik Sultan Abdul Halim aka Politeknik Jitra aka POLIMAS. Semasa berkerja di Politeknik, En Abdul Isa bin Ismail (masa tu belum Dr atau Datuk lagi) sangat aktif didalam parti Pas walaupun mengetahui ia salah dari segi General Order/Perintah Am kerajaan.

Datuk Dr Isa Ismail
4- Kawan rapat Datuk Dr Isa waktu itu yang mengikut beliau ke hulu ke hilir seperti orang bisu ialah En Kamaruzaman bin Ismail. Beliau kini bertugas sebagai Pengarah Politeknik Kulim aka Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, dimana kes Tok Imam memihak kepada PKR itu dilaporkan oleh Kedah Times. Sebab itu lah Pengarah Politeknik amat besar kepala sekarang. Terjawab lah soalan Kedah Times mengenai seseorang perlu bertanggungjawap terhadap kutbah Jumaat di Masjid Politeknik Kulim.


5- Pengarah Politeknik Kulim, En Kamaruzaman, perlu diawasi dengan ketat dengan segera kerana beliau mempunyai potensi menjadi Pengarah atau Ketua Pengarah di Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya. Fahaman dan ideologi Pas akan tersebar luas di Kementerian.

6- Jika Kamaruzaman menjadi Ketua Pengarah Pendidikan, bertambah senang lah Speaker Datuk Dr Isa untuk menguruskan hal-hal pendidikan di Kedah. Cuba bayangankan apa yang mereka dapat capai dengan perhubungan intim mereka berdua semenjak dari zaman politeknik lagi.

Kamaruzaman

3 comments:

Lebai berkata...

Baru padan muka UMNO dikawasan tu.Apa depa buat.Awat depa dok sahaja.Lawan laa.UMNO dah tak ada telok.Kalau ada pun telok tiruan.Baru depa tau bila PAS sepak puak UMNO dalam khutbah di situ.Aku tengok UMNO disitu relak sahaja.Kerja depa dok berebut projek kecik dan besak.Lepas tu berlagak macam jadi kerajaan di Kedah.Pada hal jadi pembangkang.UMNO setakat ini dudok diam sahaja walaupun banyak isu boleh taruh sama PAS/PKR.Pepmimpin UMNO disitu kira asyuk sahaja.Kabarnya UMNO disitu juga akan buat mesyuarat perwakilan di politeknik kulim.Ketua UMNO disitu pun ada cerita juga sama dengan video pak sheh.Sebab tu tak berani angkat ekor takut terpalit kena batang hidung sendiri.Itulah kalau pemimpin UMNO tak bersih sapa nak hormat macam UMNO disitu.UMNodisitu masih relak dan syok sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Siapa Ketua Pemuda kat situ? Bukan ka nama dia Mustafa Kamal? Pi la buat bantahan rasmi ka apa ka yang patut, ni dok pi guna untuk mesyuarat bhg pulak. Mesyuarat bhg ni sesuai buat kat Hotel Seri Malaysia Kulim tu. Aku baru tau yang Kamaruzaman ni penyokong PAS. Yang dulu aku tau adala beberapa pegawai saja kat Poli tu. Apa pun, Kementerian Pengajian Tinggi mesti kena keluar surat tunjuk sebab kat Kamaruzaman ni, yang in charge tu di Putrajay nama dia Datuk Imran kalau tak silap. Dulu depa ni jugak yg cukup suka bila dapat tau Hj Sobri nak mai jaga KHTP. La ni tak tau apa depa kata pulak. UMNO Kulim yang aku tau memang dok lena kot, kena guna la semua isu kegagalan mentadbir di KHTP ni sebagai contoh salah guna kuasa yang depa selalu dok jaja kata UMNO dok buat masa dulu2. Jangan la dok diam bagi blogger saja yang dok hentam PAS ni. Buat la kerja sikit, jangan dok ligan projek saja. Kan Najib dah kata rakyat didahulukan?

Tanpa Nama berkata...

Nak habak kat hangpa semua jangan salah anggap.Politeknik disitu berada dalam UMNO Padang serai.Aku pi siasat pagi tadi.Sambil dok minum depan politeknik disitu.Bukan dalam UMNO Kulim Bandar Baru.Spetutunya UMNO Padang serai dengan UMNO Kulim Mamak aziz kadiak kena buat sesuatu.UMNO Padang serai budak Rahman Dijuburi kata mereka tadi lansung tak berani lawan.Pasai dia pun dok pi tumpang semangkuk disitu.Dulu UMNO Padang Serai buat kat dewan besar Hitek Golf resort dewan aircond.Punyalah nak buat perubahan kerana dah muflis dan sengkek pi tumpang kat polietknik kubu PAS berdengu.Elok lah PAS tempeleng muka hangpa pun dok khengeh tak habis.Apa punya kenis pemimpin UMNO tak ada telok/setakat dok berhaya dan berlagak tak jadilah nooo.Aku pun ingat dok dalam Datuk mamak.Rupanya Padang Serai Rahman di.....ri.Punyalah nak buat perubahan.Aku cadang lagi baik hangpa mesyuarat UMNo padang Serai dibawah poko ubi kayu depan pekan padang Serai.PAS dah cukup berani dan samseng.UMNO disini macam lembu nak mengawan je.Ketua Pemuda depa katanya dok kira romatik sahaja macam hero gambak hindu.Mampuih laaaa macam ini.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates