Jumaat, 20 Mei 2011

JUN 2011 - Kerajaan PR Kedah bakal runtuh?

Kerajaan Kedah yang diterajui PAS adalah Kerajaan PR. Itu pengakuan dari MB DS Azizan Razak. PAS menguasai 16 kerusi DUN dalam kerajaan PR, PKR mempunyai 3 Kerusi dan DAP satu. Keseluruhan jumlah kerusi PR ialah 20 vs 14 dari BN.

Jika benarlah apa yang bakal berlaku seperti yang diperkatakan oleh ROS, maka apa akan terjadi kepada 3 DUN PKR yang bakal tidak berparti. Apakah mereka akan masih bersama PR  atau menjadi bebas yang memilih  untuk menyokong samada PR atau  BN?

Jika 3 wakil PKR memilih untuk menyokong BN, maka apakah bakal terjadi kepada kerajaan sekarang? Ini disebabkan mereka sudah tidak menpunyai majoriti lagi. Ianya 17-17.

Mungkin kerajaan pimpinan Azizan sekarang berdebar-debar dengan situasi PKR yang semakin hari nampaknya semakin ditunjukkan kebenarannya oleh Allah SWT. Inilah hasil sembahyang hajat, doa beramai-ramai di stadium dan sebagainya yang telah dilakukan oleh semua pengikut PR yang beragama Islam. 

Kita tunggu dan lihat samada kerajaan PR KEdah bakal berkubur bersama PKR atau tidak. Petanda-petanda dari Allah SWT sudah banyak ditunjukkan kepada mereka. Cuma samada mereka mahu menerima atau tidak , itulah yang menjadi tanda tanya.


1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Insyallah,

Sama2 kita berdoa agar BN kembali memerintah Kedah Darul Aman. Daulat Tuanku!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates