Selasa, 24 Mei 2011

Kebal

Oleh: Tok Pauh
1. Terdapat satu kelompok indidvidu yang mendapat jawatan besar dengan gaji dan pendapatan lumayan melalui hubungan dengan Umno  secara langsung. Jika dilihat merit mereka dibandingkan dengan kalangan dalam Umno sendiri pun, mereka masih tidak dalam kedudukan teratas, jadi tentu kita tahu bagaimana mereka mendapat jawatan tersebut.

2. Contoh-contoh mereka ini ialah Zafrul, Nur Jazlan, Saifudin Abdullah yang begitu kuat nilai "profesional"  mereka sehingga mampu memberi justifikasi tahap Stephen Hawking apabila tidak mahu membantu bumiputra lain atau mengkritik dasar UMNO. Cuma kita belum dapat melihat justifikasi kenapa mereka yang sehebat ini gagal mendapat tempat yang baik di syarikat-syarikat atau organisasi bukan berkait Umno, sebaliknya hanya mampu menempel di GLC Umno jua adanya.

3. Mereka yang mengaku diri profesional ini berada dalam pelbagai lagi GLC seperti Silterra malah dalam PEMANDU sendiri. Dengan perangai menempel tanpa bersaing seperti mereka ini, falsafah Airasia "Now Everyone Can Fly" mungkin ada penduanya, iaitu "Now Everyone Can Be A CEO in GLC". 

4. Mereka ini pula, bukan setakat hanya memikirkan makan kedarah kenyang perut sendiri semata-mata, malah secara konsisten bertindak dan bercakap memberi peluru kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan atau sekurang-kurangnya bertindak agar orang Melayu membenci kerajaan.

5.  Tidak menghairankan jika mereka ini bukan setakat naik tocang, malah sudah kencing diatas kepala pejuang tulen Umno dan perjuangan Umno itu sendiri. Mereka ini adalah parasit berbulu ayam dalam Umno. Puncanya ialah kerana mereka kebal.

6. Dato Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin perlu mencabut azimat kebal mereka ini. Selama mana mereka kebal sehingga ketahap menghina perjuangan Umno pun masih tetap diimbuhkan dengan jawatan besar, malah gaji dan elaun besar mereka tidak berkurang satu sen pun.

7. Mendiamkan diri dan terus mengekalkan mereka akan hanya memberi tanda persetujuan dengan perbuatan mereka, dan bolehkah mereka dipersalahkan apabila mereka memperbodohkan Umno, walhal tiada isyarat langsung diberikan oleh pemimpin Umno kepada mereka. Mengekalkan kekebalan mereka adalah kunci kepada bertambahnya bilangan keahlian kelab elitis tak mengenang budi ini.

8.Perlu diingat, sakit hati dan muak hati rakyat, terutamanya orang Melayu  dalam Umno bersifat kumulatif, terhimpun dan terbina sedikit demi sedikit. Jangan fikir pendirian mereka dapat diubah pada saat terakhir pilihanraya. 

9. Pada 2008, Tindakan Abdullah meluluskan perbuatan KJ dan Kalimullah menjadi punca terbesar menyebabkan Umno tewas dibeberapa negeri. Umno boleh tewas di peringkat pusat juga, percayalah. 

10 Hanya dengan satu sebab ini juga Umno boleh tewas, bukan sebab Abdullah Badawi atau bukan sebab Khairy Jamaludin Umno akan tewas. Tetapi apabila pandangan ahli Umno dalam Umno disampahkan, padangan ahli PKR dalam Umno mendapat  mendapat kedudukan tertinggi, Umno akan tewas.

11. Ingatlah, Umno tidak kebal.


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates