Khamis, 19 Mei 2011

Kalaulah Orang Kedah Tahu Punca Sebenar Azizan Bekeras Nak Sembelih UUM!!

Oleh: Tok Pauh
Rupanya ada rahsia besar kenapa Ustaz Azizan nak terus paksa UUM bayar cukai pada kadar tertinggi dalam sejarah. Tak kiralah jika perlu berpatah arang, berkerat rotan, 1.7 juta tetap 1.7 juta, tak boleh kurang. Bukan pasai Pengarah Tanah dan Galian punya kuasa, tapi ada pasal lain.

Sumber-sumber dalaman kerajaan PAS Kedah telah mendedahkan kepada bahawa PAS dibawah Ustaz Azizan baru sedar dari mimpi bahawa mentadbir negeri bukanlah berkenaan membelanjakan wang, tetapi lebih penting bagaimana mencari wang untuk meneruskan "kehidupan" kerajaan itu sendiri. Ini adalah satu penemuan besar bagi Parti PAS dan Ustaz Azizan sendiri dalam ilmu mentadbir negeri.

Selama ini Ustaz Azizan ingat, bila jadi Menteri besar, kerjanya hanya mengatur bagaimana nak belanja duit negeri. Ustaz Azizan ingat, bila jadi MB, duit akan  mai ketuk pintu wisma, dan tanya almari mana nak masuk duduk sementara Ustaz fikir macam-mana cara nak belanja. Itulah tahap kecerdikan pemimpin PAS, penyokong PAS, jangan cakap la.

Masa Ustaz Azizan beli Camry sampai berpuluh buah untuk anak buahnya, Ustaz tak sedar bahawa duit boleh habis kalau asyik guna, tapi tak dicari.

Masa Ustaz hantar 50 KCS pergi makan angin lawatan sambil enjoy belajar ke bumi Australia, Ustaz tak ingat kata duit itu duit rakyat, diamanahkan untuk kepentingan rakyat, bukan untuk kepentingan wakil rakyat dan pegawai yang sepatutnya berkhidmat untuk rakyat.

Itu belum kira YB Dato' Ir Amiruddin punya lawatan berkala ke Australia yang tak kunjung jemu.

Dengar kata, Kerajaan Negeri kini sudah sengkek sampai ke tahap elaun tetap "beberapa kelompok" pentadbiran pun sudah dipotong, dan hanya akan dibayar mengikut bilangan mesyuarat yang dihadiri sahaja. 
Baguih juga la sistem baru ni Ustaz Azizan, boleh la kita tengok depa pulun buat mesyuarat banyak-banyak, kalau elaun satu mesyuarat RM500, sebulan mensyuarat 5 kali dah RM2500.
Pi mai, pi mai, tang tu la juga....kena bayar juga elaun serupa tu la juga Ustaz ooi, cuma tambah duit makan minum dalam bilik mesyuarat..

Kedahtimes:
Tunggu pendedahan dari Kedahtimes tindakan ala rejim Israel yang dijalankan ke atas rakyat untuk membayar Camry, Melancong dan disalurkan kepada organisasi politik PAS bagi mengekal kuasa dalam PRU-13 akan datang. Pembiayaan Kempen PRU dengan wang rakyat oleh Parti Islam.

5 comments:

matpanah berkata...

Menarik...
menarik...
nak dengaq lagi!

Tanpa Nama berkata...

baguih..hangpa pi korek pasai amirudin dok cekau duit darulaman realty tu. ntah beghapa byk dia dok cekau bawa ke ostolia. berbulan madu dgn bini muda yg dikebas dr org tu...

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Saya amat setuju dengan kata2 saudara bahawa utk menjadi pemerintah haruslah berusaha untuk mencari dana bagi menampung kos utk memerintah sesebuah negeri.

Harus juga di ingat bahawa kerajaan sekarang tidak mempunyai kemudahan dana pendahuluan drp kerajaan pusat dan maka itu kerajaan sekarang ini perlu beryindak dengan penuh agresif utk menampung kos bagi kemudahan rakyat negeri Kedah semua.

Berkenaan trip ke aussie oleh KCS, ini juga telah lama dipraktikkan oleh kerajaan dahulu, oleh itu tidak menjadi persoalan disini kerana bila ianya menjadi tradisi oleh pemerintah yg telah memerintah selama 53 tahun.. maka dgn itu tradisi ini amat sukar utk diubah.

Bekenaan dgn trip YB Amiruddin ke aussie jg.. kita jgnlah bertindak secara membabi buta, amat baik jika dapat pastikan kos pemergian beliau itu ditanggung oleh beliau sendiri atau sebaliknya. Itu lebih baik drp membuat tuduhan melulu.

Bg tuduhan drp Tanpa Nama 2:17pm, kalau perkahwinan itu sah disisi ugama, rasa tidak salah hendak dibawa kemana pun isteri itu, ini adalah lebih baik drp MB yang dahulu yg membawa isteri orang bermaksiat ke hulu dah kehilir.. semua org UMNO bah Sg Petani tahu tentang perkara ini dan elok jg semua pembaca mendapat informasi ttg perkara ini jg.

Berkenaan dgn elaun mesyuarat, utk pengetahuan tuan2 semua, mesyuarat diadakan bg melancarkan program sesebuah syarikat yg mana bagi mendapat persetujuan ahli lembaga pengarah terhadap sesuatu projek atau kerja. Ini adalah satu "communication means" bagi mendapat dan berkongsi informasi. Bukan sesuka hati utk bermesyarat dan bukan rasanya utk mendapat lebihan elaun.

saya berpendapat saudara pemblog ini hanya berkelulusan rendah kerana tidak menunjukkan sikap matang dan tidak tahu ttg presedur-prosedur utk melaksanakan hasrat rakyak negeri Kedah DA.

Berperasangka baik adalah satu perkara yg membolehkan kita berfikir jauh tanpa ada kepentingan diri dan menguntungkan diri.

sesiapa sahaja boleh menjadi pemerintah sekiranya sokongan rakyat diperolehi dan mungkin saudara terkeluar dari spora menyokong, oleh itu biarlah kerajaan sekarang melaksanakan program mereka dan sila berfikir sejenak kenapa BN dan UMNO sokongan saudara kalah di PRU yang lepas.. fikir denga rasional.

Sekian.

FM

Tanpa Nama berkata...

FM,
Nampaknya saudara berlagak seolah-olah tahu pentadbiran, walhal saudara tidak tahu pun bahawa Kerajaan pusat menyediakan peruntukan bagi setiap bilangan rakyat Kedah yang disalurkan kepada kerajaan negeri yang cuba disembunyikan oleh Ustaz Azizan dalam pembentangan bajet yang lalu.Innya bernilai ratusan juta RM.

Jadi, kenyataan FM bahawa tiada dana dari kerajaan pusat adalah satu pembohongan atau kejahilan yang tidak munasabah bagi seseorang yang kononnya mengetahui soal pentadbiran negeri.

Bukankah PR berjanji untuk mengubah dan membenteras "pembaziran" yang kononnya dilakukan oleh kerajaan terdahulu, cubalah PR berkempen pada 2008 dulu bahawa semuanya akan diteruskan sebagimana yang BN buat,setiap tahun, 50 KCS akan PAS hantar ke australia sebab tradisi, adakah rakyat akan beri kemenangan kepada PAS?

Tapi punca sebenar BN tewas di Kedah kerana tersilap melantik pemimpin yang mempunyai karektoristik PAS iaitu berbohong mencari ghazali dan shafie, sedangkan beliau berkaabahkan menantu setelah menemui Jean.

Kini, pencari Shafie dan Ghazali sudah ditumbangkan oleh Umno sendiri, malah akhbar Umno pun menyampah dan tidak lagi menyiarkan berita mengenai presiden Umno bermentaliti PAS ini. Terlebih Islam hanya pada kulit.

Rakyat Kedah tidak bodoh untuk memilih PAS, tapi itulah sahaja caranya mengtongsampahkan pemimpin Umno berjiwa PAS yang mencari Ghazali dan Shafie. PAS hanyalah tempat melempiask kemarahan rakyat, tunggulah masanya ditumbangkan.

Tanpa Nama berkata...

Mmg nampak terang2 krjn Kedah lani ni tak dak duit. Kena kampoi tang mana yang dok nampak, kalau tak Kedah akan bengkrap, nak bayar gaji kakitangan krjn negeri tak dak duit.

Dulu dok heboh GLC kedah dok untung banyak, boleh salur kat krjn negeri. Ada yang mengaku untung sampai 600% (kalu setakat buat audit/akaun adjustment, lepaih tu dok ngongong kata untung, yg tu org panggil auta). Banyak GLC buat projek tak untung. Dok bagi elaun kat ahli lembaga pengarah GLC tinggi sangat, sampai 30% drp perbelanjaan syarikat.....mana nak boleh untung.

Alih2 dok kata kerajaan persekutuan bertanggungjawab majukan Kedah. Ape ke halnya ni.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates